03 May 2014

Terung :Khasiat serta resepinya

Terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam.
Berdasarkan kajian terung pipit mengandungi
2% protein,
 0.1% lemak,
7.9% karbohidrat
 dan mengandungi banyak fosforus,
sedikit zat besi,
banyak vitamin A
dan C serta sedikit vitamin BI.

Terung pipit juga digunakan untuk
mengubati retak kulit pada kaki,
 mencuci darah dengan meminum air rebusannya,
 melegakan kesakitan,
 penawar racun ular dan serangga
serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.
selain sedap dibuat sambal tumis bersama ikan bilis
terung pipit jugak digunakan sbg peluru senapang mainan
dizaman kanak2...
(dan lepas tu mesti kena marah  oleh tuan punya pokok terung tu)

Terung panjang ungu
teringat menu kelantan yg super duper sedap
kerabu terung

-terung dibakar,amik isinya
-gaul bersama santan pekat,isi ikan yg ditumbuk bersama bawang merah
-sedikit halia,cili padi serta jus limau nipis (cuka pun boleh)
sambal mcm ni pun sedappp..

32 comments:

  1. Ya Allah ... sedapnya terung..dua-dua jenis ni saya suka... :D Terung bakar tu memang sedap ya rabbi... hahahaha...

    ReplyDelete
  2. Assallam kamsiah...acik memang suka sayur terung.terung belanda tu acik campur dalam rendang daging

    ReplyDelete
  3. As salam kak..terung ni kadang2 angin..suami tak suka sgt tp cheq da suka sgt..nk masak buat limited jea la

    ReplyDelete
  4. terung pipit sini ada hehehe tapi jarang beli pun. terung yang pepel tu sini saize besar gedabak jer semua, sesuai untuk mousaka tapi untuk bakar punya la berjam baru masak kot. tapi sedappp saya suka.

    ReplyDelete
  5. Saya tak makan terung la pulok...kerana rasanya kurang mesra dengan tekak ni.
    Terung pipit tu paling best buat peluru main tembak2...hehe (masa kecik dulu le)

    ReplyDelete
  6. Gambar yang last tu memang selalu buat. Tapi goreng dulu terung nya baru masak sambal. Makan macam tu aje pun kadang nya.

    ReplyDelete
  7. terung pipit tumis cili pedas2 pun sedap kak ;p

    ReplyDelete
  8. sedapnya kerabu terung tu...
    igt kan ada nasik kerabu aja...hahaha

    ReplyDelete
  9. salam k.kamsiah..

    ooo.terung pipt tu tak suke makan.. pahitnye lain macam.. hehe..
    tapi kalo terung panjang tu buat bako cicah sambal belacan , mmg peberettttt..
    terung bulat masak kari, hahaha.. mmmg tak pandang kirik kanan dah.. :p

    ReplyDelete
  10. assalam,..,yg ni akak tanam sendiri ker..?

    terung purple biasa makan tp terung pipit tu saya x pernah lagi try makan..hehehe

    ReplyDelete
  11. terung purple tu saya suka ulam cicah sambal bilis + belacan.. makan mentah2..hehe

    ReplyDelete
  12. Ada beberapa penyakit yang kata orang tua-tua tak sesuai makan terung kerana kononnya terung itu berangin.....

    ReplyDelete
  13. Resepi yang di bawah tu...ehmmm menggamit rasa ingin makan nasi

    ReplyDelete
  14. sedapnya sambal tumis terung pipit.....

    ReplyDelete
  15. Sambal ikan bilis dgn terung belanda tu nampak sedapnya... kerabu terung bakar pun menaikkan selera

    ReplyDelete
  16. tempat noe dipanggil terung rembang...
    yg terung panjang tu...1st time dengar buar kerabu
    terung panjang tu biasanya noe taruk dalam kari tak pun masak dengan sos tiram...

    ReplyDelete
  17. assalam....baru akak tau terung pipit pun ada khasiat....
    sedap tu sambal tumis terung pipit...

    ReplyDelete
  18. Kepada saya, kerabu terung tu yang belum pernah di makan. Dengar macam sedap ja, nanti boleh cuba buat. Resepi pun simple ja..

    ReplyDelete
  19. terung memang sedap, sambal pic yg last tu tak boleh crita laahh fuuuu..
    bakar cicah smbal belacan pun sedap

    ReplyDelete
  20. Terung tumis memang kegemaran IM la. kalau ada kat kantin, sure ambil extra punya.

    Tapi terung tak bagus untuk pesakit batu karang, betul ke?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum akak...banyaknya khasiat terung..

    ReplyDelete
  22. terong pipit,akak lebih suka buat ulam. terung ungu pulak suka buat sambal atau goreng berlada..

    ReplyDelete
  23. saya pun suka buat terung pipit as peluru senapang masa kecil2 dulu…
    Yg terung panjang tu, saya jarang masak… angin kak..

    ReplyDelete
  24. salam kamsiah ...
    terong besar tu ..
    cuma celor kat air panas ..cecah dengan sambal belacan pun dah sedap ..

    ReplyDelete
  25. ummi pun suka terung Kam, masak apa pun sedap kan.

    ReplyDelete
  26. Bila tengok sambal tumis ikan bilis dengan terung pipit tu tetiba teringat kat arwah mak saudara yang dah bertahun lamanya pergi. Kalau ke rumahnya masa kecil-kecil dulu, memang sentiasa dihidangkan nasi lemak dengan sambal tumis ikan bilis begini. Sampai sekarang masih terasa sedapnya.

    ReplyDelete
  27. KA kurang gemar terung, tp sesekali tu mkn jugalah hehehe

    ReplyDelete
  28. Baru saya tahu khasiatnya.. selalu makan shj. Pernah dengar org slalu cakap yg terung ni angin.. tp saya tak kisah sbb sedap..

    ReplyDelete
  29. terung pipit tok berehi sangat...sedap pulok tengok sambal terung tuh..

    ReplyDelete
  30. terung yg bulat tu saya x makan, saya buat main gasing je.. hehehe

    ReplyDelete
  31. mcm mana masaknya..sy ttp suka..sedapp

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.