07 August 2014

Rezeki Dari Kampung

Adik saya sekeluarga pulang beraya di kampung
katanya seronok sbb musim buah2an
ya..buah2an masak dibulan puasa
tak de siapa nak amik..nak makan..
jadi meranum di pokok ja lah...

Cempdedak ni tiap kali saya balik kampung
tak pernah ada buahnya
bkn rezeki saya
pokok dokong mmg banyak dikampung
buahnya ayah jual sbb tak habis nak makan
kalau yg nak beli tu datang kait/panjat sendiri
lagi murah harganya
selalaunya ayah cakap
"bayarlah berapa pun.."

rambutan kuning / gading
sayangnya adik tak amik buah ni sbb tak muat dah nak isi dlm kereta

cuma yg diambil yg merah ni ja 

yg ni saya buat pesanan khas
supaya dibawa balik
 
 pucuk ubi kayu
dah selamat dicelur..cicah sambal belacan
 kebun ubi kayu dah macam hutan simpan dah
sbb ayah dah tak larat nak menebas segala bagai

 inilah hasil dari ubi kayu yg dibawa utk saya

 bengkang ubi kayu
tapai ubi kayu

28 comments:

  1. Ni baru betul2 dari kampung...mcm2 buah ada.
    Tapi yg paling saya tertarik, kat pucuk ubi & ubi kayu tu lah.

    ReplyDelete
  2. kalau dok kampung,mmg meriah dgn buah2an.. best kannnn

    ReplyDelete
  3. Tak tahan thk cempedak tu kak...cntik sungguh la kejadiannya...klau kat umh pak sedara sy...wajib dah dia balut dgn paper...tp nmpk akk punya ni...kulitnya pun cantik...tentu isi dlm meriah ni...!

    ReplyDelete
  4. nampak sedap je tu... saya pun ada tanam ubi kayu, bila nak gali dan masak agaknya? pucuk ubi selalu je kami makan denagn budu, mmg kegemran tu

    ReplyDelete
  5. Geramnya tgk buag dokong ngan cempedak tu. Sedapnya.

    ReplyDelete
  6. tahun nu raya banyak makan buah jer..
    seronoknya lahai dok kampung..

    ReplyDelete
  7. as salam,
    smlm pon ada jiran sblh bg cempedak yg hampir msk, suami mmg hantu cempedak
    alhamdulillah rezeki dr kg

    ReplyDelete
  8. memang raya kali ni banyak makan buah dari kuih raya..lama tak makan bengkang ubi!

    ReplyDelete
  9. inilah kelebihan bila tinggal dikampung dan kekurangan orang bandar yang tak dapat menikmati keindahan kampung kan Kak.. :)

    ReplyDelete
  10. rajin sunggh kamsiah ni..sumernya menjadi!!!hehe...

    ReplyDelete
  11. rajin sunggh kamsiah ni..sumernya menjadi!!!hehe...

    ReplyDelete
  12. mcm2 ade kak...teliur lieya tgk...tu laa ganjaran berbudi pada tanah kan kak...

    ReplyDelete
  13. Sedapnya cempedak buat cucoq.
    Mujur ada..sbb balik raya baru ni ayah bagi cempedak tapi dok peram lagi belum masak ranum.

    tak sabaq dok terlioq ni.

    ReplyDelete
  14. hehhehe...sama saja kalau boleh balik kampung, habis semua nak bawa balik. Adik saya cakap tahun depan beli van..luas sikit.

    ReplyDelete
  15. Raya kali ini memang tengah musim buah...macam2 ada! Seronok sungguh kalau balik kampung!
    Paling best kalau makan kat atas pokok...hehe

    ReplyDelete
  16. sesungguhnya dikampung itu syurga buah2an dan sayuran...

    ReplyDelete
  17. rambutan kami masih banyak di pokok. rasanya dah x elok dah. terlalu ranum.....

    ReplyDelete
  18. bestnya tengok ubi kayu tu...
    memang kegemaran saya

    ReplyDelete
  19. musim buah-buahan menambahkan kemeriahan hari raya...kampung angah pun banyak buah-buahan buat hidangan utk tetamu

    ReplyDelete
  20. Terbaik dari kampung, macam2 ada.
    Pic yang bawah dua2 tu, buat ummi terliur, hihi.

    ReplyDelete
  21. best nyer kampung kak kam... macam2 adaa....! tengok buah cempedak dengan dokong kat pokok tu perghh... rasa macam di taman syurga... :D

    ReplyDelete
  22. tapi tu yang buat acik terliur tu kamsiah..acik memang tak pandai buat tapai

    ReplyDelete
  23. seronoknya kak kamsiah, hasil dari kebun di kampung halaman, tak tahan tergoda dengan bengkang ubi tu.. :)

    ReplyDelete
  24. Memang sekarang musim buah-buahan. Bila ke klinik semalam kerana anak demam dengar perbualan doktor dan nurse yang kata lepas raya ni ramai pesakit diabetes menghadapi masalah kenaikan paras gula dalam darah kerana banyak makan kuih Raya dan makan banyak buah yang manis-manis...

    ReplyDelete
  25. bestnya..semuanya fresh dari kebun sendiri ye Kamsiah.
    sayangnya kampung akak dah takde apapa tanaman kerana mak akak dh tua tak larat nak bertanam. keliling rumah kelapa sawit saja..

    ReplyDelete
  26. memang betul-betul best kak....teringat kampung sendiri

    ReplyDelete
  27. wah makan besar rezeki tu ada di mana-nmana syukran padaNya..

    ReplyDelete
  28. banyaknye buah cempedak tu..berderet-derert..geram plak menengoknye..hehe

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.