29 August 2014

Kura-Kura Dalam Bilik Air

Saya biasa tengok org membela kura2
dalam akuarium,dalam kolam dihalaman
tapi pertama kali tengok
kura2 dibela ..dilepaskan bebas dalam bilik air

Ketika tuan rumah memanggil anak2 saya melihatnya
sorang demi sorang menjerit
Saya tertanya apa yg membuatkan depa menjerit

"Ada kura2 dalam bilik air.." kata anak2 saya
"Laa...kura2 pun takut.." saya membalas sbb ingatkan cuma seekor ja

Dan bila menjenguk dalam bilik air
saya sendiri menjerit...
Ada berbelas ekor
semua mak bapak anak cucu kura2 ada
ada yg tak bergerak
ada yg merayap2
ada yg cergas berlari2

kata tuan rumah
banyak yg dah mati sbb terminum air sabun / syampu
pintu bilik air terpaksa ditutup 24 jam
kalau tak..habis semuanya keluar

haha nasib baik rumahnya ada 2 bilik air
kalau tak memang saya takkan guna bilik air bersama kura2 ni
Ada lagi binatang eksotik yg ada dirumah beliau
belut didalam akuarium
ular sawa selain ayam itik,angsa,arnab,kambing,lembu
dah ala2 mini zoo pulak
(rumah bapa sedara suami di Taman Guar Perahu)

25 comments:

  1. ...sebab bilik air ni sejuk sikit kot.

    ReplyDelete
  2. wah kreatif sungguh tuan rumah ni kamsiah.. saya bela dalam akarium jer..

    ReplyDelete
  3. ishk seganlah nk pelihra bnyk2..
    sekor bolhlah kot..

    ReplyDelete
  4. tp kura2 ni bau dia semacam kan?
    dulu kecik2 pnh bela

    ReplyDelete
  5. yelah kan kak, kalau nak uu'uk ke ada benda terjojol depan mata, haishh, tak selesa kan, rasa macam dia pandang kita je..hihihihi

    ReplyDelete
  6. byknyaa.. teringin nak bela tp sekor jelaa.
    tgok byk2 cm takut pun ada. hahaha..

    ReplyDelete
  7. Teringat masa kecik2, saya pun bela kura2 tapi cuma sekor. Kena rajin beri dia makan. Cuma mak selalu ingatkan jangan biar kura2 tu gigit tangan sebab katanya jika gigit tangan kena tunggu petir di langit baru kura akan lepaskan tangan. Habis kalau musim kemarau 3 bulan cam ne?? Kenalah bawa kura-kura yang melekat di tangan tu ke sekolah selama 3 bulan, hehehehe...

    ReplyDelete
  8. banyaknya...teringat bau kura2 msa di kampung dulu..bucuknya..
    yg minat bela tu..tak kisah semua benda tu..kan

    ReplyDelete
  9. waaaaaaaa mmg banyak betui... mmg jenis pencinta binatang nih kak... bagus betul lah

    ReplyDelete
  10. huhaaa...kalo banyak macam ni, angah pun jadi takut...

    ReplyDelete
  11. wei! gelinya... saya pun rasanya tak nak kongsi bilik air dengan kura2 ni....

    ReplyDelete
  12. Tak ketik (gigit) orang ker kura2 tu? Macam best jer bela dornag ni, tapi macam kesian pun yer sebab depa tak menghirup udara segar hihihi.

    ReplyDelete
  13. Muchas tortugas!
    Feliz fin de semana desde Costa Rica.

    ReplyDelete
  14. dh prnah bela.satu hari tk cuci bekas dia dah busyuk tk tau nk ckp..last2 buang dlam sungai belakng rumah..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak kam,
    lama kita tak jumpa. Terjaga dengan baik kura-kura ni, nampak comey la.
    Rumah saya kat kampung ada sekor, adik bela. Dah beberapa kali dilepaskan dalam sawah, tapi datang balik. Tak boleh adaptasi kot. Kami beri nama Abu. Masa jumpa Abu, hanya sebesar muka gelas yang kecil, sekarang dah sebesar piring.

    ReplyDelete
  16. banyak giler.. besar2 lak tu.. semangat bela dalam bilik air.

    ReplyDelete
  17. salam Kemerdekaan kamsiah ..
    banyak betul kura kura dia ..
    klu tk tukar juadah masakan ..
    dah ada bahan exotik utk dijadikan lauk tu

    ReplyDelete
  18. asalamualaikum..ada baca entry saya kat blog Pesona. Mohon maaf jika menganggu ya. saya tak dapat log in akaun blog saya tu, saya tertukan ke pengarang bukan pentadbir, lepastu saya klik pula keluar dari blog ini, saya tak sangka saya ingat boleh log in balik ke akaun blog. sekarang ni blog Pesona terapung tiada yang boleh mentadbirnya. Gmail dan pasword saya boleh tukar ke tu? boleh buat entry pasal ni ..mana lah tahu apa pengalaman ..

    ReplyDelete
  19. salam kak..sori tak sempat nak komen wpun dah singgah...
    wah semangatnya membela kura2 gitu jer...kalau tuk dorang jer tinggal takperlah..kalau tetamu dtg kang..aduss mmg cam kes akak anak beranaklah kan...
    agaknya pak sedara asben akak tuh pencinta binatang kot...heheh

    ReplyDelete
  20. wah...dah bole buat zoo ni...sapa nk masuk kena bayar..:-)

    ReplyDelete
  21. saya pun tak sanggup masuk bilik iar kalau ada kura-kura banyak.bukan kura-kura ni kalau menggigit orang, susah nak lepas ke?

    ReplyDelete
  22. ..tak sanggup nak kongsi bilik air dgn mahklok lain. lipas pun tak bagi peluang..huhu

    ReplyDelete
  23. huihh banyak nya..mak aiiii ular?? bleh bukak mini zoo

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.