01 September 2014

Buah Limau Purut

Daun limau purut memang popular
tomyam,rendang,ikan 3 rasa dan lain2 mengunakan daun limau purut

Tapi buahnya....tak sepopular limau nipis atau limau kasturi
sesekali petik dan lumur kat kepala
sesekali kalau rajin..lulur kat badan..
atau belah dua..jadikan pewangi semulajadi..
apa lagi kegunaannya..??

30 comments:

  1. 1. Saya turut gunakan air perahan limau purut untuk masakan in case limau biasa habis stok.
    2. Untuk hilangkan hanyir ikan.
    3. Untuk merasa kelainan pada ikan bakar ( yang di bakar bersama kulit - kerapu ) lumur air limau dalam 15-30 minit. Bakar. Bila ikan masak bau harum limau purut akan melekat di ikan
    4. Boleh masukkan dalam air pencuci pinggan mangkuk.

    ReplyDelete
  2. Suburnya menjadi buahnya ...Baja apa dan petua apa ni.....

    sya punya kenit ja...

    ReplyDelete
  3. pernah dengar ada orang guna untuk berubat..

    ReplyDelete
  4. Yerlah kak..buah limau purut nie tak ba nyak sa ngat kegunaannya kan.. buat berubat boleh jugak kot...:)

    ReplyDelete
  5. Kata datuk dan opah, belah limau purut ni dan letak keliling rumah, elak binatang berbisa masuk (terutama ular)

    ReplyDelete
  6. tok bomoh pon suka guna buah limau purut ni hehehe... ;)

    ReplyDelete
  7. tak banyak yg kita tahu pengunaan limau purut nikan.buat berubat mandi limau kut..

    ReplyDelete
  8. Kegunaan dia sangat banyak... kalau kita sisip kulit dia, biarkan sampai kering, boleh jadi pewangi.. atau letak dalam minyak rambut.
    Kalau saya, biasanya bila buat sambal ayam penyet, memang akan letak limau purut ni, hiris nipis, belah dua ... selepas siap melenyek lada dan bahan bahan lain, gaulkan hirisan limau purut.. InSyaAllah, memang sedap
    Kulit limau purut ni, elok campak sekeliling rumah, boleh mengelakkan dari kehadiran binatang berbisa
    kalau ibu saudara saya di pasir mas, akan gunakan kulit limau purut ni untuk buat kari Thai - almaklumlah dia thai convert
    untuk berubat juga sangat mujarab, dulu pekerja arwah bapa saya yang merupakan org indonesia guna 'jeruk purut' (limau purut) ni untuk menghindarkan semut, agas dan apa lagi ntah.. kurang ingat
    sebenarnya kulit limau purut ni, aromanya lebih kuat dari daunnya .. cuma kalau nak masak menggunakan kulit ni, amik yang bahagian hijau saja, jangan sampai bahagian putih.. takut nanti pahit
    kalau sahabat sahabat saya di Thailand, guna juice limau purut untuk buat alcohol, tapi saya tak tanyapun macamana process dia ... takut nanti saya mabuk... hehehe

    ReplyDelete
  9. dirumah kalau tiba musim buah sampai xtau nk buat apa. daun byk yg guna kalau pucuk muda tu

    ReplyDelete
  10. suburnya pokok..kalau dah buah banyak mcam ni..boleh buat cuci ikan, cuci dlm peti ais n boleh mandi limau selalu..badan wangi je..

    ReplyDelete
  11. Jarang2 jumpa buah limau purut ni..biasanya guna daunnya saja..

    ReplyDelete
  12. Dukun zaman dulu juga menggunakan limau purut dalam perubatan kerana kononnya baunya mempunyai aroma tertentu bagi menembusi alam ghaib. Ada juga orang kata limau purut dapat mengusir binatang berbisa seperti ular..

    ReplyDelete
  13. Makchaq pun lebih banyak guna daun limau purut dari buah.. untuk masakan x pernah guna langsung.. buat mandi gosok2 badan & saja2 potong letak dlm bekas buat pewangi tu ada la

    ReplyDelete
  14. buat tomyam je lah biasa guna daun ni...

    ReplyDelete
  15. I did not know this plant, it looks like a lemon our.
    did not know this plant, it looks like a lemon our

    ReplyDelete
  16. Saya suka bau limau purut. Boleh lembutkan rambut dan bersihkan badan.

    ReplyDelete
  17. tomyam kalau takde daun limau purut memang tak sah akak...hihii. Kekadang rendang pun saya taruk...

    ReplyDelete
  18. http://madey09.blogspot.com/ orang baru datang menyapa..apa khabar, apa nak buat blog baru muncul. Masih dalam proses kemas kini. rasa tak nak buat blog..rupanya ada blog lain saya yg tak terurus so saya hidupkan .
    Limau purut ni serbaguna macam2 kita nak guna limau purut ni berkhasiat aroma wangi..

    ReplyDelete
  19. suburnye pokok limau purut akak tuh... kalu dkt boleh dana mintak daun nyer beberapa lai utk bt simpanan msk apa2... dana pun tak arif sgt ngn kegunaan buah nyer kak... cume yg tau bau nyer mmg wangi...

    ReplyDelete
  20. letak dalam kereta boleh hilangkan bau hapak...

    ReplyDelete
  21. popular dlm kalangan bomoh je kot.
    eh ke dorang pon guna limau nipis?

    ReplyDelete
  22. Kakak lebih banyak guna daunnya dari buahnya
    Belakang dapur kakak walau sekadar sepokok tapi tak berhenti berjasa buat kakak dan jiran-jiran tak kira bangsa semua suka..

    ReplyDelete
  23. Betul lah kak... buah nya tak glamer, daun lagi dapat sambutan...

    ReplyDelete
  24. Saya hanya tahun gunakan daun limau purut untuk masak tomyam... buahnya saya tak pernah gunakan... dulu-dulu arwah nenek saya gunakan buah limau purut untuk mencuci rambut.

    ReplyDelete
  25. cikda tak tau..tapi cikda dapat kaut banyak petua bila baca komen2 geng2 yang lain.. :)

    ReplyDelete
  26. banyak nya petua yg diberi ...
    boleh juga letak dalam kereta , harum semerbak jadinya

    ReplyDelete
  27. suka sgt bau dia...kalu rs cm pening2 sy petik sebiji pastu cium2 ;-)

    ReplyDelete
  28. Limau purut kat rumah ni galak berdaun jer. Pantang dicantas, bertambah merimbun tapi tak keluar sebijik pun buahnya lagi.

    ReplyDelete
  29. buat acar pun boleh kamsiah. sedap...

    ReplyDelete
  30. Salam K.kamsiah...
    cma sukaaaa bau limau purut.. buat mandi.. buat tenyeh kepala..lg yg best..perah ainya dlm tomyam.. nyummmmm

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.