18 September 2014

Pada Haiwan Ada Pahala

Apakah yang terjadi kepada haiwan-haiwan pada Hari Akhirat nanti? 
 Adakah akan masuk ke Syurga atau Neraka?
 Atau bagaimana?

 “Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain2. 
Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk.
 Allah akan mengarahkan mereka :
 ‘Jadilah debu!’. 
Maka berkatalah orang kafir : 
‘Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan) 
(Surah al-Naba’ : 40]. 
Ini telah diriwayatkan di dalam Hadith Nabi (secara Marfu’)
 di dalam hadith tiupan sangka-kala” 

 Ya, mereka menjadi debu. 
 Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka. 

 Kucing ini pada Hari Akhirat nanti akan menjadi debu. 
 Terhenti setakat itu.
 Tidak masuk ke Syurga dan tidak pula ke Neraka.
 Justeru, kehadiran kucing yang comel ini bukanlah 
sepatutnya dilayan sekadar untuk diambil manfaat di dunia sahaja.
 Iaitu hanya untuk menjadi teman bergembira atau bermanja sahaja, 
tetapi sepatutnya dilihat lebih luas dari itu.

 Ia adalah ujian ALLAH buat kita yang mana keputusan ujian 
tersebut hanya kita ketahui pada Hari Akhirat nanti. 

Pada seekor kucing yang kita temui di jalanan atau yang kita pelihara
 ada ujian ALLAH untuk kita.
 Samada kita berbuat baik atau zalim dengannya, semuanya akan dicatit. 

 Dengan menyedari bahawa ia suatu ujian, 
maka lakukanlah kebaikan kepadanya. 

 Antara yang baik boleh kita lakukan ialah
 Menyantuninya. 
Memberinya makan atau minum. 
Menyediakan tempat tinggal.
 Mengubatinya jika ia sakit. 
Menolongnya jika ia terjatuh atau tersekat. 
Menemukan dia dengan rakan-rakan atau ahli keluarganya. 
 Itu semua bisa memberatkan catitan amal pahala kita. 
 Seterusnya dapat mendekatkan kita kepada redha ALLAH Ta`ala dan SyurgaNYA.

 Janganlah pula kucing tersebut menyebabkan kita menambah dosa dengan menyepaknya, 
dengan mengherdiknya, 
dengan menipunya, 
dengan menderanya dan lain-lain yang bisa menyakiti hati dan tubuhnya.

 Haiwan-haiwan ini boleh dijadikan ‘mesin pahala’ kepada kita.
 Iaitu melalui mereka, kita dapat menjana pahala kebaikan dari sisi ALLAH Jalla wa A`la. 
 Jangan sampai ia menjadi ‘mesin dosa’ kepada kita pula.

 Jadi, ia terpulang kepada kita untuk memilihnya: 
 Memilih untuk mendapat pahala melaluinya.
 Atau: Memilih untuk mendapat dosa melaluinya.
 Atau: Memilih untuk tidak berbuat apa-apa.

Alex...yg menumpang teduh dirumah saya
setia menunggu karipap...

19 comments:

  1. Ada juga 3 ekor kat rumah ni tapi takut juga terbedosa kadang2 naik angin juga dgn perangai mereka....

    ReplyDelete
  2. kucing ada binatang yg paling manja... saya sebenarnya penakut kucing kak.... hihiii... suka tgk dari jauh jer... nak pegang takut...

    ReplyDelete
  3. saya geli pada kucing ...suami dan anak2 pantang nmpk kucing, mesti nak pegang2 nak belai2 ..

    ReplyDelete
  4. menipu kucing..rasa berdosa jugak sebab selalu buat.tapi diorang pun dah cerdik, tau dah trick tuan dia..hehe.pastu buat muka seposen, terus kesian plak

    ReplyDelete
  5. gebunya kucing akak
    rumah saya dah lama tak berkucing
    tapi baru2 ni
    ada 4 kucing sekeluarga datang mintak makan
    pastu datang lagi sekor kucing kelabu kecik
    dan sekor oren
    ntah dari mana depa ni
    tapi semua datang mintak makan
    walau depa jenis garang dan liar
    harapnya jadi jinak nanti :)

    ReplyDelete
  6. Setakat ni yang takut kucing dak Nuha.. hehehe.. tapi kalau anak kucing dia takut-takut berani pegang.

    ReplyDelete
  7. ana pernah Google tentang binatang yang telah mati ketika kehilangan Jingga tempuh hari, anak2 nak kan kepastian tentangnya, bila tengok Alek ni kak, teringat kat Tam Cik tetamu yang hari2 singgah makan ke rumah dah dua minggu tak muncul, sedih juga bila kenangkan matikah dia, sesatkah dia..Hanya Allah Yang Tahu.. :)

    ReplyDelete
  8. Walau bagaimana pun semua itu akan menjadi saksi atas segala kebaikan dan kejahatan kita ketika di dunia apa tindakan telah kita lakukan kepadanya...

    ps: walau kakak selalu bagi kucing liar makan di belakang rumah tapi kakak tetap takut kucing tak tahulah kenapa - macam gelilah.. kalau bagi pun cepat-cepat masuk rumah takut kena kejar hihi..

    ReplyDelete
  9. Haiwan pun makhluk Allah..so, sama2 lah kita menyayangi nya..terutama kucing... hehe..

    ReplyDelete
  10. Rindunya nak bela kucing......suka sgt dgn kucing....

    ReplyDelete
  11. asalam.syukran kami dah sampai dgn selamat dari Ranau, Sabah. Sempat jua ke Kundasang.
    Bila baca bab kucing takut, risau ada kucing di rumah. berdatangan entah dari mana. pun ada kucing asal selepas seminggu rumah di diami, rumah kami di datangi seekor kucing betina..bulu putih dada dan bulu hitam atas badan kucing itu..

    ReplyDelete
  12. Betul tu kak..
    Allah dtg kan haiwan utk uji kita..
    Kucing dtg kat meja makan...Allah nak uji kita, kita bagi sikit tak rezeki kita, atau kita bagi penerajang kat kucing:P

    Alex makan karipap? hahaha

    ReplyDelete
  13. Kucing..mmm..dari kecil sampai ketua..mesti kena ada kucing disisi...mereka bagai ahli keluarga saya. Sayang bagai anak sendiri...suka mereka suka saya, sakit mereka sakit saya...Suka nama Alex tu...

    ReplyDelete
  14. KY memeng tak bela kucing.pernah bela beberapa kali tapi tak serasi.pernah kana larikan depan mata akak sendiri..ada yg jena langgar kereta dpan mata akak sendiri. Pastu serik dah. Tapi tak pernah sampai mendera..herdik tu adalah sbb curi ikan akak..hehe

    ReplyDelete
  15. Hello
    So nice blog you have and so fun to follow you too.
    Have a great day Sptember, Marit of Norway,.

    ReplyDelete
  16. kucing saya tak banyak tapi bila time makan , kena bagi banyak sbb ada kucing luar tumpang makan ...

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.