04 September 2014

Puding Sagu Berkuah Kastard

Puding Sagu Berkuah Kastard
Kalau biasanya sagu dimakan bersama air gula melaka dan santan
apa kata cuba pulak gantikan santan dgn susu cair bercampur kastard
sedappp...
 PUDING SAGU
 Bahan-bahannya:
300gm sagu
 air secukupnya untuk merebus
 sedikit pewarna merah,kuning dan hijau
(kalau malas,guna satu warna saja)
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan diatas,
sentiasa kacau supaya tidak hangus dibahagian bawah.
 2. Masak sehingga sagu bertukar menjadi jernih.
3. Siramkan sagu yang masih panas dibawah air yang mengalir dengan menggunakan penapis
 dan dikacau supaya kanji sagu keluar.
4. Toskan sagu tadi , masukkan kedalam acuan yang bersesuaian supaya senang untuk dihidang.
 5. Simpan didalam peti sejuk.
KUAH KASTARD
 Bahan-bahannya:
3 sudu makan tepung kastard
1 tin susu cair
4 cawan air
 gula secukup rasa
 1/2 sudu teh garam

 Cara membuatnya:

 1. Campurkan semua bahan diatas, masak sehingga semuanya larut.
 Sentiasa kacau hingga mendidih.
2. Kuah sedia digunakan untuk dimakan bersama puding sagu.

Sedap dimakan sbg pencuci mulut...

31 comments:

  1. waaaa!! sedap nya kak....pasti cuba ni makan plak sejuk2 ;p

    ReplyDelete
  2. Menarik guna kastard ni. Nak cuba buat nati

    ReplyDelete
  3. Tq Kamsiah. Love your blog, seriously. Taught m to be a gud mother

    ReplyDelete
  4. nak cuba, nak cuba, semua bahan ada kecuali tepung kastard, boleh ganti dengan tepung jagung tak?

    ReplyDelete
  5. memang sedap.. lagila time cuaca panas..huhhu...selalu masa berbuka puasa cikda bedal kak kam..

    ReplyDelete
  6. selalu sagu ngan susu cair campur gula melaka je kak... kalau ngan kuah kastrd pun sedap jugak...nnt bole cuba...:)

    ReplyDelete
  7. geram pulak menengok yg dh siap paking2 kt bekas kecik tuh... terasa2 kt tekak nih rasanyer yg lemak2 manis tuh

    ReplyDelete
  8. teringin nak cuba bila cuti nanti kamsiah..biasa guna santan je kan..mesti sedap tu

    ReplyDelete
  9. sedap memang sdp puding sagu ni....kesukaan kak ruby

    ReplyDelete
  10. Bulan puasa selalu jugak buat....tapi makan ngn air gula merah ngn susu cair..

    Nanti nak try buat kuah puding camni pulak....Kalau guna tepung jagung boleh tak kamsiah...?

    ReplyDelete
  11. Ni kalau makan time cuaca panas mesti syiokk ... lebih lebih lagi kalau manis .. hehe

    ReplyDelete
  12. alamak ai..gambar yg last tu sangat menggoda nafsu..sedapnye kalo dapat makan sekarang

    ReplyDelete
  13. terbaik!!!sos kastard tu yg buat best tu...huhuh

    ReplyDelete
  14. rasa nak try gak tp maybe xsesedap yg kamsiah buat la...

    ReplyDelete
  15. saya suka puding sagu ni.... tak la feveret tapi kalau orang bagi memang makan habis.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Background kayu tu cantik...tapi sagu tu memang sedap. Nice picture.

    ReplyDelete
  17. lalu kat tekak rasa sejuk je
    sedapnya kak..
    terus terngidam ni :)

    ReplyDelete
  18. makan memang sedap.. part nak buat aduh.. liatnya rasa.. ekekeke..

    ReplyDelete
  19. Sedap...macam nak makan sekali dengan laptop di depan mata...

    ReplyDelete
  20. It looks really delicious!
    Saludo tico y feliz fin de semana.

    ReplyDelete
  21. sangat teruja nak buat..tq share resipi mudah ni..
    datang ke blog baru Etuza http://madey09.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. Salam K.kamsiah..
    sedapnya....sedapnya...thanks share resepi yer...

    ReplyDelete
  23. Wahhhh.... Sedang mencari-cari idea untuk bawa mknn jenjalan bsok pagi, ermmm... Menarik n saya suka kuah kastard... Tqs yer dear...

    Salam kenal dari saya... :-)

    ReplyDelete
  24. terima kasih atas resipinya. senang nk buat๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete



• ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.