16 September 2014

Resepi Karipap Pusing

Doh A: 
 3 cawan tepung gandum 
1/2 cawan margerin 
1 sudu teh garam 
1/2 cawan - 3/4 cawan air sejuk dari peti ais 

 Doh B: 
 1 1/2 cawan tepung gandum
 1/2 cawan margerin

Cara membuatnya:
 1. Masukkan Bahan doh A ke dalam mangkuk kecuali air.
 Gaul ramas macam buat karipap biasa hingga jadi serbuk.
Tambahkan air sedikit-demi sedikit hingga adunan menjadi doh lembut dan licin.
 2. Bahagikan kepada beberapa bahagian

3. Masukkan pula bahan Doh B ke dalam mangkuk berasingan.
Uli hingga jadi doh licin. Bahagikan juga seperti Doh A
pastikan sama jumlahnya dgn bahagian doh A

Canai doh A dan isikan dengan bebola doh B. Bulatkan. 
Buat hingga habis.

Canai satu bebola doh yang telah diisi doh B anggaran 1 1/2 sm tebal.
 Gulung kemas.
Canai sekali lagi. (doh akan jadi panjang)
 Gulung sekali lagi. ke arah bujur agar gulungan jadi pendek.
 Potong guna pisau seeloknya yang bermata gergaji setebal 1 sm.
Canaikan dan terbalikkan.
( supaya corak yang terbentuk seperti diingini)

kelim guna tangan ja

berintikan sardin
walaupun tak cun
mcm yg dijual 
tp rasanya mmg sedap...ranggup dan tak berminyak..

12 comments:

  1. salam kak..

    memang cantik ja kejadian karipap pusing tu..saya dah lama nak belajar buat cuma tak terbuat-buat lagi..hee..

    ReplyDelete
  2. Yang buat karipap pusing ni memang seorang yang rajin, tekun dan sabar. Sejujur-jujurnya, saya tidak mampu mencapai ke tahap itu...

    ReplyDelete
  3. Saya selalu fail buat karipap.. apa lagi karipap pusing ni.. takut nak mencubanya... wlpn tak cun.. yg penting sedap kamsiah ;)

    ReplyDelete
  4. dah lama cari resepi mudah karipap pusing ni kak,tq ya nti nk cuba buat.seumur hidup tak pnah buat karipap pusing,nk kelim pun tak pandai.huhu

    ReplyDelete
  5. wow!! setiap entry blog kegemaran Etuza ini di susun rapi, terbaik resipi mudah sedap kelihatannya..ini lah blog yang menjadi contoh kepada blogger baru nak menapak. tahnia..selamat hari malaysia ya. sampaikan salam kepada semua yg kenal Blog Etuza

    ReplyDelete
  6. maksud saya salam kepada ahli keluarga lain dalam keluarga Madm Kamsiah ya

    ReplyDelete
  7. pandainya akk buat ek..selalu klu nk mkn beli jek ;)

    ReplyDelete
  8. Dulu rajin gak buat karipap kak..sampai jual lagi..sekarang selalu outstation, susah jugak kalau nak buat jual

    ReplyDelete
  9. Baca tajuk...saya membayangkan satu karipap yang unik dan lain sekali bentuknya...rupa2nya... Baru ku tahu namanya karipap pusing, huhu

    ReplyDelete
  10. teringin nak buat,tapi mungkin kena mahirkan diri buat karipap biasa dulu

    ReplyDelete
  11. oww mcm ni caranya nk buat karipap cantik ni... nice one..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.