14 September 2014

Resepi Goreng Cempedak Lebih Ranggup

Bahan2 batter / adunan :
-2 cawan tepung beras
-1 cawan tepung gandum
-5 sudu besar santan pekat 
-1/2 sudu baking powder
-1/2 sudu serbuk kunyit/pewarna kuning(optional)
-Sebiji telur
-sedikit garam
-2 sudu besar majerin yg dicairkan
-air secukupnya

(ada juga yg mencampurkan sedikit aiskrim soda
supaya keranggupan tu tahan lebih lama)

1)Cairkan majerin dan biarkan ianya sejuk
2) Campurkan kesemua bahan kecuali majerin dan air
3)Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit
(lebih mudah mengunakan tangan
ketika mengaulnya)
4)Setelah benar2 sebati dan pekat,masukkan majerin
batter (adunan) biar benar2 pekat
5)Celupkan cempedak dan goreng
dalam minyak yg benar2 panas

Bancuhan ni jugak sesuai
utk goreng pisang,keledek,cendawan atau tempe




errr..ada yg suka makan
biji cempedak tak...
kalau yg empuk dan gebu tu memang sedap...





16 comments:

  1. Terima kasih Kamsiah share resepi tepung goreng cempedak ni. Bolehlah dicuba nanti. Mesti lebih rangup gorengan cempedak ni.

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum kebetulan pokok cempedak depan rumah berbuah..boleh cuba resepi ni..thanks'

    ReplyDelete
  3. Boleha di cuba nanti. Thanks Kam..share resepi tepung goreng rangup..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. lama tak mkn cempedak goreng.. tgh musim ke disana..

    ReplyDelete
  5. biji cempedak, butir nangka febret ms kecik2...rindunya..
    nak try lah resepi akak nie..buat goreng lain pun sedap jgk kan,,

    ReplyDelete
  6. Banyak benda juga yang nak dicampur dalam adunan tepung ni kan kak. Tips berguna ni :D

    ReplyDelete
  7. Mmm...memang favourite sangat ni, setiap kali pasar malam mesti cari buah ni. Balik goreng. Hujan2 ni makan sedap...orang cakap biji dia sedap buat sambal tumis dgn udang, tapi belum pernah cuba

    ReplyDelete
  8. Tq resepi tepung goreng rangup bole try nnt, tentu krukk krakk

    ReplyDelete
  9. Tahun ini cempedak di sebelah rumah saya menjadi benar, walaupun cuma ada 2 pokok. Tapi sekarang dah sampai satu tahap di mana anak-anak dah boring makan kerana masa mula2 berbuah dulu isteri saya hampir setiap petang goreng cempedak....

    ReplyDelete
  10. menarik ni.. kalau biasa kita makan yang lembek pun dah sedap, kalau dah dapat yang ranggup mesti lagi sedap kan..

    ReplyDelete
  11. suka sangat cucuq cempedak...mesti cuba nie...

    ReplyDelete
  12. Saya suka sangat cempedak goreng dan juga biji cempedak. Kalau makan memang tak tengok orang. Pelawa pun tak mau takut tak cukup :)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum dan singgah ptg Sis....sedapnya cempedak goreng....sekarang ni ofis servant tgh goreng cempedak....tapi baru terlihat resepi ni....InsyAllah ada masa nak cuba resepi ni....terima kasih atas perkongsian resepi sedap ini Sis....

    ReplyDelete



• ŲØِŲ³ْŁ€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł…ِ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ْŁ…َŁ†ِ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ِŁŠْŁ€Ł€Ł€Ł€Ł€Ł…ِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.