30 September 2014

Resepi Roti Jala Dan Kari Ayam

Dibeli dari th lepas lagi
tp tersorok...lupa simpan kat mana
Bila terjumpa...memulakan projek menjala kelmarin
Dengan mengunakan acuan roti jala mcm ni
hasilnya sangat cantik
(boleh dibeli dikedai menjual bahan2 membuat kek
atau kedai barang2 plastik
yg ni berharga RM3.80)

Bahan2 Roti Jala

3 cawan tepung gandum 
3 ½ cawan air 
1 biji telur
 sedikit pewarna kuning 
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan 
(atau gantikan dgn minyak masak)
1 sudu kecil rata garam 
sedikit minyak (untuk lengser pada kuali) 

Cara2nya 

 Campurkan semua bahan2 di atas 
(saya blend supaya tak berketul)

  Panaskan kuali.

 Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
Masukkan adunan kedalam acuan
kemudian picit kedalam kuali

  Biarkan hingga roti jala masak. 
Tak perlu dibalikkan. 
Terus saja angkat dan masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung

 (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. 
lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... )


Saya masak kari ayam ala mamak

* 1 ekor ayam - dipotong ikut suka

 * bahan A:
 10 biji bawang putih dan 3 inci halia - diblender. * 

bahan B: 
1 biji bwang bsar, dihiris2.
 4 tangkai daun kari,
 1 batang kayu manis,
 3 kuntum bunga lawang 

 bahan C:

 2 biji tomato, 
2 btg serai diketuk
 2 helai daun pandan 

 * bahan D:

 8 sb serbuk kari ayam baba's (atau sebarang jenama)
 1/2 sk serbuk kunyit 
sedikit serbuk cili kering (yg tak suka pedas,tak payah masukkan) 
dan gaulkan sebati dgn air. air jgn banyk sangat 
* beberapa biji ubi kentang 
* 3 cwn santan atau susu cair 

  bahan E: 

 serbuk lada hitam,
 serbuk lada sulah, 
serbuk ketumbar, 
serbuk jintan manis. 
kuantiti, ikut yg anda suka) 
* garam secukup rasa 

 CARA2: 
1) tumis bahan A sehingga naik bau kemudian masukkan bahan B dan bahan C 
Tumis hingga daun kari agak garing. 

 2- masukkan ayam dan ubi kentang. 
Tutup periuk. masa menumis ayam ni mesti anda akan
 mula terbau aroma wangian masakan ni. bau harum daun pandan dan serai 

 3- masukkan sedikit air, dan tutup periuk semula biarkan lebih kurang 5 minit 
atau sehingga air aroma ayam tu keluar.

 4- bila air kuah dah mendidih,
baru la masukkan bahan D dan bahan E 

masak sehingga ramuan rempah ni masak dan sebati.
masak dgn api pelahan. 

 5-bila kuah kari dan ayam dah masak dan empuk, barulah masukkan santan/susu cair dan garam.

30 comments:

  1. salam pagi sedapnya roti kirai buat sarapan pagi..

    ReplyDelete
  2. Cantik sekali hasil dari acuan jala macam ni...ehh beli kat mana ,,atau saya kurang prihatin...

    ReplyDelete
  3. Sud@is..kat kedai bahan2 buat kek atau kedai2 plastik pun ada..

    ReplyDelete
  4. eh,tu acuan baru ke?mmg cantik rt jala kamsiah tu!

    ReplyDelete
  5. mcm ni rupanya buat kari mamak...byk steps jgk..

    ReplyDelete
  6. Lagi entri tentang makanan pagi-pagi begini. Memang buat perut saya terasa lapar.. T_T

    ReplyDelete
  7. hehehe haaaa kalau malas nak buat boleh order je ngan una,, una ada business roti jala tau :)

    ReplyDelete
  8. Dah lama kak cari botol ni..sini tak ada. Cantik tengok boleh kirai petak2. Satu blog masakkan tu dia campur2 color. Memang cantik..Kuahnya kak tetap suka kuah durian..

    ReplyDelete
  9. cantiknampak jalaantuh kak..synyerlen macamsket...

    ReplyDelete
  10. Gandingan mantap! Roti jala kalau kena kuah kari memang sedap walau boleh juga dimakan dgn serawa durian tetapi dgn kari macam ini juga yg best:)

    ReplyDelete
  11. Kakak sampai hari ini tak terjumpa lagi botol lubang/muncung 4 tu tau. Masih juga style lama sebab tu bentuk segi-empat tak pernah buat lagi. Cantik kan..

    eh.. sampai 2kali komen hihi..

    ReplyDelete
  12. rajinnya akak menjala
    nampak sedap karinya tu
    thanks sharing the recipe :)

    ReplyDelete
  13. Fuhh.. walaupun saya dah lunch, tp masih berselera lagi tengok roti jala tu.. mmg menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  14. en asben suke ni...
    tapi bile buat asyik tak menjadi je bntuknye
    nasb la boleh ditelan lagi..
    ehehehe
    kene beli botol cmni senang

    ReplyDelete
  15. terbau bau kari ayam tu ke sini kak. tetiba rasa cam hari jumaat, eh ada kena mengena ker. hahhahhaa

    ReplyDelete
  16. sis..cantiknya roti jala sis.leh buka kedai dah nie.hehe =)

    ReplyDelete
  17. wahhhhh mmg nmpk chantek & kemas je roti jala tu... nmpk nyummeliciuos somemore...

    ReplyDelete
  18. sedappppp nya..eh! cantik rupa paras roti jala tu acuan nya tak penah jumpa lgi...

    ReplyDelete
  19. Sedapnya nampak...
    Saya suka roti jala. Selalunya cuma beli kat pasar malam bila teringin nak makan. Nak suruh isteri buat kesian pulak...

    ReplyDelete
  20. saya mmg tak pandai menjala.... nak cuba beli bekas mcm ni jugak, mana tahu menjadi :)

    ReplyDelete
  21. Nampak simple ...menarik untuk resipi makan petang2...

    ReplyDelete
  22. Sedapnya akak...

    Tak pernah lagi guna acuan macam akak guna tu...

    ReplyDelete
  23. sedapnya sedapnya! memalam mcmni lapar..woot woot!!

    ReplyDelete
  24. cantiknya roti jala dia..

    selamat berkenalan. jemput keblog saya ye

    ReplyDelete
  25. pandainye akak buat..dah macam kat kedai..hihi ^^

    ReplyDelete
  26. KA pun suka & kalau wat buat dua kaler hijau kuning hehehe

    ReplyDelete
  27. Alahai Kamsiah......lama tk buat roti jalan....tengok pic ni teringinlah pulak....
    Tapi tak de acuan tu pulak.....acaner tu hehe....

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.