17 January 2017

Sambal Tumis Petai Bersama Udang

Saya pasti resepi ni terlalu mudah 
dan ramai yg dah tau macam mana nak buat

BAHAN - BAHANNYA :-) 

1/2 kilo udang saiz besar
1 biji bawang besar dibelah2
 3 papan petai 
1/2 cawan cili kisar 
1/3 cawan jus asam jawa 
1 camca besar gula
 Garam secukup rasa 

 BAHAN - BAHAN TUMBUK HALUS :-) 

1 biji bawang besar
 3 ulas bawang putih 
 hirisan halia 
1/2 inci belacan


CARA MEMBUATNYA :-) 

Udang dibuang kulit, kemudian belah belakangnya dan buang urat, cuci dan toskan.
 Petai diambil isinya cuci dan toskan. 

 Panaskan minyak dalam kuali 
Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum,
 masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. 

Guna api kecil dan kacau sentiasa,
 Masukkan gula, jus asam jawa dan petai. 
Kacau dan masak hingga pekat. 
Masukkan bawang besar yang dibelah dan udang.
Gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya,
 masak sekejap lagi dan rasa jika ok boleh matikan api. 

10 comments:

  1. Hidangan satu M'sia ini Kam
    Bukan orang kita aje makan Mat Salleh yg duduk JB ni ada yg suka makan sambal tumis petai jgn tak tahu:)

    ReplyDelete
  2. Banyak petainya kamsiah..semalam acik pun masak lemak ikan tambah petai

    ReplyDelete
  3. sedapnye....dah lama xmakan cmne....skank musim petai erk....nak p cari la hujung mmg nnti....

    ReplyDelete
  4. terliur .. petai mentah shj saya tak makan tapi kalau masak mcm tu, pantang jumpa.

    ReplyDelete
  5. kak.. feveret kita semua... klu x mkn sambal petai x best lah kan... sedihhh sbb x merasa nikmat dunia..hahaa

    ReplyDelete
  6. menggodanya sambal udang tuh kak oi...

    petai tu beso2 betul, mcm memanggil2 je

    ReplyDelete
  7. Sedapnya sambal tumis udang plus petai ni.
    Pn isteri pun selalu buat.

    ReplyDelete
  8. Lama tak masak udang sambal mcm ni. Buh Petai apatah lagi. Sebab mmg jarang sanagt beli petai

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.