Bunga kemboja yang indah
Kau tumbuh dan lebat berbunga
Kau sungguh cantik bak winona
Keindahanmu menyihirku.
Bunga kemboja yang indah
Ada yang merah, putih dan kuning warnamu
Kau juga kadang di lambang kematian
Tumbuh subur di pusara terakhir.
Bunga kemboja yang indah
Rupa warnamu memang indah
Tapi kau dipandang sebelah mata
Hanya dianggap penghias makam.
Bunga kemboja yang indah
Kau tumbuh dengan tulus di tanah
Bertemankan gulma dan rumput rumput
Tiada yang merawatmu.
Bunga kemboja kalau masa kecik lagi pokoknya duduk dalam pasu cantik. Tapi kalau dah tinggi itu yg susah kalau nak jaga kat rumah taman ni. Kalau duduk kampung best boleh biar besar mana pun sebab bunga dia tahan.
ReplyDeletecantik la yg hitam merah tu...rietta xpernah tgk...dulu tinggal di asrama, ada beberapa pohon yang di tanam, besar pokoknya...cantik, sejuk pandangan mata....
ReplyDeleteKak Kam, kat rumah ni pun ada bunga kemboja yang merah tu...mak saya tanam.. tapi bila dah berbunga and cantik, mula la tetamu yang datang mintak... mak pulak jenis murah hati... main kasi jer... jadi selalunya pokok kemboja ni tak pernah sempat nak besar... hehe
ReplyDeleteINDAHNYA PUISI BUNGA KEMBOJA...KOMBAJA SEPSIS BARU PELBAGAI WARNA KANMAIN CANTIK LAGI
ReplyDeleteCanteknya bunga2 kemboja berbagai warna rupanya,wangi kan....tapi biasanya banyak yg jadi penaung pusara.
ReplyDeletecantik bunga kemboja yg mule2 tuh kak....
ReplyDeleteskrg ni kemboja org tanam jd pokok hiasan bkn tanam kt kubur je...
Sekarang ni dh ada pokok kemboja hybrid yang sesuai di tanam dalam pasu
ReplyDeleteatau dijadikan bonsai. Mempunyai pelbagai warna bunga.
Harganya pun boleh tahan.
Tak perasan pulak ada kemboja berwarna warni. Ingatkan kaler putih jer penghias kuburan.
ReplyDeleteCeteknya ilmu ini tentang bunga bungaan...hik!
Cantik memang cantik ye tapi bila tengok bunga ni teringat mcm kat kubur pulak ye Kam. Aduhhhh
ReplyDeleteCantiknya gambar2 bunga kembija ni...memang suka tengok
ReplyDeleteyela kan kak...selalu nampak di tanah perkuburan
ReplyDeletememang cantik..tapi sayang dikaitkan dengan kubur sahaja. Dalam pantun yang pertama tu disebut winona. Winona tu apa?
ReplyDelete