23 March 2016

Pulut Mempelam

Memenuhi permintaan anak dara
yg teringin nak makan pulut mangga

  Bahan-Bahan:

 Bahan-bahan untuk pulut mangga 

3 cawan beras pulut,
(saya guna beras pulut susu siam
so rendam beberapa minit ja)
 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
 2-3 sudu besar gula
sedikit garam
beberapa helai daun pandan,
beberapa biji mangga

 Bahan untuk kuah santan:

1 cawan santan pekat
1 sudu kecil  tepung jagung
( bancuh dengan sedikit air )
1 helai daun pandan, carik dan simpul
garam secukup rasa

 Cara Penyediaan:

 Cara-cara untuk pulut:

 Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pandat.
 Bilas pulut yang telah direndam  dan tapis keluar airnya.
 Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut.
Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
Satukn santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati.
 Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut
 Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
 Hidang bersama kuah santan,dan buah mangga

Cara-cara untuk kuah santan:

 Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
 Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.
 Teruskan kacau supaya santan tidak berketul.
. Angkat dan sejukkan.

23 comments:

  1. Alahaiiii.. sedapnyeeeee.
    terus teringin nak makan jugak. hehehe
    dah lama dah x makan pulut mangga nih. hehehe

    ReplyDelete
  2. Emmmmm sedapnya kamsiah..
    Teringat2 mangga harum manis..

    ReplyDelete
  3. alaa...sedap tapi SA x leh makan la kak...

    ReplyDelete
  4. alahai....sedapnya...esok ada jualan dekat opis selalu ada jual. nak kena belilah ni

    ReplyDelete
  5. sedap sangat ni kak, ana suka makan pulut2 camni :)

    ReplyDelete
  6. tak pernah cuba pulut mangga.. risau ketagih je.. tapi rupa mangga tu mmg bikin terliur la...

    ReplyDelete
  7. Selain makan dengan mempelam kecik-kecik dulu Aina juga makan pulut dengan pisang.

    ReplyDelete
  8. teringin nak makan pulut mangga tu Kam kena cari mangga lepas ni lah

    ReplyDelete
  9. Assalam...kak Zai balas kunjung. Sedapnya dpt makan pulut mangga.

    ReplyDelete
  10. mmm..macam rasa duk dlm mulut dah ni....pokok kak belum berbuah lagi tahun ni..setiap kali masak pulut pelam wajib buat la...

    ReplyDelete
  11. pulut pelam....yummy....skank musim pelam erk...sedapnye....

    ReplyDelete
  12. Salam berblogging... wahh menarik ni. Feveret... marveles!.. :) :)

    ReplyDelete
  13. sedapnya..tp sy lg suka pulut durian.hehe

    ReplyDelete
  14. Salam rindu...

    Cantiknya header tu Kam...

    Sedapnya pulut mangga, tak muak.

    ReplyDelete
  15. sedapnya kak...
    Tapi bercinta kalau nak masak sendiri... hehehe

    ReplyDelete
  16. Masya-Allah... gambar yg menggoda itu buat kakak teringin nak menikmatinya:)

    ReplyDelete
  17. alahai sedapnyer.. aritu beli mangga 3 bijik. bau wangi dah, sekali mkn masam pulak.. xde rezeki.

    ReplyDelete
  18. sedapnya.. tp xpernah cuba nak beli bila ada jual.. tak tahu kenapa.. heee

    ReplyDelete
  19. saya taklah berapa reti makan pulut mangga ni. tapi kalau pulut dengan sambal tumis... memang perghh....

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.