29 May 2016

Stok Vitamin C

Salam...apa kabar semua
lama menyepi dek komputer sering meragam

Sapa kat sini selalu  beli belah kat Lazada???
selain tudung Aidijuma
saya jugak sering membeli  berbagai produk lain
spt handbag dan vitamin c ni
ada yg  agak mahal
ada pulak yg berbaloi harganya



pelbagai pilihan ditawarkan




disyorkan 2 tablet sehari
tapi saya seringkali terlupa



20 May 2016

Nasi Ayam Penyet

Berdating berdua dgn anak dara,Alia
penat beli barang2 dapur kat Giant
terus ajak Alia mengisi perut yg dah berbunyi

komen Alia-sambalnya tak berapa pedas
sedangkan saya dah tersedak2 dek pedasnya
 harganya rm9.90 utk satu set termasuk air

19 May 2016

Resepi Pulut Dakap

Resepi pulut dakap ni versi tempat kelahiran saya,Kelantan..

Memula pulut direndam beberapa jam
lps tu panaskan santan..masukkan sedikit garam dan gula..
biarkan mendidih seketika sebelum dimasukkan pulut
dah kering santannya..padamkan api dan biarkan pulut sejuk

pisang-
antara pisang yg sesuai dibuat pulut dakap
adalah pisang abu/kebatu dan pisang raja
pilih pisang yg betul2 ranum

amik sesenduk pulut
letak diatas daun pisang....ratakan..
  amik pisang yg dibelah dua
letak diatas pulut tadi
dan balut pisang tersebut seperti ni

bungkus

cantumkan dua bungkusan..dan ikat
jangan diikat terlalu ketat
lps tu boleh la dikukus lebih kurang 30-40 minit
dah sejuk baru sedap dimakan ya..

18 May 2016

WW :Gula-Gula Sticky

Hadiah dari abang utk adiknya Tasha

huuhh..mcm2 perisa ada..
strawberi,emn,anggur,laici dll..

manis ke...mestilah manis sbb gula2 kan..
rasanya siabang blk lain kali pun
still  tak abis lg gula2 ni..

11 May 2016

WW :Magnun Pink Pomegranate

Seperti lapisan sutera
Magnum Pink Pomegranate
rasa manis lapisan luarnya yg ranggup
diseimbangkan dgn rasa masam2 manis buah delima didalamnya


Nyamannyaaaaa tekak bila makan aiskrim
dikala cuaca panas ni

10 May 2016

MC Donalds

Anak dara saya,Alia nak belanja mak dan adik2nya makan mc donalds
saya ok ja
lagipun petang2 tekak nak makan yg panas2 

so Alia bawak kami ke MC Donalds Kulim
sewaktu kami membuat pesanan
rupanya waiter tu junior Alia dulu

so dia cakap la
"akak ..boleh tunggu 5 minit lagi tak....lps pukul 6 harga diskaun.."
sewaktu kami sampai jam menunjukkan pukul 5.55 petang

kami pun ok ja..


 bubur nasi ni si emaknya yg punya

 minuman sejuk dan panas ni sangat awesome..



sempena filem Angry Bird yg bakal ditayangkan di Malaysia
sayangnya  barang mainan ni dah habis stok..



07 May 2016

Buah Kerenda



Kerenda, nama botaninya Carissa carandas,
termasuk suku Apocynaceae, yaitu tumbuh-tumbuhan dengan ciri khas bergetah putih. 
Pohon kerenda berasal dari India, 

Ada yg memanggilnya asam keranda,asam serenda,asam renda
pokok ni terdapat ditepi rumah kakak ipar saya
saya mengutip buah yg kaler ungu kehitaman tu
sbb pikir ianya manis
rupa2nya yg kaler hitam lbh masam rasanya
nak habiskan sebiji pun tak sanggup

depa kata kalau buat jeruk sedap
sbb rasa masamnya akan hilang
tapi proses nak buat tu yg renyahnya


05 May 2016

Ikan Bakar Teluk Tempoyak

Singgah makan kat Teluk Tempoyak ni
masa otw nak hantar anakanda ke airport
oleh sebab flightnya jam 11.30 malam
masih ada banyak masa lagi
 
oleh sebab cuti 1 mei
kenderaan bertali arus..
 jarang dapat berkumpul mcm ni
 boring menunggu pesanan lambat siap..
oleh kerana memilih meja ditepi laut
konon2 nak feeling romantik sikit
nahh amik..terpaksa makan dalam cahaya samar2
nasib baik tak tercekik tulang ikan

ikan tu dah kena 'cubit' sikit..sapa la yg tak sabar2 tu..
2 ekor ikan bakar,tomyam,nasi putih 6 org makan
dan 2 jag  jus(fresh oren dan tembikai)
harganya rm120..

04 May 2016

Nasi Arab Al Khanz Hadramawt


Sebelum pulang ke Putrajaya 
anakanda belanja mak ayah dan adik2nya
makan nasi arab di Al Khanz Hadramawt,
terletak di HI TECH Kulim

Dia pilih set talam..chicken and lamb mandy
RM 80, ngam2 kami makan 6 org
alhamdulillah..adik2 tersemyum puas..
(sambil dalam hati berharap abg akan belanja
lagi bila blk lain kali)

kepada sesiapa yg nak mencuba
boleh la kesini

03 May 2016

Hannah Darwina

Assalamualaikum

28 hb lepas anakanda dan suami pulang bercuti
anak sampai jam 2 ptg..naik ETS
en suami tiba jam 9.50 mlm...naik Airasia

So sementara menunggu suami sampai..
saya dan anak2 singgah melawat adik ipar yg masih dalam pantang

alhamdulillah..anak sulungnya dah 8 th
2 kali keguguran..
kali ketiga barulah melekat




org yg sedang berpantang cuma mampu melihat ja org lain menjamu selera
memperkenalkan Hannah Darwina
baru berusia...tak sampai sebulan lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.