31 January 2017

Puncak Mutiara Cafe

Cuti-cuti..makan-makan
memang tak dapat dipisahkan..

Suami dan anak lelaki balik bercuti
sempena CNY dan kenduri anak buah
so pada 29 lps 
kami pergi mengempiskan poket kat
dah agak lama tak kesini

Aloha Cinta
rm10.80

Nasi Goreng Di Puncak
rm12.80
rasanya biasa2 ja

satay kambing 20 cucuk
rm52..
saya tak boleh menelannya dek bau kambing
dan sememangnya saya tak makan kambing
nasi briyani ayam kampung
rm23.80

chicken chop
rm14.80
oder 2 set

Totaly rm200 lbh habis kat sini
haha sebab tu saya katakan mengempiskan poket

19 January 2017

Kerepek Ubi Ngaku @ Arrowhead

Sebelum ni jika ke pasaraya,tak pernah
nampak pulak ubi ngaku/sengkuang cina/arrohead ni

tapi dah dekat2 nak raya cina ni
banyak pulak
harga pun tak lah mahal sangat
sebanyak ni harganya lbh kurang RM10 ja

dah lama tgk kawan2 dok tayang kerepek hasil ubi ngaku ni
rata2nya memuji kesedapannya

cara membuatnya pun tak susah
cuma perlukan kesabaran ja

ubi ngaku dikupas kulitnya
dibasuh dan toskan sebentar
kemudian disagat atau guna peeler ja

ada org terus menyagatnya kedalam minyak yg panas
tp saya menyagatnya kedalam air yg dicampur sedikit garam
kemudian baru digoreng

memang lebih enak,lebih ranggup kerepek ubi ngaku ni

boleh jugak ditabur serbuk lada sulah atau lada hitam jika suka

18 January 2017

WW :Bunga Kemboja


Bunga kemboja yang indah 
Kau tumbuh dan lebat berbunga
Kau sungguh cantik bak winona 
Keindahanmu menyihirku.

Bunga kemboja yang indah
 Ada yang merah, putih dan kuning warnamu
Kau juga kadang di lambang kematian
Tumbuh subur di pusara terakhir.

Bunga kemboja yang indah 
Rupa warnamu memang indah 
Tapi kau dipandang sebelah mata 
Hanya dianggap penghias makam.

Bunga kemboja yang indah
 Kau tumbuh dengan tulus di tanah 
Bertemankan gulma dan rumput rumput 
Tiada yang merawatmu.

17 January 2017

Sambal Tumis Petai Bersama Udang

Saya pasti resepi ni terlalu mudah 
dan ramai yg dah tau macam mana nak buat

BAHAN - BAHANNYA :-) 

1/2 kilo udang saiz besar
1 biji bawang besar dibelah2
 3 papan petai 
1/2 cawan cili kisar 
1/3 cawan jus asam jawa 
1 camca besar gula
 Garam secukup rasa 

 BAHAN - BAHAN TUMBUK HALUS :-) 

1 biji bawang besar
 3 ulas bawang putih 
 hirisan halia 
1/2 inci belacan


CARA MEMBUATNYA :-) 

Udang dibuang kulit, kemudian belah belakangnya dan buang urat, cuci dan toskan.
 Petai diambil isinya cuci dan toskan. 

 Panaskan minyak dalam kuali 
Tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum,
 masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. 

Guna api kecil dan kacau sentiasa,
 Masukkan gula, jus asam jawa dan petai. 
Kacau dan masak hingga pekat. 
Masukkan bawang besar yang dibelah dan udang.
Gaul rata dan perasakan dengan garam secukupnya,
 masak sekejap lagi dan rasa jika ok boleh matikan api. 

16 January 2017

Nasi Pak Ya,Taman Jelutong,,Kulim

Balik dari klinik petang semalam
Alia ajak singgah makan kat kedai makan Pak Ya
tempat dia dan rakan2 sekerjanya selalu menjamu selera

Lokasinya
No 64, Lorong Jelutong 2, Taman Jelutong, Kulim, Kedah


apa yg istimewanya Nasi Pak Ya ni
rempah ratus diadun sendiri oleh Pak Ya
menjadikannya begitu 'umpphh..'

nasi nampak sedikit saja sbb diminta separuh ja..
semua pakat2 minta ayam goreng
harganya pun berbaloi..





so pasa sesiapa yg nak merasa keenakan
Nasi Pak Ya 
jemputlah singgah

13 January 2017

Sangkaya Ala2 Boat Noodle

Kalau ke Boat Noodle
seakan tak sah kalau tak oder Sangkaya,kan..
roti yg disteamed dicicah dgn pandan coconut custard..

Tp kata anak saya,Alia
rupanya tak susah pun utk buat semua tu


Dan balik keje ptg semalam
dia bersilat didapur
utk buat bread steamed
dan pandan coconut custard ni

nak guna roti apa pun boleh
dipotong kecik2 lps tu dikukus sekejap


ni bahan2 yg diperlukan utk membuat 
pandan coconut custard

tp dek kerana rumah saya ni
pokok pandan dah pupus
Alia gunakan pandan essen ja
lps tu letak pewarna hijau
gambar google



Dia kata lps ni tak payah pergi Boat Noodle dah...
yee kee..mcm tak percaya ja..

11 January 2017

WW : Masak Lemak Cili Padi Pucuk Ubi

Menu kampung yg tak
pernah jemu ditekak

teringat arwah emak dulu
suka masukkan ikan pekasam
bila masak pucuk ubi atau pucuk mengkudu

10 January 2017

Sebuah Penghargaan

Sebaik sampai di rumah
kami menerima msg gembira ni
sebuah penghargaan dari tuan rumah 
yg disewa anak saya tu


Yalah..kita dah duduk rumah org
kena lla jaga harta bendanya
bkn buat mcm rumah sendiri hehe

08 January 2017

Roti Titab Dan Mee Banjir Udang Kuala Sepetang

Pagi hari terakhir di KL
kami bersarapan di kedai Nasi Kak Wok Cyberjaya

ni side oder Alia-roti titab
dia minta saya mencubanya
tp saya menolaknya

saya tak boleh telan telur yg bergoyang2 tu





 Semasa di KL lagi
dah plan nak singgah Taiping
utk pekena mi banjir udang


Sayangnya gerai mi banjir udang yg femes tu  tutup la pulak
gerai Mak Teh dan gerai Mak Jah

so makan kat gerai Pak Hashim ajalah

waiter tu cakap takde mi udang biasa
yg ada mi udang spesel ja

lps dia amik pesanan
kami semua tergelak
yalah apa beza mi udang biasa dgn spesel
cuma tambah udang ja..apa2 ja la

sepinggan ni RM15..

06 January 2017

Ikea Dan IOI City Mall

Lepas menapak kat Putrajaya
sianak membawa ibu dan adik2nya ke Ikea,Cheras
utk merasa meatball yg sangat glamor tu

yg nasi lemak tu emak yg punya




nasib baik banyaknya tempat yg boleh 'landing'..


tak habis jelajah satu Ikea
siibu dah ajak balik
tak larat nak menapak dah


Restoren Rasa Utara

Malamnya keluar lagi
yalah esok dah nak balik

kali ni si anak  bujang membawa ibu dan adik2nya ke IOI City Mall

singgah makan kat restoren Rasa Utara

dua2 cuba buat senyum senget..



lepas makan..pandang kiri kanan..depan belakang
line clear utk amik gambar kat dinding ni 
 

tersinggah pulak kat Sangkaya

beli 2 ja la sbb dah kenyang makan

masih terasa suasana krismas

05 January 2017

Hadiah Harijadi Dari Anak

Sebelum saya ke Johor 
anak lelaki saya ada wasap
katanya dia dh booking rumah utk 2 malam
(lepas bermalam 2 malam di Johor
bermalam 2 malam di  KL pulak kiranya)
lagipun dia bercuti dari 24/12 hingga 2 jan 

Saya bertanya dimana..biarlah rahsia katanya
ohh..nak suprisekan emaknya la ni

Akhirnya..dia membawa emaknya serta adik2nya ke 
Lakeview Residency Cyberjaya
rumah yg cukup selesa
lengkap dgn segala kemudahan seperti mesin basuh
(yg sangat2 diperlukan bila bercuti)

saya tak bertanya pulak berapa yg dia habiskan utk menyewa 
selama 2 malam ni
(kalau tanya pun bkn dia nak bgtau)


 ada 3 bilik tidur
 pemandangan waktu malam
 dan pemandangan waktu pagi

selesai bersarapan
dia membawa kami pusing2 Putrajaya

Tasha buat muka tak kuasa bila disuruh berposing

 beratur membeli tiket utk naik cruise
Alia yg tertinggal dompetnya dirumah
nasib baik lah petugas tu caj tiket sbg penduduk Malaysia jugak

 pemandu cruise tu akan berhentikan bot
utk memberi penerangan
pada setiap bangunan2 penting yg terdapat dikiri kanan tasik
Masjid Putra yg boleh memuatkan seramai 15k jemaah pada satu2 masa
 
 PM punya ofis
jugak TPM dan KSN punya opis disini
apalah yg ditenung Alia tu



Bersambung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.