POKOK bunga kertas atau bougainvillea
mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun.
Justeru, ia menjadi pilihan tanaman hiasan tropika sangat popular
kerana ia sangat menarik dan penjagaannya pula mudah.
Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan
bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas.
Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvillea,
pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.
Pokok yang tergolong dalam famili nyctaginaceae mengandungi terdiri daripada 250 spesies.
Di Malaysia banyak kacukan dilakukan untuk menghasilkan
pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak.
Penjagaannya mudah,
tidak memerlukan masa yang lebih kerana spesies tumbuhan ini
sangat sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika dan khatulistiwa
seperti negara kita dan boleh memanjat hingga 10 meter tinggi .
Bunga ini juga mempunyai bahagian yang berwarna-warni
yang dinamakan pengasuh bunga
yang mampu menjadikan bunga itu mempunyai kombinasi warna
yang menawan pandangan mata sesiapa saja.
yang dinamakan pengasuh bunga
yang mampu menjadikan bunga itu mempunyai kombinasi warna
yang menawan pandangan mata sesiapa saja.
Jika mahukan pokok ini berbunga sepanjang masa,
kita perlu mengurangkan air dan baja
serta letakkan pasu bunga itu terdedah dengan matahari.
Ceria pagi ni dengan tatapan bunga pelbagai warna menarik ni
ReplyDeletehehe...kelas horticulture pulak pagi ni...
ReplyDeletecantik...kat rumah ni pokok2 bunga kertas, makin kemarau makin byk bunga yng keluar..bila ni musim hujan daun2 jelh lebat....
ReplyDeleteBunga kertas ni bila berbunga lebat, cantik!!, nak jaga pun tak cerewt kan. Seronok tengok bunga ni pagi-pagi ni, hati seceria warna-warnanya.
ReplyDeletecantik kan kalau pelbagai warna gini..sejuk mata memandang..
ReplyDeletepokok ni senang nak dijaga...tak perlu banyak air dan sentiasa berbunga...
ReplyDeleteBunga yg senang ditanam, ada pelbagai warna serta mudah dijaga. Nak bentuknya pun mudah. Cantik sungguh shot akak... :)
ReplyDeleteya allah cantiknya bunga kertas.
ReplyDeletekat rumah rasa biasa2 je bunga kertas. tgok gmbar ni..rasa cantik sgt
tq for info..musim kemarau sekarang bagus sangat la utk bunga kertas berbunga..
ReplyDeletenice~
ReplyDeleteooo.. patutlah pokok bunga kertas saya kat rumah hidup segan mati tak mahu.. terlebih baja dengan air rupanya.. hehehe..
ReplyDeleteselamat pagi
ReplyDeletesinggah pagi jumaat
akak yang gambar last skali tu pokok bunga kertas yang 'dikahwinkan' ke? Nampak macam sepokok tp banyak warna..cantik di pandang
ReplyDeleteKalau musim panas memang banyak keluar bunga... memang cantik dan berwarna warni..
ReplyDeleteKakzakie entri bunga... singgah blog Kamsiah pun entri bunga.... suka sangat sebab suka tengok bunga yg cantik-cantik tu:)
ReplyDeleteMusim panas ni bunga kertaslah yg paling seronok. Meriah sana-sini. Jiran cina kakak tepi pagar dia semua bunga kertas. Sekarang ni meriah betul warna-warni. Lebih bunga dari daun. Cantik!
ReplyDeletekenapa ye dinamakan sempena komander laut tu? mungkin sebab perwatakan dia yang serupa dengan bunga ni kot. hehehee...
ReplyDeletecantik berwarna-warni...bunga kertas ni senang nak jagakan...
ReplyDeleteBunga yg cantik berwarna warni lg cantik kerana fotonya yg cantik...pandai akak amik pic
ReplyDeleteSaya juga menanam bunga kertas di depan rumah. Memang cantik. Cuma satu sifat bunga kertas yang agak mengecewakan ialah ia agak ganas - dah banyak kali saya luka terkena durinya..huhuhuhu..
ReplyDeletedah lama tak tanam bunga..
ReplyDeletekat rumah saya,
ReplyDeletealhamdulillah pokok ni bertahan
rupanya dia tak payah siram sangat kan kak
kat rumah saya,
ReplyDeletealhamdulillah pokok ni bertahan
rupanya dia tak payah siram sangat kan kak
cantiknyer kak...sejuk mata memandang...
ReplyDeletemak saya penggemar bunga kertas nih...dekat laman kat kampung memang banyak mak tanam...
ohhh purple :-)
ReplyDeleteCantiknya bunga kertas tapi sayang ia tidak berbau wangi.
ReplyDeletecantik2 bunga ni..bunga kertas...umah sepupu cheqna..dijadikan mcm pintu plak bunga2 ni.cantik..
ReplyDeleteMeriahnya Bougainvillea
ReplyDeletemenarik kombinasi bunga purple dan putih..
ReplyDeleteemak saya dulu selalu siram pokok bunga dgn air basuh beras..tumbuh subur..
Cantiknya....warna2, yg ceria...
ReplyDeletezaman mak rajin membunga dulu, pokok ni mmg wajib ada.. tp kadang liat jugak nak berbunga...kalau dah bunga sekali...nah ko, lebat sekali bunganya
ReplyDeletecantikkan..kita sukasangat tengok bunga kertas yang rimbun dengan bunga warna merah/pink...
ReplyDeletepokok kertas kat rumah saye dah saye tebang kak, dh besa sgt,,kalau kena kt kaki durinya masya Allah, azab,heheheh
ReplyDeletedari dulu memang suka tengok pokok bunga ni, saya rasa bunga ni unik. memang mcm kertas, agaknya mcm tu jugaklah ia mendapat namanya kan. (:
ReplyDeletesalam k.kamsiah...
ReplyDeletedlm byk2 bunga kertas ni, cma suka kaler merah tu.. bau die lagi menerkam hidung,,
hihi..
tp kalo ada mcm2 jenis kaler mesti meriah taman!
musim panas skang ni...pokok2 ni sedang lebat berbunga...di merata tempat noe tengok..pokok ni keluarkan bunga ...mmg cantik
ReplyDelete