Saya fikirkan selepas mengadakan majlis bacaan yassin minggu lepas
atas saranan tok imam masjid
gangguan dari jiran depan rumah akan tamat
Tidakkah dia terfikir
jika betul saya 'menternak' hantu
saya akan terbakar kepanasan bila dibacakan yassin
Sangkaan saya meleset kerana pagi kelmarin
saya dimaki hamun lagi
tp kali ni hanya anak perempuannya yg
masih dalam pantang tu ja
yg menyumpah seranah saya
Saya terfikir adakah beliau terkena gila meroyan
MEROYAN atau kemurungan posnatum ialah satu masalah
yang biasa yang dihadapi wanita selepas bersalin.
Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius.
Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah
yang dialami oleh wanita sewaktu atau selepas pantang.
Pada tahap ini wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara
yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang di sekelilingnya.
Ramai yang beranggapan masalah ini banyak terjadi kepada wanita Melayu,
tetapi hakikatnya meroyan atau turut dikenali ‘pos-natal blues’
lebih banyak menyerang wanita di Barat.
Masalah ini juga dilihat sering kali dihidapi oleh wanita biasa tetapi
sebenarnya ia turut menimpa wanita profesional.
Pakar mendapati masyarakat Malaysia khusus orang Melayu
lebih prihatin dengan penjagaan selepas bersalin,
wanita selepas bersalin selalunya akan mendapat lebih perhatian daripada ahli keluarga, sedangkan perkara seperti itu kurang berlaku di Barat.
Siapa yang diserang?
Tiada kajian khusus kenapa setengah
wanita menjadi murung dan yang lain tidak.
Bagaimanapun pakar mendapati antara puncanya
adalah kekurangan hormon selepas bersalin serta perubahan
yang berlaku kepada badan mereka dan kebiasaanya
terjadi pada hari kelima selepas bersalin.
Selain itu wanita terbabit juga merasa tertekan dengan
keadaan baru mereka apabila melihat bayi yang sering menangis atau berasa letih untuk berdepan dengan tugas baru mereka.
Sejarah kemurungan atau masalah sakit mental
terdahulu atau kemurungan semasa hamil juga
boleh menjadi penyebab perkara itu berulang
di samping kurangnya sokongan suami serta ahli keluarga terdekat.
Simptom awal meroyan
Tanda dan simptom adalah berbeza bagi setiap ibu,
tetapi anda akan merasa:
perasaan putus asa;
-bersalah;
-amat letih;
-muram;
-sering menangis;
-sunyi;
-gelisah;
-terperangkap.
Apakah antara kesan penyakit ini ?
Gangguan fungsi otak berlaku menyebabkan wanita lepas bersalin
secara tiba-tiba mengadu nampak sesuatu yang
menakutkan mereka atau mungkin mendakwa ada orang yang ingin menganiaya dan mencedrakan mereka.
Dalam keadan ini mereka mungkin bertindak agresif atau berusaha untuk melarikan diri daripada apa yang menakutkan .
Gangguan tidur yang menjadi lebih teruk.
Ia mungkin tidak dapat tidur langsung ataupun
bangun terlalu awal pada jam 2 atau 3 jam
dan selepas itu tidak dapat tidur semula ,
sebaliknya menjadi resah dan gelisah .
Perubahan emosi bertambah mendadak dan ibu mungkin kelihatan bingung.
Selain itu ia mungkin mengadu mendengar suara "hantu " mengutuk atau menuduhnya melakukan pelbagai dosa atau kesalahan.
Ia mungkin menyuarakan kepercayaan karut
yang digelar delusi saperti mendakwa anak
yang dilahirkanya sudah mati atau akan mati akibat
penyakit serius walhal anaknya tidak mengalami sebarang penyakit.
Akibat pengalaman yang tidak normal ini,
ia mungkin cuba mencederakan diri sendiri
atau mencederakan suami malah membunuh anaknya.
Oleh sebab itu kes yang serius begini perlu dirawat dalam wad untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan diri sendiri atau orang lain .
Gangguan emosi atau tekanan perasaan juga kerap berlaku kepada ibu bersalin yang bermasaalah atau berpenyakit keturunan .

Jenis2 Meroyan
Meroyan Api
Dinamakan meroyan api kerana semasa dalam pantang,
ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah sehingga boleh
sampai ke tahap menjerit-jerit dan lupa.
Kemarahan adalah melampau,
adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas
atau membaling anak kecilnya (yang selalu menangis).
Meroyan Kentung (Kertung)
Ibu akan menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis,
perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh
sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dengan bantal.
Meroyan Urat
Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa
mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot atau disebut
oleh masyarakat di utara Semenanjung sebagai "kediang badan".
Meroyan Lendir
Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut.
Meroyan Tinggal
Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah.
Ibu yang mengalami masalah ini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri.
Dia sering tertawa,
mengilai seperti dirasuk atau dalam kes
yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri.
Meroyan Bulu
Ibu sentiasa berasa seram sejuk,
bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar
kesejukan sehingga menyebabkan kancing gigi.
Adakalanya mereka akan kelihatan seperti terkena sampuk.
Meroyan Kulit
Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kelakuan kera.
Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit.
Semalam suami saya menjemput seorang lagi ustaz
datang kerumah sbg ikhtiar akhir
ustaz tu cakap
kalau rumah yg ada sesuatu
memang dia akan dapat merasa,akan meremang bulu romanya
"Ustaz...adakah dia (jiran) saya tu nampak sesuatu bila tgk saya/rumah saya?"
saya bertanya
"Tidak..dia tak nampak apa2...cuma bomoh yg memberitahunya
sekian..sekian..
ni semua angkara jin yg nak merosakkan umat manusia"
jelas ustaz..
ada banyak jenis rupanya
ReplyDeleteBahaya sungguh sakit Meroyan ni ye Kamsiah... dah tu berbagai-bagai jenis pulak...
ReplyDeleteMoga kamsiah dan keluarga akan di lindungi Allah dari perkara yg tidak diingini... Bersabar dan bertabahlah dengan jiran yg macam tu ye...
byk2 bersabar la kak..
ReplyDeletekiranya y nmpak pelik2 tu just ank pompuan jiran y dlm pntang ye? manatahu, maybe dia btl2 meroyan n nmpk sesuatu dimata dia.. dlm keadaan kotor, mmg mudah jin nk dekat2..
byk jenis meroyan ni rupanya
penyakit paling ditakuti oleh wanita semasa dalm pantang...
ReplyDeletekekuatan mental dan ketenangan serta tak terlalu mengikut nafsu sangat perlu..
Zikir dan selawat, istighfar antara amalan yang elok diamalkan
oh..rupanya meroyan pun ada macam2..dapat juga info baru hari ni..tq kak..
ReplyDeleteMasalah Jiran....bersabarlah
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, first time tengok banyaknya jenis meroyan.. takutnya ~~~
ReplyDeletebaru tau ada macam2 jenis meroyan..ingatkan sama jer..
ReplyDelete#bersabar ye kak dengan jiran akak tu..semoga diarang diberi petunjuk..:)
Dugaan hidup berjiran. Sabar jer lah.
ReplyDeletekemurungan tak boleh dibiarkan.. seeloknya jumpa juga pakar psikatri utk rawatan..
ReplyDeletesemoga jiran akak tu cepat sembuh...
ReplyDeleteuuiisshhh bahaya sakit meroyan ni.. lama2 org ingat kita ni giler..
ReplyDeleteApa2 pun sabar ye kak.. sentiasa berdoa..
ooh tak selesai lagi certa hari tu ye, berserabut juga jadinya kan Kam.
ReplyDeleteUmmi harap banyak bersabar ye,moga Allah SWT memberi pertolongan dan perlindungan.
Astaghfirullah.... Sampai begitu sekali mereka percaya cakap bomoh tu yer kak. Sabarlah kak...dugaan.
ReplyDeletedoa biar dapt hidayah je la..
ReplyDeletemm.
Ape la nk jdi dgn zaman skarang ni...x thu nk ckp ape lg...iman la benteng dlm diri kita
ReplyDeleteSimpati juga dengan nasib pesakit mental seperti jiran Kam itu...Semoga Allah permudahkan dan membantu mereka dari kesakitan yang menyusahkan orang lain itu....
ReplyDeleteAllahuakbar!! beratnya ujian awak kali ni... semoga ianya tak berlarutan dan segera berhenti. Banyakkan berdoa semoga orang sebelah itu diberi petunjuk oleh Allah swt..
ReplyDeletedah anaknya pulak yg meroyan kali ni! berat kes akak ni...berat..
ReplyDeleteAnak kena meroyan sampaikan mak bapak berjangkit. Akak kena berhati-hati jugak, selalu amalkan baca Quran kalau tak sempat pasang je kat hp kak. Bukan apa org sakit jiwa macam ni tak dapt cara kasar cara halus dibuatnya nanti sebab depa ni dok percayakan bomoh sgt.
ReplyDeletetak pernah google ada berapa jenis meroyan..
ReplyDeletemakin hebat pulak 'meroyan'nya jiran akak tu.
Moga akak dan keluarga dijauhi dari perkara yang tidak baik.
Masya-Allah... simpati betul kakak dgn apa yg terjadi dgn keluarga Kam. Walau apa pun sebaiknya bertahan mencari yg terbaik. Jgn dilayan jiran itu agar tak menambah buruk keadaan.
ReplyDeleteTeruskan mohon pada Allah dan ustaz yg pandai membantu moga keluarga Kam tidak dipengapakan dgn bomoh yg 'membantu' jiran tersebut.
Takut kakak:(
banyak jenis rupanya meroyan.. baru saya tahu...
ReplyDeleteTu la padahnya bila percaya sgt kat bomoh... moga mereka kembali ke pangakl jalan....
citer bab meroyan ni..teringat masa beranak sulung..mak mentua cakap saya terkena meroyan bulu..disebab kan saya selalu mengigil tanpa sebab dan juga badan serba serbi tak kena..
ReplyDeletesemoga keluarga akak sentiasa di lindungi dari segala fithna..amin
moga Allah melindungi akak sekeluarga
ReplyDeletesaya tak tau plak meroyan ada macam2 jenis :)
Idah tak tau pula meroyan tu ada macam2 rupa nyer ye kak..
ReplyDeleteKalau dah jumpa bomoh sah2 laa.. sesat lagi menyesatkan jerr..! nauzubillah..
macam mana la boleh sesuka hati nak maki orang ye kamsiah..apa perasaan dia tu..
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletesemoga masalah ni dapat diatasi dengan segera.
Hakikatnya, orang yg percayakan bomoh ni banyak letak syak wasangka dalam jiwa mereka. orang lain tak ada yang baik, mereka aje yang baik. Semoga akak tabah berdepan dengan ujian begini.
Sabarlah kak. Allah maha tahu. Kwn saya dulu pernah kena mcm akak. Tapi dia g jmpa bomoh yg mengesyaki dia tu. Gelabah tok bomoh....
ReplyDeleteMacam mana tak meroyan anaknya kalau mak bapak duk puja jin setan, minta jauh la kan.. heishh.
ReplyDeleteHmm..bahaya ni...jangan hampiri/berkawan dengan syaitan coz bila dah akrab susah nak hilang...bomoh-bomoh pun bukan boleh percaya..kadang-kadang main serkap jarang je..
ReplyDeleteMasih banyak rupanya orang yang begitu taksub dengan bomoh.
ReplyDeleteKak Kam terus berusaha memohon dari Allah agar dijauhi segala sihir mereka, juga mohon semoga dibukakan pintu hati mereka menerima segala kebaikan. Allah sayang kita sebab tu Allah duga kita...
sebab itulah orang dulu2 amat jaga sangat ibu2 yang sedang dalam pantang...suami kene ambil berat agar mereka yang sedang berpantang ni jangan terlalu tertekan...nanti kemurungan terlampau itu buat ibu2 itu seakan orang hilang akal..
ReplyDeleteYa Allah, jauhkanlah kami daripada perkara yg tak elok.. risau saya baca kisah akak ni. alahai, paayahnya manusia macam ni, kenapalah nak salahkan orang lain.. akak banyakkan bersabar ya... insya Allah dugaan kali ni banyak hikmahnya....
ReplyDeleteOwh baru tau ada macam2 jenis meroyan ye..
ReplyDeleteseriaunya dengar cerita akak ni...heheh..takut juga kena serang dengan orang gila meroyan ni kan..mungkinlah kot badan kan lemah akak..dan dia terikut ikut dengan emosi kot...jin & syaitan sukalah mengganggu
ReplyDeletesalam k.kamsiah..
ReplyDeleteuhuhu.. seriau mmbacanya..
semoga akak sekeluarga tidak di ganggu lagi..
Allahuakbar.... macam2 manusia ni kak.
ReplyDeleteSyukur, adik bongsu sy juga dalam hari sekarang ni, walau sebenarnya banyak ujian juga, dia kuat. setakat mata kasar sy la....
Moga lepas ni jiran akak x buat hal dah... Risau tindakan diorg keterlaluan kak, bukan nk hasut, but better lebih berhati2
gile muye pulok..jakkit sapa ko anok dio ko..pelik sungguh dok family nie..:)
ReplyDeletegile muye pulok..jakkit sapa ko anok dio ko..pelik sungguh dok family nie..:)
ReplyDeleteserius baru tahu ada byk jnis meroyan rupanya.
ReplyDeletesabar ye kak.dugaan utk akak ni.
cma akak sekeluarga kena la berhati hati.
takut diluar jangkaan dia bertindak.. bahya juga kan..
smga uruaan akak sekeluarga dipermudahkan.aamiin
ya allah x habis2 lagi yer.. moga dipermudahkan semuanyer yer akak !
ReplyDeleteTak habis lagi dia orng rupanya ya..
ReplyDeleteSabar ya kak....semoga Allah permudahkan segalanya..