25 February 2014

Sambal Serbaguna

Saya mengaku memang agak malas utk blend cili kering
tiap kali ingin mengunakannya
(tp tak suka guna cili boh)

jadinya ketika ada mood
pes cili kering ni
akan dibuat dalam kuantiti yg banyak

boleh ditumis separuh masak atau sehingga pekat

-cili kering
-bawang putih
-bawang besar/ bawang merah
-asam keping
-garam & sedikit gula*

blend kesemua bahan kecuali yg ber *
panaskan minyak dan tumis kesemuanya
masukkan sekeping asam keping/gelugur dan sedikit garam dan gula

boleh bertahan berbulan2 dalam petiais
cuma cedok ja bila nak digunakan
menjimatkan masa dan memudahkan kerja memasak anda..


42 comments:

  1. Sy buat bgini juga..tapi xmsk la..blend byk2 n smpn dlm petiais...senang kojo

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, oh masak lagi tahan kan, biasa tak masak. Bole buat macam ni, lagi cepatkan. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  3. Akak pun macam tu juga Kamsiah, selalu buat utk seminggu jer, tak blend pun sama bawang... bawang tumbuk asing bila nak masak, baru akak rasa wangi cili tu :)

    ReplyDelete
  4. biasa blend cili kering je..simpan dalam peti ais

    ReplyDelete
  5. saya pun buat benda yg sama kak.. blend banyak2 masuk fridge, nak buat sambal ke asam pedas ke mmg cepat :)

    ReplyDelete
  6. ooo... kena bubuh asam keping eh... saya tak pernah boh asam keping... nnt nak try

    ReplyDelete
  7. saye pun da buat mcni sjak kawen.mak mertua punye tips.hihi

    ReplyDelete
  8. yummy...nampak sambal tumis petai tu...wah, rietta suka yg hanya isi macam tu...rietta xsuka kulitnya...tapi sambaltu biasa mak yang buatkan, rietta jarang guna...

    ReplyDelete
  9. dah lama saya tak blend cili kering untuk buat stok.

    ReplyDelete
  10. Kak, selalunya kalau nak buat macam tu, berapa banyak cili kering yang nak blend? Sekilo, banyak sangat ke? Nak buat asam pedas, sambal..mesti cepat jer siap kan. Dah dimasak, tak yah tunggu lama2 lagi.

    ReplyDelete
  11. saya pun tak rajin nak blend cili kering ni..tapi nak buat asyik lupa je.. haishh

    ReplyDelete
  12. Saya pun buat gini..senang nak sikit nsk masak...tumis bagi nsik minyak simpan lsm peti nsk masak kejap jek dah siap kan..biasanyer saya buat stok nih utk 2 minggu gitu...

    ReplyDelete
  13. Masa isteri kerja kat Penang dan Langkawi dan kami tinggal di Alor Setar, isteri juga buat siap2 sambal macam tu untuk bekalan seminggu. Bila diperlukan saya sebagai Mr Mama cuma buka peti ais, masuk campuran dan masak....

    ReplyDelete
  14. Senang kan Kam..bila nak masak ambik je, baru tak penat memasak sebab sebahagian bahan dah tersedia.

    ReplyDelete
  15. jimat masa dan cepat ja kerja...kalau nak hancurkan biji2 cili tu mak saya kata, semasa blend masukkan sesudu minyak masak..

    ReplyDelete
  16. salam kak kam,
    saya pun sesekali buat gini juga,
    bangun pagi tak de kelam kabut sangat sebab sebelum ni tiap hari bawa bekal ke tempat kerja, tapi lepas keluar wad ni belum ada semangat untuk memasak sb makan pun masih belum terbuka selera

    ReplyDelete
  17. betul betul betul, banyak masa dan tenaga jimat kat sini bila buat sekali harung ni kan, dah la sambal cili ni macam wajib jer ada dalam peti setiap umah, tapi saya setakat ni belum jumpa lagi cili kering yang tak pedas, so tak boleh buat banyak2 stok.

    ReplyDelete
  18. Sambal pelbagai guna kan kak :)
    Sesekali buat pes macam2 leh masak :D

    ReplyDelete
  19. Samalah kakak tapi biasa kakak buat utk stock seminggu. Buat setiap hari Ahad/Sabtu... senang balik kerja kalau nak masak. Pagi nak buat sarapan mee goreng ke apa pun senang.

    ReplyDelete
  20. Yg saya ni sapa nak masak gitu untuk saya.?? laparr dah tgk lauk gitu!

    ReplyDelete
  21. sedap plak tengok bihun yanga da sosej tu kak :)

    ReplyDelete
  22. teringat satu peristiwa di mana saya memasukkan satu scoop garam yang disangka gula ke dalam sambal tumis . sudahnya my kakak terpaksa jadikannya pes cili dan simpan dlm peti sejuk .

    ReplyDelete
  23. samalah..yana pun buat macam tu...cuma yana tak masak cili tu...just blend banyak2 dengan air masak & boh dalam petiais...nak pakai bawak kuar je..tapi selalu masak so dalam seminggu macam tu dah habis...kena buat yang baru....

    ReplyDelete
  24. salam kak kamsiah..
    rasenye cma tersilap komen tadi..

    cma pun bila datang rajin, semangkuk jgk blend cili kering buat paste..
    eheh.. keje nk senang ajer.. :p

    ReplyDelete
  25. ibu_suri dulupun gitu juga. Kekadang setengah periuk dia buat dan simpan dalam peti sejuk.

    Sekarang ini, sambal belacan lebihan makan tengahari pun, kalau di simpan dalam peti ais, boleh berkulat gitu jer...

    ReplyDelete
  26. Sedapnya nampak sambal petai....

    Makchaq dulu selalu jugak blend cili siap2.. tapi la ni sebab jarang masak sambal... bila nak masak baru blend..

    ReplyDelete
  27. aiza pun selalu blender cili begitu kak.. menjimatkan masa memasak..

    ReplyDelete
  28. Isteri saya masih cara lama...tumbuk dgn lesung batu. Maklumlah makan berdua, buat banyak2 pun entah bila nak abis. hehe

    ReplyDelete
  29. Dah dua minggu peti sejuk kami tak ada sambal ni. Bila nak rajin buat lagi ni. Senangkan kita kalau ada..dah masak tu, jadi kalau guna tuk masak aoa2 takla amik masaa lama utk masaknya

    ReplyDelete
  30. oo..kena masak ya bagi tahan..
    next time try buat..
    tqvm

    ReplyDelete
  31. senang buat gini kan kak..simpan jer dlm peti ais blh guna bila nak..tp kat umah nie sy sorang jer makan cili..tuhpun tak nyempat nak masak guna cili...huhu

    ReplyDelete
  32. betul tu
    sy pon buat mcm ni.nk guna cedok je.
    bwng putih n bwang besar pon siap blend. snng kja saya. cik abe nak guna pon boleh j guna

    ReplyDelete
  33. salam Khamis..Sedapnya nasi lemak dengan sambal..

    ReplyDelete
  34. samalah kita, KA Pun buat mcm ni, bila nk masak senang nak campak2kan aje hehehe

    ReplyDelete
  35. kalau dimasak begini bolih tahan lama...berbeza cili boh...cepat masam dan tengik...

    ReplyDelete
  36. Saya pun masa rajin buatlah mcm ni....tapi jarang2 buat....

    ReplyDelete
  37. paling terliur tengok sambal petai tu,,,hehehe

    ReplyDelete
  38. yg bertanda * tu kat garam dan gula. Maknanya, asam keping tu blender sekali la?? Sy pun blend jugak kak, haha. Sy lagi 'rajin' dari akak tau, kahhh. Tp selalu sy taruk bawang besar ngan bawang putih aje.

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.