03 July 2014

Labu Masak Lemak

Labu...dari pucuknya,buah dan bijinya..
semuanya  sedap dimakan
pucuk labu sedap dimasak lemak
biji labu enak dikunyah  bila dijadikan kuaci

Manakala buah labu
boleh masak lemak cili api, masak lemak putih campur bayam atau asin2
dan dibuat kuih-muih seperti pengat, serawa, lepat,
 juga dikukus makan dengan kelapa dan gula, 
dan lain-lain cara masakan lagi. 

Di Kelantan,kebanyakan majlis kenduri kawen
dihidangkan sira labu sbg dessert

 Antara khasiat dan manafaat makan labu ialah: 
 1. Menyejukkan bahang dalam perut 
 2. Menghilangkan dahaga 
 3. Menghilangkan panas badan
 4. Bagus untuk hempedu 
 5. Mencergaskan minda (otak)
 6. Baik untuk mata 
 7. Melembutkan urat perut

Ni resepi utk berbuka kelmarin
Masak lemak labu
(hanya saya yg makan)

-sebelah biji labu manis yg kecil
-1 cawan santan cair
-1/2 cawan santan pekat
-2 btg serai-diketuk2
-sedikit udang kering
(rendam,toskan dan tumbuk kasar)
-1 biji bawang besar-mayang
-2 ulas bawang putih-diketuk2
-sedikit serbuk kunyit
(kalau suka boleh masukkan daun kunyit
yg dihiris halus)

cara:
-masukkan labu yg dipotong,santan cair,
bawang dan serai kedalam periuk
-masukkan serbuk kunyit dan biarkan mendidih
-bila labu hampir empuk,masukkan santan pekat
-rasakan garamnya

Partner utk resepi ni
adalah ikan gelama masam yg digoreng,sambal belacan...
mmg mebeles..

35 comments:

  1. baru semalam masak pengat labu, feveret kami sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. pergghh..! kombinasi yg u mention kat bwh tu mmg thorrbahekk..!!

    ReplyDelete
  3. Akak mmg buat saya lapar pepagi ni..dah la ABC plak hari ni..hahaha..

    ReplyDelete
  4. sedapnya..pucuk labu masak lemak putih..dah lama tak makan..

    ReplyDelete
  5. labu,buah kesukaan Rasulullah..saya suka labu tapi klu makan perut jadi berangin..so, kena stop dlu sampai gastrik betul2 sembuh..sedapya labu!

    ReplyDelete
  6. wowww.....sedap nyer..menyesal bukak pagi ni...dah terliur lah plok

    ReplyDelete
  7. amboiii...sedapnya...dapat pengat labu pun sedap gak...

    ReplyDelete
  8. kuros puasa uncle tengok gambar makanan ni....

    haha

    ReplyDelete
  9. Dpt pulak mkn dgn sambal ikan bilis n ikan goreng mmg sedap kak ;)

    ReplyDelete
  10. semalam akak masak sayur labu juga tapi kesuntukan masa... tumis goreng dan campur daun kunyit sikit saja

    ReplyDelete
  11. semalam akak masak sayur labu juga tapi kesuntukan masa... tumis goreng dan campur daun kunyit sikit saja

    ReplyDelete
  12. Labu juga salah satu makanan kegemarah rasulullah... sebab itu khasiatnya sudah pasti bagus..

    ReplyDelete
  13. Labu masqk lemak ni kegemaran anak acik ni kamsiah

    ReplyDelete
  14. semalam dah ushar dah buah labu kat pasar.. tapi bila fikir balik hanya saya sorang yang makan, tak jadi beli.. takpe2.. lain kali pergi nak beli..

    ReplyDelete
  15. kegemaran saya..
    memng sangat membuka salera bila berbuka puasa

    ReplyDelete
  16. ehm kesukaan emak mertua akakni.. semalam memang cari labu kat kedai takderler pulak...

    ReplyDelete
  17. ala..terus rasa nak cari labu huhuhu

    ReplyDelete
  18. Baru beli labu nak buat pengat. Labu masak lemak ni pun saya suka juga.

    ReplyDelete
  19. MasyaAllah sedapnya labu. Teringin pulak sira labu di bulan puasa ni huhu

    ReplyDelete
  20. Posa-posa ni tngok apa pun sedappp....

    ReplyDelete
  21. teringatla pulak.labu kesukaan anak sulung saya.kalau prgi pasar nmpak labu memang tk lepas punya.

    ReplyDelete
  22. ahli famili lain tak minat makan labu ke kak?
    saya suka lauk labu masak lemak,serawa, dan sira labu tu best..
    :)

    ReplyDelete
  23. sedap..suka makan dengan sambal tumis..

    ReplyDelete
  24. sy suka labu..tp klu versi buat sayur makan dengan nasi tak berapa reti sgt makan..

    nmpk sedap lemak labu akk

    ReplyDelete
  25. salam k.kamsiah..

    cma jarang makan labu yg dimasak..kalo ade pun mcm cekodok atau puding..hihi..nampak sedap..nyam2..

    ReplyDelete
  26. sedap...mohon copy resepi yaa...nak try buat..

    ReplyDelete
  27. suka labu. memang versatile kan macam2 boleh buat, sup labu berkrim pun oh so yummyyy.

    ReplyDelete
  28. sedapnye masak lemak...nyum nyum nyum

    ReplyDelete
  29. cecah sambal belacan sedap nih ^_^

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.