16 April 2016

Nostalgia Buah Janggus

Siapa yg pernah ada kenangan  terhadap buah ni?
sewaktu zaman kanak2 pokok ni
banyak terdapat di kampung saya
ada yg buahnya kuning dan ada yg kaler merah

pokoknya besar2..boleh panjat 
buahnya dicicah dgn kicap atau garam..

part yg paling best mengumpul biji janggus ni
dijemur sehingga kering
dan dibakar diatas zink yg disusun daun kelapa kering

biasanya dibuat beramai2 bersama kawan2 sekampung
utk makan kena pecahkan dulu kulitnya tu
aroma biji janggus yg hangus tu..fuhh menusuk hidung..wangi..

anak2 saya sekarang cuma tunjuk2 kat supermarket ja
kalau nak makan biji janggus ni

(yg ni belum betul2 masak)

sekarang pun pokok2 janggus dah renik2...senang nak kutip pucuknya
tak sempat berbunga,berputik pun..
dah diambil pucuknya

17 comments:

  1. Ni jugak makanan makchaq masa kecik2 dulu.. bijik janggus memang sesuatu yg kami budak2 treasure dulu2.. kadang2 sampai bergaduh berebut..
    Kami bakaq tutup dengan sabut...

    ReplyDelete
  2. Hi apa nama jaggus ni.? biasanya biji jaggus warna putih kecoklatan.

    ReplyDelete
  3. SA x pernah makan buah ni..tp tgok macam menarik..

    ReplyDelete
  4. Saya suka mkan buah jangus, cicah dengan garam jer...nikmat makan wlau pun rasa berdegung sampai telinga, hidung seme bila makan...tapi susah nak jumpa buah janggus sekarang.

    ReplyDelete
  5. assalam
    nostalgia kala zaman ank2 nakal
    rindunyaaaa
    berebut dgn kwn2 jolok buah janggus
    sbnya pokok tak byk nk lg org punya h haaaa

    ReplyDelete
  6. Akak dulu2 selalu juga makan buah nya yang dah masak tu tapi bijinya biasa buang saja sebab tak tau nak olah kan...masih budak2...Lagipun tak banyak org tanam pokok janggus kat kg akak.

    ReplyDelete
  7. Asalam..kenangan lalu ada masa menggamit memori...

    ReplyDelete
  8. Tahun ni belum dapat makan buah janggus lagi. Pucuknya selalu.1st time datang tempat tinggal saya sekarang ni pada tahun 80an.Datang dengan persatuan kesenian. Hutan banyak dari jalan. Sepanjang jalan dimana-mana boleh lihat pokok janggus berjejaran. Sekarang...susah nak jumpa. Dulu orang jual sen-sen saja..La ni dah RM3 sebungkus tu pun susah nak jumpa.

    ReplyDelete
  9. memang wekarang pokoknya kt kmpg pun payah jumpa..buahnya tak pndai makan sgt..tp klu kacangnya tu suka

    ReplyDelete
  10. Kakak pun ada kenangan masa zaman kanak-kanak dulu
    Tapi sekarang kampung kakak dah tak jumpa pokok gajus ni (kakak panggil gajus)

    ReplyDelete
  11. rietta pown xpernah bakar sendiri biji gajus...buah gajus je pernah makan masa kecik kecik dlu...

    ReplyDelete
  12. Sama juga, saya pun waktu kecik2 dulu suka kutip biji jangguih, bakar, lepas pakat ketuk bijinya untuk dapatkan isinya. Sedap makan biji jangguih ni. Sekarang ni nak makan buah jangguih, susah betul nak cari sbb pokoknya pun dah tak ada.

    ReplyDelete
  13. Kat kampung Rosdi ni dulu pun banyak buah Gajus ni ... selain dari buah, Rosdi favourite pucuk dia buat ulam. Kelat kelat rangup. Cicah air asam ...

    ReplyDelete
  14. kat kampung ita diorang panggil jambu golok..sekarang ni tengah berbunga...
    cuma cuaca agak panas jadi lambat sikit proses pembesaran...
    tak sabar nak tunggu masak lemak dengan sotong..

    ReplyDelete
  15. Wah mbak bener deh saya baru tahu kalo buah itu namanya buah janggus :D

    ReplyDelete
  16. saya panggil buah gajus buah ni.
    rupanya ada di panggil janggus ya, saya baru tau.

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.