08 October 2013

Kisah Rasulullah yang sangat sayang kepada kucing

Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
 Suatu saat, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, 
ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. 
Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu,
 Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. 
 Ketika Nabi kembali ke rumah,
 Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya.
 Sebagai balasan, 
Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan
 mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak tiga kali..



Dalam aktiviti lain,
 setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, 
Nabi selalu menggendong Mueeza dan di taruh dipahanya.
 Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah 
ia selalu mengiau ketika mendengar azan, 

dan seolah-olah suaranya 
terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.


Kepada para sahabatnya, 
Nabi berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan,
 layaknya menyayangi keluarga sendiri.
 Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah serius, 

dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari,
 dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya,
 dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, 
Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. 

 Dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, 
"Seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka 
kerana seekor kucing yang dia ikat 
dan tidak diberikan makan bahkan 
tidak dibenarkan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai," 
(HR. Bukhari). 

 Nabi menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. 
Bahkan dibenarkan untuk berwudhu 
menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci



21 comments:

  1. sayangnyer kan nabi pd kucing..kat umah nie takleh bela kucing sbb ade org tak suka anak2 main kucing..takut kena prnyakit ktnya...

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, dah beberapa kali dengar kisah Rasulullah yang sayangkan kucing ni, tapi hati tak pernah jemu-jemu. Hebatnya sifat pengasih Rasulullah SAW.
    Suka tengok gambar2 tu. Gambar kucing yang last tu, warnanya macam kucing ummi Kam.

    ReplyDelete
  3. Orang kata, kalau ambil gambar kucing nanti kucing tu mati...hehe
    Kepercayaan karut, kalau terjadi hanya kebetulan. Kagum dan jeles dengan shot gambar2 akak :)

    ReplyDelete
  4. yaya pun sygkan kucing... tapi yaya tak boleh nk bela.. alah..

    ReplyDelete
  5. Tapi kakak ni takut/geli kucing tau. Walau kakak beri makan kucing liar belakang rumah tapi kakak tak tetap tak berani nak dekat-dekat...

    ReplyDelete
  6. kucing mmg haiwan kesayangan nabi..tq share psl ni :-)

    ReplyDelete
  7. pernah dgr kisah ni... sbb tu lah kucing ni haiwan kesayangan nabi kan.. deqla pun sygkan kucing.. =)

    ReplyDelete
  8. tringin gk nak pelihara kucing,
    tp adik bongsu tu asma..
    alah btul ngan kucing..
    huhuh...
    menumpang kasih je lah sygkan kucing..
    :)

    ReplyDelete
  9. Pernah baca kisah teladan ni..
    Mmg Rasulullah sangat sayangkan kucing kan?...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Kamsiah

    tapi kami tak bela kucing

    ReplyDelete
  11. Subhanallah.betapa baiknya layanan nabi pada semua makhluk Allahkan.kucing mmg haiwan yg manja dan comel.tq atas pkongsian ini

    ReplyDelete
  12. Salam kamsiah.acik pun tsk bela kucing..tapi arwah bapak acik dulu bela..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Kamsiah..
    akak suka kucing tapi tk bela pun..kalau balik rumah mak baru dapat main2 dgn kucing..

    ReplyDelete
  14. Subhanallah. ...Nabi telah menunjukkan teladan yg sgt baik utk dicontohi oleh seluruh umat.

    ReplyDelete
  15. Di rumah saya juga ada kucing yg kami bela. Senua anak2 sukakan kucing, malah kadang2 mereka tidur dengan kucing. Mencium kucing perkara biasa sejak kecil, tapi tak pernah pun dpt asma....

    ReplyDelete
  16. salam kamsiah ..
    sesiapa yg ikut akhlak rasul saw pastinya bukan saja menyangngi kucing malah haiwan2 yg lain tpppp yg menyayangi kucing tk semestinya ngikut akhlak rasul saw ..

    ReplyDelete
  17. ahli dlm umah ni suka kucing . tiap2 mlm kucing tidur dlm bilik aka atas tilam ...

    ReplyDelete
  18. saya sayang kucing!...comel dan gebu2..

    ReplyDelete
  19. saya x blh tgk kucing didera wpun sekadar gambar ...

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.