Burung tempua akan membuat sarang
nun tinggi dipuncak pokok kelapa
Peribahasa yang berbunyi,
jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
membawa maksud pasti ada sebab-sebabnya
(sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.
dah hampir 10 th usia sarang tempua ni dikutip dikg,kelantan ianya jatuh bersama pelepah kelapa yg gugur |
Burung kedidi hinggap di dahan
Burung tempua bersarang rendah
Melayang diri tiada tertahan
Menanggung rindu tiada ternoktah.
Terbang merpati berkawan-kawan
Bersarang rendah burung tempua
Salam ku sambut mencari tuan
Dalam mimpi tak juga ku bersua.
Burung tempua bersarang rendah,
Burung kedidi di tanah rata;
Hajat bersua di malam indah,
Memandu janji seia sekata.
Burung tempua bersarang rendah
Hinggap di dahan menanti senja
Di dalam hati terasa gundah
Siapalah aku di mata dia….
lama betul usia sarang tempua tu kak.masih elok lagi.cantik la pulak tengok sarang tu.mcm tingin nak ada satu kat rumah
ReplyDeleteteringat zaman anak2
ReplyDeleteBerpantun pagi ni ye kak kam.Nak jual jugak la, harap sudi membeli..hehe..
ReplyDeleteMenyeri taman sarang tempua
Bersemi kekwa di petang redup
Hari depan milik berdua
Sehati sejiwa melayar hidup
Baca je...x pandai nak berpantun...:-)
ReplyDeletedah lama tak berpantun.. ;)
ReplyDeleteskill pun tumpul rasanya kak..
psstt: sarang burung tempua tu banyak kat rumah bapak sedara saya sebab masa mak sedara mengandung dulu, beliau mengidamkan sarang tu.. ;)
pandainya kak kam berpantun...noe dulu pun ada satu sarang burung tempua ni...tapi ntah ke mana la plak...
ReplyDeletemana nak dpt ni ??
ReplyDeleteteringin nak simpan kat laman rumah jgk.
Burung tempua membuat sarang
ReplyDeleteTerbang tinggi bebas di udara
Puan ibarat bunga yang kembang
Secantik permata di jari si dara
Tetiba kat blog Aina pun ada pantu2 jugak hari ni kak...
cantiknya sarang tempua tu kak!!
ReplyDeleteSubhanallah ..bijak bermadah,cantik sarang tempua tu.salam perkenalan dan Syukran kerana berkunjung ke blog ustazah
ReplyDeleteSubhanallah ..bijak bermadah,cantik sarang tempua tu.salam perkenalan dan Syukran kerana berkunjung ke blog ustazah
ReplyDeleteSubhanallah ..bijak bermadah,cantik sarang tempua tu.salam perkenalan dan Syukran kerana berkunjung ke blog ustazah
ReplyDeletemak farah pun suka buat hiasan sarang tempua ni, katanya cantik... ^_^
ReplyDeleteSalam Jumaat :)
ReplyDeleteSayang tempua bersarang rendah,
Hanya sejengkal atas kepala,
Sayang berdua jarang berpisah,
Hanya ajal memutus segala....
cantik sangat dibuat hiasan taman sarang burung tempua tu kan, kalau beli boleh tahan juga harganya.
ReplyDeleteBurung tempua bersarang rendah
Hinggap pula dipohon cendana
Indah sungguh seloka bermadah
Terubat sudah jiwa gulana..
ps:Kam ummi balik Ganu,masuk Qurban InsyaAllah.
Baca perkataan yang mula-mula tajuk tu, terkejut saya tadi, ingatkan ada resepi menggunakan sarang burung tempua :)
ReplyDeleteSarang burung dh jadi hiasan skrg. burung nya ntah kemana dah yer. hehe
ReplyDeleteSalam Kam,
ReplyDeleteSuburnya pokok tanduk rusa tu!!
masih cantik lg sarang tempua tuh kak walaupun usia dh hampir 10 thn
ReplyDeleteCantik sungguh sarang tempua
ReplyDeleteMenjadi hiasan di tepi rumah
Diucapkan salam aidiladha,
Buat seisi keluarga Kamsiah ;)
Burung tempua membuat sarang
ReplyDeleteBuat sarang di rumah Cik Ani
Mana perginya semua orang
Sunyi aje di malam ini??
Tempua bersarang tinggi pun ada juga sebabnya, kan? Lalu jika rendah dapat dicapai tangan, tempua masih mampu untuk terbang tinggi.
ReplyDeleteSaya tak pandai pantun tapi saya suka baca pantun..!
Olá,
ReplyDeleteadorei seu blog, cheio de novidades é muito bom conhecer seu lindo país.
Que lindo esse ninho.
Tenha um ótimo fim de semana.
Dlm maknanya tu....dah 10 thun masih kukuh...macam masih berpenghuni sarang tu...
ReplyDeleteDlm maknanya tu....dah 10 thun masih kukuh...macam masih berpenghuni sarang tu...
ReplyDeletetrus teringat kg.. rindunye kg.. =(
ReplyDeleteSalam Aidil Adha akak
ReplyDeleteTempua bersarang di tepi tanduk rusa...
ReplyDeleteFeliz semana.
ReplyDeleteAle
Costa Rica
You have a wonderful blog.
ReplyDeleteWould you like to follow each other on GFC, bloglovin? It would be great just let me know :)
Kisses,
Maria
http://retrostreetstation.blogspot.de/
Buat sarang cantik2 sekali pakai je.
ReplyDeletedah 10 tahun..tapi tetap cantik..
ReplyDeleteGreat post! I love to read it!
ReplyDeleteAmazing photo honey :*
Regards,
Katherine Unique
amboi2..pandai kak kamsiah kita berpantun madah segala..hehe..saya kalau bab pantun gurindam semua ni memang fail!
ReplyDeletesarang tempua tu memang cantik buat hiasan/deko rumah...memang kena sangat tu..
tu laa...sarang ni mmg cantek. kat depan lombong umah sy ni..ada satu pokok tu..bergantung2 sarang tempua ada yg satu lubang, ada yg 2 lubang, kitorang kira ari tu..lebih kurang 6 buah sarang...tp takde sape pun berani nak pi amek. Sbb..situ ada ular dok jaga. harap anak burung tempua jatuh utk jadikan makanan dia..mm.
ReplyDeleteBurung tempua bersarang rendah..
ReplyDeleteDiambil org dihias indah..
Biarku simpan hati yg gundah..
Senyum ku ukir hingga terserlah....