27 April 2014

Sambal Belacan Lebih Sedap

...cinta itu boleh diumpamakan 
bagai makan sambal belacan, 
walau pedas,
 hingga mengalir air mata, 
masih mahu dimakan jua..

 Alleycats - Cinta Sambal Belacan (Cinta Itu)  

haha..sambal belacan pun boleh dijadikan lirik lagu 

 Membuat sambal belacan mmg mudah
 tp menghasilkan sambal belacan yg sedap,
 memerlukan sedikit kerajinan

 1 ) Pilih cili yang segar sahaja. 
 Jika ada bahagian yang sudah lembik atau layu, 
 akan mempengaruhi rasanya.
2) Tumbuk cili bersama garam terlebih dulu.
 Lepas itu baru masukkan belacan atau bahan lain jika ada.
 Ini kerana garam akan lebih mudah meresap ke dalam cili
 berbanding jika dicampurkan kesemua bahan lain sekaligus.

(belacan hendaklah dibakar 
atau goreng tanpa minyak sekejap)
3) Guna lesung batu atau batu giling. 
Tapi ramai yang gunakan blender sekarang
-sebab nak cepat …( termasuk saya)
-sbb tak mau pijar tgk kepanasan terpercik cili

tumbuk ya puan2,
sambil buat senaman lengan

berbagai bahan tambahan boleh digunakan
utk 'meng up kan' rasanya
boleh tambah seulas dua bawang putih
atau sedikit ikan bilis
buah bacang atau kuini 
amat sedap jika dicincang dan gaul kedalam sambal belacan

semua jenis ulam2an sedap dicicah sambal belacan


tarik..tarik..petik..petik..pucuk gajus
sampai terkopak dahannya
(dan masalahnya..pokok ni kt rumah org haha)

39 comments:

  1. habsi tu, orang tu marah tak kak hahah,
    sedap sambal kuining ni, faveret arwah mak saya, kekadang dia letak telur rebus sekali gaul dalam sambal kuini.. :)

    ReplyDelete
  2. selamat berhari minggu kak kamsiah...adoiyai sambal bachang akak tu maveles sangat rupanya ..tergoda I..hehehe

    ReplyDelete
  3. Haha.. berapi makan ya.. sejak sebulan ni, kat rumah kami mmg ada je sambal belacan. Lain kali kalau buat sambal belacan nak ikut step ni la

    ReplyDelete
  4. cara yg betul buat sambal yg sedap tu...

    ReplyDelete
  5. stok sambal belacan tinggal sesudu dua jer dalam peti kami ni, papa JJ dah bagi hint suruh buat lagi tapi saya nak pause pengmabilan belacan buat masa sekarang sampai pantang nnt huhuhu. Kesian tok laki.

    ReplyDelete
  6. Wow sedapnya...
    dah lama tak makan pucuk gajus dan pucuk putat. Susah jugak nak dapat sekarang ni.

    ReplyDelete
  7. lamo doh tok make sambal belacan sbb tok cukup bahan nge malas nak tumbuk...:)

    ReplyDelete
  8. nampak senang

    tapi tak pernah pandai

    buat sambal belacan

    ReplyDelete
  9. Sejak berumur ni, IM mula belajar makan ulam colek sambal belacan.

    ReplyDelete
  10. Salam ziarah dear ... sedap nampak sambal kuini tu :)

    ReplyDelete
  11. Ada sambal belacan...ulam2...ikan goreng colek sambal belacan....nasi panas2....kicap...pun jalan jugak selera...tak payah lauk lain dahhh...

    ReplyDelete
  12. Aduh.. tersiksa baca entry ni... :)

    ReplyDelete
  13. ni kira petua sambal belacan la ekk..sy jenis tak tahan pedas..

    ReplyDelete
  14. ni kira petua sambal belacan la ekk..sy jenis tak tahan pedas..

    ReplyDelete
  15. Mmm..kena ada skill juga nak buat sambal belacan ni ya..

    ReplyDelete
  16. Sambal belacan makan dgn ulam... ada pulak ikan bakar pari, terubuk atau lain2... piewww.. tak cukup nasi putih sepinggan... lapar pulak pagi2 ni kak Kam.. :D

    ReplyDelete
  17. wow sedap tu...

    menabung churp2....

    ReplyDelete
  18. Kak TAB, habis tu. Bukan habsi tu. Kau ni kan tak udah² dengan salah taip nya. Aku nak buat entry la pasal kau salah taip kat wassap itu hari. Hahahah.

    ReplyDelete
  19. Pn Kamsiah,
    tengok sambai koinen terasa lapaq nasik dan dan..kata oghang utagha.

    ReplyDelete
  20. Assalam kamsiah..terima kasih.acik memang failed buat sambal belacan ni
    nak cuba ikut apa yang kamsiah tulis pulak

    ReplyDelete
  21. Assalam kamsiah..terima kasih.acik memang failed buat sambal belacan ni
    nak cuba ikut apa yang kamsiah tulis pulak

    ReplyDelete
  22. salam kak kam.. mmg kalau ada sambal belacan, makin lajuuu mkn nasik.. ulam pucuk gajus antara ulam feveret tun, tp susah betul nk jumpa kt sini.

    ReplyDelete
  23. Wow..malatop!!!, memang best makan nasi kalau ada sambal belacan.

    ReplyDelete
  24. Wow..malatop!!!, memang best makan nasi kalau ada sambal belacan.

    ReplyDelete
  25. sedap nya..hingga tak terkata sedapnya.. ;p

    ReplyDelete
  26. mak iah dah terliur dah ni hehehe

    ReplyDelete
  27. ooo ada petua juge ye nak buat sambal belacan yang sedap...

    ReplyDelete
  28. sambal belacan yang awesome memang mampu membuatkan saya tambah nasi lagi walaupun lauk tak banyak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  29. ikan goreng, bayam rebus..sambal belacan..ohhhhhh

    ReplyDelete
  30. Pucuk gajus cicah sambal belacan! Memang terangkat! Bila balik kampung jer dapat merasa...

    ReplyDelete
  31. salam k.kamsiah..

    uuuu..sedapnyaa...
    mak cma suka la letak kuinin tu... cma kalo letak tempoyak suka la.. hehehe

    ReplyDelete
  32. hahahaha...abis pokok orang patah...lamanya noe x jumpa pokok gajus ni...terima kasih ada resepi sambal tu Kak Kam....

    ReplyDelete
  33. Dapat makan nasi dengan sambal belacan pun dah cukup nikmat rasanya. Sekarang ni memang mana yang memudahkan, kita buat saja. Maklumlah mengejar masa aje kerjanya.

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.