20 October 2014

Takdir Yang Telah Ditetapkan TUHAN..

Kakak ke 3 saya yg berada di Kelantan
dijadualkan akan menjalani pembedahan pagi ni-Potong kaki 
di HUSM
setelah beberapa kali ditangguhkan

Bukan kerana kencing manis (paras gula normal)
tidak jugak darah tinggi
Tapi disebabkan Jantung

Dia dilahirkan dengan jantung bermasalah
dan pernah dirujuk ke IJN sebelum dia kawen dulu
(saya masih igt masa tu
arwah emak gadaikan barang kemas
utk menampung perbelanjaan kesana)

Dek kerana dah berpuluh puluh puluh puluh tahun
dok makan ubat
akhir2 ni dia makan ubat ikut suka hati
(mungkin dah jemu )

Kesannya jantung tak boleh mengepam darah dgn sempurna
darah menjadi pekat dan tak mengalir lancar

Beberapa hari sblm raya haji
satu ptg,dia merasa kebas dan menyucuk2 satu badan

Kakak dimasukkan ke hospital besar KB sebelum dipindahkan ke HUSM 


gambar ketika mula2 masuk hospital

(saya tak sanggup upload gambar terkini kakinya..
melihat area yg ditanda dgn marker pen oleh doktor
bahagian itulah yg akan dipotong
sangat2 sebak)


Namun sudah ditentukan olehNYA
saraf2 dikaki dah tak berfungsi...mati..
dari kaki sampai ke buku lali kehitaman
dah takde cara lain kata doktor
melainkan terpaksa potong bahagian tu

Kakak begitu tabah dan positif
sebaliknya ahli keluarga dan adik beradik yg terasa sangat sedih dan sebak
(saya cuma mampu SMS bertanya keadaan dia
tak mampu nak telefon..tak boleh nak bercakap..sebak..)

Kakak saya ni dikurniakan 2 org cahayamata
yg sulung,perempuan sedang mengajar di Sarawak
yg si adik (lelaki) masih menuntut di UMK,Jeli,Kelantan

TUHAN telah menentukan begitu...

39 comments:

  1. tumpang bersimpati, sudah itu takdirnyer, kita sama2 doakn yg terbaik yer !

    ReplyDelete
  2. Salam Isnin KY...

    Dugaan hidup kita semua berbezakan...Semoga kakak sis dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  3. salam takziah
    semoga semua urusan di permudahkan
    sentiasa kuat dalam menghadapi ujian allah ya

    ReplyDelete
  4. Moga urusan dipermudahkan dan ada kesembuhan untuk kakak Pn Kam, aminnn, moga dia bertambah sihat dan tabah menghadapi ujian dariNYA

    ReplyDelete
  5. Saya doakan moga urusan surgery beliau dipermudahkan...Insya Allah, setiap yg berlaku, ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  6. tumpang sedih dengan nasib kakak akak..semoga dia tabah inshaallah..
    kalau kat sini sy kerap mengdengar kes mereka kena potong kaki sebab kencing manis..tp most of the cases umur mrk tak panjanglah...Allah lebih sayang..
    *-*

    ReplyDelete
  7. moga tabah..berat ujian ni...sabar...

    ReplyDelete
  8. turut bersedih...moga kakak tabah n reda dgn ujian-nya...insya Allah pasti dipermudahkan segala urusannya....

    ReplyDelete
  9. sedihh baca..doakan yang terbaik untuk dia..moga dia tabah melaluinya..

    ReplyDelete
  10. Asalam..baca entry ni, rasa sebak, kesian...dan simpati berat mata emandang berat lagi bahu memikul..
    inilah ujianNya. Dalam hal ni sebenarnya pelbagai iktiar kena buat, kita tak boleh berserah pada takdir..ada jalan tetapi kadang2 jalan itu tertutup bila kita terlalu berserah..Wallahualam..apa lah daya..kena bersabar ya. kita doakan dia tabah lepas ni..redha dan ingat allah banyak2

    ReplyDelete
  11. Assalam..

    Innalillahhhiwainnailaihirojiuun..

    takziah buat akak sekeluarga...semoga kakak akak tabah menghadapi ujian ni..qada' dan qadar...ketentuan Allah tak siapa dpt menyangka..

    saya yg baca ni pun turut rasa bersedih.. selama ni kita dah biasa hidup cukup anggota, tiba dpt2 dugaan macam ni.. mmg tak terkata... sama cam abg saya yg masih koma tu..cukup 6 beradik..tiba2 sorg jadi macam tu... mmg tak boleh terima hakikat.,. semoga mereka diberikan kekuatan, redha dengan ujian yg Allah SWT datangkan buat mereka & keluarga.. :'(

    ReplyDelete
  12. tersentuhnya!tp alhamdulillah la ada gak dua org ank n dah berjaya pun..moga kakak kamsiah tabah la menerima takdirnya...

    ReplyDelete
  13. semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete
  14. Salam Kam,

    Sebak juga Mak Aji membaca kisah kakak Kam ini. Tabahkanlah hati menerima dugaan berat ini. Moga beliau akan bertambah sihat selepas ini, insya-Allah!

    ReplyDelete
  15. Allah... sedihnya apa lagi tak dpt berada disisinya selalu. Moga kakak itu kuat dan tabah. Doa kakak juga moga surgerynya berjalan dgn lancar, tak ada komplikasi lain...

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Sam,

    Allahuakhbar.. berat sungguh dugaan. Semoga beliau tabah mengahadapinya.

    ReplyDelete
  17. semuga beliau dan ahli keluarga tabah dengan ujian ini..

    ReplyDelete
  18. Sedihnya..moga Allah meringankan dugaan ini dan dipermudahan segala urusan...IN SHAA ALLAH

    ReplyDelete
  19. Moga kuat dan tabah dengan ujian Allah ni. Moga dia cepat sihat.

    ReplyDelete
  20. semoga kakak dan kak kamsiah sekeluarga tabah menempuhi ujianNya.

    ReplyDelete
  21. salam takziah kak..
    smoga semuanye brjlan dgn lancar

    ReplyDelete
  22. mmg sedih n amat berat utk terima perkara mcm ni. lya faham sgt perasaan mcm ni. apa2 pon lya doakan semoga kakak akak kuat serta tabah utk melaluinya. tuhan sudah aturkan perjalanan y indah utk dia..

    ReplyDelete
  23. Setiap dari kita diberi dugaan berbeza, mudah2an seluruh ahli keluarga tabah hadapi semua itu.. insya allah dipermudahkanNya, aamiin

    ReplyDelete
  24. Ya Allah... moga dia ok, tapi kalau dah terpaksa, nak buat macam mana kan. Doakan the best for ur sister, amin,

    ReplyDelete
  25. Salam. Walaupun tak kenal, tapi rasa sedih. Semoga dipermudahlan dan diberi kesembuhan.

    ReplyDelete
  26. Tersentuh bc..moga kakak awk semakin kuat n tabah. Moga awk juga kuat n bersemngt membantu kakak lebih semangat.

    ReplyDelete
  27. Moga Allah swt permudahkan segala urusan. Moga juga ada kebaikan disebaliknya. Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  28. Biarpun tak kenal tapi bila baca terasa sedih. Semoga dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam menempuh ujian dariNYA.

    ReplyDelete
  29. Takdir yg tersurat utk kita tak sama. Itu takdirnya, takdir kita tak tau lagi..
    Semoga operasi berjalan lancar dan dia akan mengikut semua arahan doktor termasuk pengambilan ubat bagi mempercepat proses penyembuhannya...

    ReplyDelete
  30. Espero que tu familiar siga mejor.
    Un martes muy pura vida desde Costa Rica..

    ReplyDelete
  31. asalam..bagaimana keadaan dia sekarang, sudah keluar wad ka..balik rumah.simpati..

    ReplyDelete
  32. Madam kamsiah cuba buat entry memohon sumbangan para blogger..ini lah masa..tak apa jika ada sedikit itulah ikhlas kami, inshaallah ..sekurang2 ada tambahan belit alat keperluan dia..banyak keparluan rasanya apabila kaki kena....tak sangup caKAP..USAHAKAN BUAT ENTRY YA..

    ReplyDelete
  33. Takdir kakak nya dah nampak semoga di permudahkan...takdir kita yang nampak sihat sehari dua ni belum tentu lagi...
    Allahuakbar...tumpang simpati...

    ReplyDelete
  34. dia insan terpilih utk menerima ujian itu . semoga beliau tabah dan redha dgn apa yg bakal ditempuhi ...

    ReplyDelete
  35. Semoga tabah kak. Lama tu hidup bergantung dgn ubat. Bertuah juga si kakak kak kamsiah ni. Kerana dikurniakan 2 org cahaya mata.. Kakak ipar ana, sakit jantung jugak. Paling sedih, tak dapat mengandung. Hm..

    ReplyDelete
  36. salam k.kamsiah..
    innalillahiwanailahirajiun..
    semoga kakak akak cepat sembuh dari operation..

    ReplyDelete
  37. insyallah dia kuat and tabah =') kena kasi sokongan.

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.