09 December 2014

Khasiat Buah Cermai

Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus 
merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan.

 Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk 
(masin/masam ataupun manis).

 Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama
 dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi. 

Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan,
 budu, cencaluk atau pencecah yang lain.


Pokok cermai adalah kecil setinggi 3-9 m.
Batang tidak banyak bercabang.
Daun tunggal, berbentuk bujur telur,
susunan berselang-seli di ranting kecil sehingga kelihatan seperti daun majmuk,
pucuk muda berwarna hijau kekuningan campur kemerahan.

Bunga majmuk, mempunyai jenis jantan, betina atau dwijantina (hermafodit),
 berwarna merah jambu, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari batang dan dahan.
Buah berbentuk bulat berlekuk enam, kulit berwarna kuning,
warna isi kekuningan, dan rasa masam.



Daun cermai mengandungi banyak air, karbohidrat, saponin,
 flavonoida, tanin, polifenol, protein, lemak, dan serat.

Pucuk cermai dapat merawat alahan kulit, penawar racun gigitan serangga biasa,
 lumbago, sengal-sengal peha, tekanan darah tinggi,
Buahnya pula dapat merawat sembelit. 
Pokok cermai boleh didapati di ketinggian antara 0-1,000 meter.
 Ia mampu tahan pelbagai jenis tanah termasuk tanah berpasir.

saya suka cermai yg dijeruk



38 comments:

  1. Banyak juga rupanya kegunaan dan khasiat cermai ni, kan? :)

    ReplyDelete
  2. jeruk cermai adalah favourite saya! he he he...selamat pagi kak...

    ReplyDelete
  3. byk sekali info saya dpt dr bc blog ini..tq

    teringt time balik kg ank kecik2 lg,ank sulung saya ckp buah cermai ni anggur..hehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kalau buah cermai ni di buat jeruk kan Kamsiah :)

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak makan buah ni. Masa kecil kat rumah saya ada pokoknya, sokmo makan cicah kicap gula garam, tak pun buat jeruk.. dah tua3 ni pokok dh kena tebang, memang tak merasalah lagi...

    ReplyDelete
  6. Kakak baca tajuk pun terbayang dah jeruk cermai. Sekarang ni agak payah nak jumpa kan..

    ReplyDelete
  7. Geram pulak tengok buahnya yang tergantung comel tu... nak buat koleksi juga ni!

    ReplyDelete
  8. Alamak... tengok buahnya sahaja sudah bikin kecur air liur dibuatnya! huhu

    ReplyDelete
  9. Asalam wow!!! hebat sungguh buah cermai..seolah tunduk nak dimanja lah buah tu berderetan..sangat banyak. Pokok kat mana sendiri ke Madam Kamsiah..banyak khasiat ya buah ni

    ReplyDelete
  10. Asalam wow!!! hebat sungguh buah cermai..seolah tunduk nak dimanja lah buah tu berderetan..sangat banyak. Pokok kat mana sendiri ke Madam Kamsiah..banyak khasiat ya buah ni

    ReplyDelete
  11. Asalam wow!!! hebat sungguh buah cermai..seolah tunduk nak dimanja lah buah tu berderetan..sangat banyak. Pokok kat mana sendiri ke Madam Kamsiah..banyak khasiat ya buah ni

    ReplyDelete
  12. Asalam wow!!! hebat sungguh buah cermai..seolah tunduk nak dimanja lah buah tu berderetan..sangat banyak. Pokok kat mana sendiri ke Madam Kamsiah..banyak khasiat ya buah ni

    ReplyDelete
  13. Alamak madam Kamsiah ada juga Vert kat sini ya..ni no tu kat bawah W Verty bagi 1005

    ReplyDelete
  14. dana suke kak... dulu2 masa kecik dana selalu tertukara pokok cermai ngn pokok belimbing buluh... kan seakan2 daun nyer hehehe... jeruk cermai dh ssh nk jumpa, kalu ada pokok cermai nih msti seronok dok kutip buah nyer

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Buah cermai ni sedap dibuat jeruk... best... :)

    ReplyDelete
  17. salam kak, sedapnya buah cermai dibuat halwa yg manis2 tu.....lama betul tak jumpa pokok cermai...mengamit kenangan zaman kecik:)

    ReplyDelete
  18. Di Utara, buah itu dipanggil buah jermai. Di Butterworth ada satu tempat bernama Bagan Jermal kerana satu masa dulu kawasan itu dipenuhi banyak pokok jermal (jermai)...

    ReplyDelete
  19. cantik gambar!
    dulu selalu aje petik buah cermai dari pokok
    sekarang susah nak nampak pokok dia

    ReplyDelete
  20. Saya suka jeruk cermai..uhuhuh...terliur la pulakkk :)

    ReplyDelete
  21. owhh kak...kecur liur. Ha ah cermai jeruk tu nyum nyum... slurrrppppp.

    ReplyDelete
  22. Masam sangat!!! Saya tak boleh makan!! Hihihi

    ReplyDelete
  23. Kecur bila tengok buah cermai ni.. sedapnya bila dijeruk..

    ReplyDelete
  24. dahulu depan rumah arwah tok ada pokok cermai cuma rasanya kelat2 sikit jika tak cukup masak ranum, ana lebih suka yang jeruknya kak kamsiah :)

    ReplyDelete
  25. Assalam kak,
    waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sukanya buah cermai ni
    sha tak penah tengok buah ni fresh tau
    dok besa nengok time dah jadi jeruk sob3

    ReplyDelete
  26. jeruk cermai Pak Ali Pulau Pinang sedap sangat!!

    ReplyDelete
  27. dulu kecik2 suka makan.. skrg dah tak berapa nak suka..hehehe

    ReplyDelete
  28. Ms kat kg dulu selalu la tgk pokok cermai ni. Dah dok kl mmg ssh nak jumpa. Tumbuk buah tu makan dgn kicap. Sedap kak

    ReplyDelete
  29. sedap cermai di buat jeruk atau dimakan saja. susah nak jumpa pohon ini sekarang kak kamsiah

    ReplyDelete
  30. masa zaman sekolah dulu suka cicah buah ni dgn sambal kicap pedas....mmg sedap...hehheehe

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.