31 October 2014

Cawan Kertas

Cawan kertas umpama 'baju'
pada kuih muih/kek/cookies

Umpama hokaido chifon cake ni
cawan kertas bagai sekuntum bunga 

sekarang cawan kertas terdapat dalam berbagai bentuk
saiz,corak...
yg bulat,..segititiga,...lonjong dan sebagainya

saiz sederhana besar ni sesuai utk muffin / kek cawan



jika buat almond london
sila guna cawan kertas kaler hitam ya
sebabnya jika guna lain2 kaler
akan nampak comot coklat kat tepi2 tu..

30 October 2014

39 CPUV ON GOING

Alhamdulillah, walaupun jarang update sebab kekangan internet, nuffnang tetap baik hati. 50 sen, RM1, semua tu rezeki. Thanks nuffnang.







22 October 2014

WW : Putih

Warna putih  melambangkan kesucian dan ketulenan.

Mereka yang sukakan putih adalah orang 
yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna 
 banyak orang mengagumi anda kerana sifat anggun dan moral anda yang tinggi...
putih sering dikaitkan dengan pembersih dan suci, 
tak pernah angkuh,
 senang menolong orang, jujur, rendah hati,
 sopan santun dan banyak lagi perkara yang baik baik...
 orang yang sukakan putih adlah orang yang bersih fikirannya
dari prasangka serta hidup bertawakkal...










Dan kita  akan kembali kepadaNYA dengan pakaian putih...

20 October 2014

Takdir Yang Telah Ditetapkan TUHAN..

Kakak ke 3 saya yg berada di Kelantan
dijadualkan akan menjalani pembedahan pagi ni-Potong kaki 
di HUSM
setelah beberapa kali ditangguhkan

Bukan kerana kencing manis (paras gula normal)
tidak jugak darah tinggi
Tapi disebabkan Jantung

Dia dilahirkan dengan jantung bermasalah
dan pernah dirujuk ke IJN sebelum dia kawen dulu
(saya masih igt masa tu
arwah emak gadaikan barang kemas
utk menampung perbelanjaan kesana)

Dek kerana dah berpuluh puluh puluh puluh tahun
dok makan ubat
akhir2 ni dia makan ubat ikut suka hati
(mungkin dah jemu )

Kesannya jantung tak boleh mengepam darah dgn sempurna
darah menjadi pekat dan tak mengalir lancar

Beberapa hari sblm raya haji
satu ptg,dia merasa kebas dan menyucuk2 satu badan

Kakak dimasukkan ke hospital besar KB sebelum dipindahkan ke HUSM 


gambar ketika mula2 masuk hospital

(saya tak sanggup upload gambar terkini kakinya..
melihat area yg ditanda dgn marker pen oleh doktor
bahagian itulah yg akan dipotong
sangat2 sebak)


Namun sudah ditentukan olehNYA
saraf2 dikaki dah tak berfungsi...mati..
dari kaki sampai ke buku lali kehitaman
dah takde cara lain kata doktor
melainkan terpaksa potong bahagian tu

Kakak begitu tabah dan positif
sebaliknya ahli keluarga dan adik beradik yg terasa sangat sedih dan sebak
(saya cuma mampu SMS bertanya keadaan dia
tak mampu nak telefon..tak boleh nak bercakap..sebak..)

Kakak saya ni dikurniakan 2 org cahayamata
yg sulung,perempuan sedang mengajar di Sarawak
yg si adik (lelaki) masih menuntut di UMK,Jeli,Kelantan

TUHAN telah menentukan begitu...

19 October 2014

Tumpang Berteduh

Aksi kucing comel
yg mencari tempat berteduh
ketika hujan
 Mula2 sekor yg datang
kata anak saya..bapaknya
 kemudian datang sekor lagi
kata anak saya..bininya..
 sabar menanti hujan berhenti...

18 October 2014

Resepi Bihun Sup Utara

Alhamdulillah...
sudah boleh berblog dgn aman damai dan tenteram hehe
'line' / kabel  telah diganti TM
tiada lagi masalah putus putus putus putus

Jom intai2 resepi bihun sup utara ni

Rendam bihun bersama sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
kemudian celur sekejap dan toskan
(siram dgn air sejuk/air paip beberapa minit
supaya bihun tu tak melekat2 dan kenyal)
setakat ni saya belum pernah tengok
bihun ni diwarnakan merah,hijau,hitam atau lain2 warna
samada putih atau kuning ja
(kalau kaler pink pun comel jugak,kan..)

identiti bihun sup utara haruslah ada sambal hitam dan merah

utk sambal merah
-blend bawang putih,bawang merah -tumis hingga keperangann warnanya
masukkan cili kering yg telah diblend
-masukkan garam dan sedikit gula perang
-tumis hingga pekat

Sambal hitam
 blend segengam cili padi bersama kicap dan sedikit sos tiram
kemudian masak sekejap / hingga pekat




 Sup

Bahan-bahan:
seekor ayam
 1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 kuntum bunga lawang,
 2 kuntum bunga cengkih,
3 biji buah pelaga ,
1 batang kulit kayu manis
sebungkus sup bunjut

Cara menyediakannya:
Ayam dipotong 4 bahagian
-rebus bersama perencah sup,halia,kulit kayu manis,buah pelaga
-bila ayam telah empuk
keluarkan dan carik2kan isinya
-tulangnya dimasukkan semula kedalam periuk sup tadi


lobak asin dipotong kecil2...
rendam dalam air panas selama setengah jam
dan toskan
sepatutnya ada tauhu yg digoreng dan dipotong dadu
tp dek lupa membelinya...tiadalah tauhu dalam bihun sup ni

09 October 2014

Khasiat Lemon

  Sapa sanggup minum
hirisan lemon dan timun
rasa pahit,payau,masam semua ada

tp sangat2 bagus utk membuang toksin dari badan kita
tanpa perlu mengeluarkan RM yg banyak
Baik untuk mengelakkan selsema dan demam,
lelah, anti dan rawatan diabetes, batuk dan kahak etc
lemon sangat baik untuk anti diabetes dan rawatan diabetes.
 Sebiji sehari dimakan dengan kulit2nya.
Buat ulam.
Atau jika tidak biasa buat air jus lemon sebiji sehari.

* Lemon adalah buah sitrus, yang boleh melawan jangkitan.
Lemon membantu dalam pengeluaran WBC dan antibodi-antibodi dalam darah yang melawan mikroorganisma dan mencegah jangkitan. 

 * Lemon adalah antioksidan yang akan mematikan radikal bebas, 
mencegah berbagai penyakit berbahaya seperti stroke, penyakit jantung dan kanser.

 * Lemon boleh menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik).

 * Jus lemon dikatakan mampu memberikan cahaya untuk kulit.

 * Beberapa titisan jus Lemon dalam air panas dipercayai dapat membersihkan
 sistem penghadaman dan hati . 

 * Jus Lemon boleh digunakan untuk mengeringkan jerawat supaya tidak merebak. 

* Jus limau dapat melegakan gingivitis, stomatitis , dan keradangan lidah. 

* Jus lemon diberikan untuk mence
gah selesema biasa.

 * Jus limau digunakan pada gigitan dan sengatan serangga-serangga tertentu
 untuk melegakan racun dan kesakitannya.

 * Lemon jus membantu mencegah dan menyembuhkan osteoarthritis. 

* Lemon jus dapat mengurangkan rasa sakit kolik dan masalah gastrik.. 

* Jus limau dapat melegakan chilblains dan kulit gatal.

 * Jus limau ialah satu rawatan yang baik untuk kelemumur dan rambut berminyak.

08 October 2014

Google Street View Map

 Seronok,kan main cari2 rumah kat google street view map

Pengumuman oleh Google Malaysia bahawa hampir 90 peratus imej
 pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan semenanjung Malaysia
 boleh dilihat di laman peta Google Street View

Biasalah...berbagai pendapat..
ada pro..ada kontra..

Teknologi tak salah
tapi manusia yg sering menyalahguna teknologi


Saya lebih melihatnya dari sudut positif
sebabnya saya boleh menjelajah keseluruh pelusuk dunia
dgn aplikasi ini hehe

saya tergelak bila terpampang gambar
jiran yg dok meniaga goreng pisang ni

 sekolah rendah
dan sekolah menengah

Mengikut undang2,Google harus mengaburkan muka individu /no plat kenderaan
yang dipaparkan dam street view

pakaian yg disidai atas gate rumah saya jelas kelihatan
nasib baik tak sidai spenda haha

07 October 2014

Ciri2 Blog Yang 'Disukai' Nuffnang

(artikel disediakan oleh pihak Nuffnang)

Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang 
anda untuk dipilih untuk kempen CPUV.
 Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka 
ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut : 

1) Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) 
senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, 
maka mereka akan memilih blog yang 
mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. 

2)Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu,
 maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi.

3) Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka 
tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers.

4) Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers 
kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. 

5)Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey'
 selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana 
mereka tidak akan tahu jika kempen mereka
 bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. 

6)Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda
 dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

7) Keberkesanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan.
 Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang
 untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan.

8) Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan
 kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya.
 Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan 
yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. 

9)Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada 
tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

10) Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya 
menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. 

11)Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" 
yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat 
12)di saat pengunjung masuk ke laman web anda. 

13)Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya
 ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. 

14)Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan 
yang telah dinyatakan seperti di atas, 
hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain 

15) Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi 
Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. 

16)Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian 
yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu,
 Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle
 setiap kali mereka beriklan dengan kami.

17) Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, 
maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah. 

18) Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana 
Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan
 iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati 
kerana ini merupakan sebahagian daripada program 
hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami.

19) Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen
 tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

20) Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang
 blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, 
dengan selalu mengemas kini blog anda,
 menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. 

21)Jika nasib menyebelahi anda,
 dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPUV mereka, 
maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!


Alhamdulillah..12 CPUV sedang running..Syukur padaMU TUHAN.

Tips Mengambil Gambar Kanak-Kanak

Mengambil gambar kanak2/ bayi bukan kerja mudah
ini kerana mereka memang sukar 'duduk diam'
dalam jangkamasa yg lama

Pertama2nya jangan disuruh mereka berposing
-jangan suruh dibuat peace
-jangan disuruh senyum hingga nampak gigi
-jangan disuruh berdiri disitu..disana...

Biarkan mereka dalam mood semulajadi
-berlari,meniarap,merangkak dsb


Ambil gambar tanpa mereka sedari-curi2 ambil
hasilnya gambar nampak natural dan 'hidup'

Ambil gambar kandid
Gambar kandid selalu mempunyai cerita yang menarik.
 Subjek anda tidak perlu membuat pose/gaya sepanjang masa.
Ambil gambar kanak-kanak yang sedang bermain,
berlari, memanjat dan lain-lain aktiviti.
Bersama kawan-kawan 
Jangan lupa ambil gambar kawan-kawan anak anda .
Mereka akan mengimbas kenangan lama 
apabila melihat gambar ini ketika dewasa.
Dekat 
Gambar potrait wajah sahaja adalah sgt menarik dan penuh ekspresi.
 Tetapi pastikan kamera anda mempunyai fokus jarak dekat(potrait @ makro mode),
 jika tidak, gambar itu akan kabur jika diambil pada jarak dekat.



Bersabar
Anda tidak akan mendapat shot yang
 sempurna dengan sekali petik sahaja.
Ambillah shot yang banyak..
dan pilih foto terbaik dari kumpulan gambar itu.

Banyak lagi tips berguna kat KODAK WEBSITE


04 October 2014

Vitamin C Cebion

Pasti ramai yang sudah tau kebaikan serta kesan vitamin c kan?
Mungkin kerana meningkatnya health &beauty conscious 
 banyak jenis dan brand berlumba lumba mengeluarkan produk mereka.


 Sebelum tu di bawah ni adalah antara kebaikan/fungsi vitamin C:

-meningkatkan sistem imun

-membantu pembentukan kolagen ..kulit gebu dan licin

-Mengekalkan gusi yang sihat

-Merawat alahan , seperti asma, ekzema, dan demam alergi(dipanggil rinitis alergi)

-Mengurangkan kesan daripada pendedahan cahaya matahari,
seperti selaran matahari atau kemerahan (dipanggil erythema)

-Mengurangkan mulut kering, terutamanya dari ubat-ubatan antidepresan

(kesan sampingan yang biasa dari ubat-ubatan) penyembuhan luka

-Mengurangkan gula dalam darah pesakit diabetes


Badan kita tidak mengeluarkan Vitamin C sendiri. 
 Ia juga tidak menyimpan Vitamin C.  

Entri ni dah ala2 review produk pulak
Pertama kali mengambil vit c jenama Cebion ni



Setiap tablet mengandungi Vitamin C (asid askorbik) 500mg.
 
Larutkan satu tablet dalam segelas air. 
ia amat mudah larut
rasanya ala2 oren F&N gitu
masam2 manis 
Cebion vitamin C ni jenis soluble..
Dalam 1 botol tu, ada 10 tablets.
Harga RM9.00 / RM10
Jika beli 1 kotak,ada 4 botol..
Jika beli sekotak .. murah skit berbanding beli 1-1..
(dan ikut farmasi jugak la)

03 October 2014

Resepi Kuih Siput

Kuih siput
yang sedap dimakan
tp amat seksa membuatnya
Jika membuatnya berseorangan
Sekilo tepung gandum mau amik masa 2 jam

(sebelum digoreng
-pastikan sedikit minyak disapu atas permukaan pinggan/tudung periuk/talam
supaya 'siput' senang mengelusur turun kedalam kuali)

Bahan-Bahan:
 1kg tepung gandum
Jintan manis
 2 biji telur
Udang kering-dikisar
Cili kering-dikisar(untuk yg suka pedas)
 1 senduk margerin (dicairkan dlm periuk)
 Daun kari
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Masukkan kesemua bahan tadi kecuali margerin,gaul hingga semuanya sebati.
 2.Kemudian masukan marjerin tadi,uli hingga ianya menjadi doh yang lembut.
3.Cubit sedikit dan gelekan pada acuan kuih siput hingga terbentuk seperti siput.
4.Panaskan minyak dan goreng bersama daun kari hingga kekuningan.

Lain org..lain bahan2nya
ada yg campur serbuk kari
terpulang pada selera masing2..

makin lama..saiz siput makin besar(makin malas le tu..)

02 October 2014

CPUV Nuffnang

Alhamdulillah...Syukur padaMU ya ALLAH
hanya itu yg terucap
sebelum ni paling banyak CPUV yg melekat 
hanya 4 atau 5 ja

Rezeki bln oktober
8 CPUV sekaligus melekat

Alhamdulillah..pernah merasa jugak duit dari Nuffnang

01 October 2014

WW : Magnum Repost Gambar

Kembang semangkuk hidung sekejap
bila Mangum repost pic aiskrim
dari Instagram saya




ini Magnum punya Instagram
elehhh...gambar2 org lain lagi cun..kreatif..


Kalau bg hadiah stok aiskrim utk sebulan pun ok jugak,kan..


Sapa2 yg ada Instagram tu
habaq mai..nanti saya follow...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.