Ramai insan yang kurang sedar betapa alam semesta ini dan segala isinya,
setiap masa dan ketikanya,
tenggelam asyik di dalam irama Tasbih, Tahmid, Tamjid dan Taqdis memuji Khaliqnya, Allah Tabaraka Wa Ta’ala.
Semuanya mengulang-ulang penuh kesyahduan :
“Allah Tuhanku. Dialah sebaik-baik Pencipta”.
Subhanaka Ya Rabb.
Para Ulul Albab nescaya melihat sekelian alam ini meriah dengan
zikir dan wirid mereka,
bersahut-sahutan tanpa henti.
Sebaliknya si mulhid atau si kafir musyrik,
dengan jiwa mereka yang ‘mati’ telah dan akan terus beranggapan bahawa
semesta alam ini kaku, bungkam, tiada jiwa, jumud persis jiwa mereka.
Alangkah menyimpang fikiran mereka.
Alangkah buta hati mereka dari tanda-tanda kebesaranNya.
Bercakap tentang DAUN sahaja,
nescaya akan menyerlahkan tanda-tanda kebesaran yang Esa,
walaupun orang yang mulhid melihat ia sebagai satu tajuk yang remeh-temeh,
buang masa dan kacau DAUN!
Pernahkah kita membaca sebaris firman Allah yang bermaksud:
“Tidaklah berguguran sehelai daun pun melainkan Dia (Allah) mengetahuinya”.
(Ayat 59: Al An’am).
Pernahkah kita semua merenung ‘kesyumulan’ tajuk penciptaan DAUN ini?
Nescaya kita akan takjub dan menjadi amat teruja di hadapan keagunganNya.
Pada satu-satu masa adakah hanya sehelai daun sahaja yang jatuh gugur ke bumi?
Nescaya tidak!
Dari satu pokok pun kita sudah jahil dan letih untuk
mengira berapa helaian daun yang berguguran ke bumi.
Pendek kata, tak terbilang jumlahnya dan akhirnya otak kita
menjadi letih untuk memikir apalagi menjangkauinya.
Apapun kita harus beriman, yakin dan percaya penuh kemampuan ‘ilmu’ dan ‘tadbir’ Allah SWT berkenaan makhluk ciptaanNya.
Ilmunya meliputi segala sesuatu.
Tiada sehelai daun pun yang berguguran di muka bumi ini melainkan
Dia Maha Tahu kenapa daun itu gugur,
di mana daun itu gugur bahkan bilakah saatnya daun itu gugur.
Ya ‘Aliim Ya Khabir..
Lalu apa daya kita dan apa pemilikkan kita berbanding kebesaranNya?,
melain akhirnya kita hanya akan tunduk mengaku,
menangis keharuan, bercucuran airmata seterusnya mendekat kepadaNya,
tersembam sujud di hadapan Qudrah dan JabarutNya.
Allah Maha mengetahui. Sesungguhnya kita hanya insah lemah sering lupa dan alpa mengingatiNya. Syukurlah kerana ada sahabat yg sentiasa menasihati...
ReplyDeleteTerima kasih
allah maha berkuasa
ReplyDeleteamin
Salam kak,
ReplyDeleteKadang kita terlupa..terima kasih atas ingatan...
assalam..hmm daun di atas jatuh daun di bawah jangan ketawa..
ReplyDeletesubhanallah...segalanya yang berlaku adalah kehendakNya jua...
ReplyDelete"Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi"
ReplyDeleteSyukran berkongsi ilmu..
Betul tu kak, andai telinga kita ni dikurniakan keupayaan super bionic, maka meriah gegak gempitalah alam ni kita dgr haiwan bertasbih, pokok bertahmid, laut bertasbih...etc etc..
ReplyDeletekan kak.. kita yang selalu leka. Allah dah kata alam ini tanda kekuasaanNya
ReplyDeletebetapa kerdilanya kita ni kan
ReplyDeletewalau setinggi mana pun ilmu dan pangkat tak dapat pun kita nak menembus bumi dan langit..
muhasabah bersama
cantik photoshoot tu kak :)
Maha suci Allah mencipta segala yang indah dan hebat dan kemudian manusia dengan tangan ganas memusnahkan segalanya...
ReplyDeletebtul tu...dan saat pling menyakitkan adalah apabila kita tahu akan org itu sedang menipu kita...
ReplyDeleteBegitulah kudroh dan irodah Allah yg tidak mampu dimiliki insan sejagat. Hingga berdetiknya jarum jam sesaat pun atas kudrohnya. Kelip mata kita, turun-naik nafas dan sebagainya semua atas peraturan kehendakNya..
ReplyDeleteAllahuakbar!
Allahuakbar...semoga kita sama2 perbaiki iman kita agar lbih baik..amin
ReplyDeletesetiap yg berlaku mempunyai sebab yg mutlak...
ReplyDeleteIndahnya ayat Al Quran sebagai pengajaran, peringatan dan renungan bersama.
ReplyDeletejadi mengapa harus sy bersedih hati.. sedangkan apa yg berlaku berada di bawah pengetahuanNya, pasti Dia telah mengaturkan sesuatu yg lebih baik utk saya kan.. :')
ReplyDeleteKadangkala Allah sengaja beri kita rasa sunyi dan keseorangan walaupun ada insan di sekeliling kita.. Allah rindu nak dengar kita menangis, mengadu dan bersujud kepadaNYA..
ReplyDeleteallah maha kaya..Allah berkuasa atas segala galanya
ReplyDeleteWalau benda sekecil zarah pun tanpa izinNya ia takkan bergerak
ReplyDeleteAnak kerap demam batuk. Apa yang ibu perlu lakukan?
yup setuju sgt2 tu !.. semuanya rahsia Allah swt
ReplyDeleteBab penciptaan dan gugurnya daun pun kita masih lemah. Tetapi mengapa ada segelintir menolak hukum Allah
ReplyDeleteSentiasa ingat allah
ReplyDelete