23 July 2013

Petua ketupat sedap dan putih bersih

Ketupat...hidangan wajib dihari lebaran
tanpa ketupat,lemang..seolah tak berseri
tak lengkap,tak sempurna..

tiap kali raya
saya gigih membuat sendiri ketupat
walaupun tak cantik
walaupun tak tahu apa 'jantinanya'-jantan atau betina
tp saya puas..

(ketupat saya mmg tak comei hehe)

Arwah nenek saya dulu
terkenal dgn keenakan ketupatnya
sebelum beras pulut direndam
beliau dgn tekunnya membelek beras tersebut
jika ada antah atau beras biasa yg bercampur dgn beras pulut
kemudian merendam beras tersebut dgn air kelapa

beberapa petua yg diperturunkan oleh arwah

-guna kelapa yg masih hijau kulitnya
iaitu kelapa yg dikait,bukan yg telah kering dan jatuh sendiri tu

-ketika mengukur atau memesin kelapa
jgn sampai terkena tempurung kelapa
amik isinya yg putih tu ja

-ketika memerah kelapa
jgn melebihi 2 kali perah

-ketika memasak santan 
biarkan mendidih dan sentiasa mengacaunya
jgn sesekali sampai santan pecah minyak

-ketika merebus ketupat
(dikampung2 ketupat direbus mengunakan kayu api)
masukkan air 1/2 dari bahagian ketupat

-alas beberapa helai daun palas sebelum dimasukkan ketupat

-jgn sesekali membuka penutup periuk ketika merebusnya
supaya ketupat putih bersih,tidak berwarna kekuningan dek dimasuki asap

-nak tau airnya telah kering atau tidak
dengar bunyinya
jika kedengaran seperti bunyi minyak ketika mengoreng
itu tandanya air telah kering
perlahan api

-biarkan hingga bunyi itu tak kedengaran lagi
jgn bimbang ketupat akan hangit kerana dasar periuk telah dialas dgn daun palas

                                        -ketupat akan tahan 3,4 hari...tak basi                                        




49 comments:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi di sini :)

    ReplyDelete
  2. Wahh rumit lagi teliti orang dulu dulu masak menu tradisional kan? Tu pasal la sedap lagi teringat-ingat. Mak saya dulu, buat ketupat palas siap buh kacang merah or jagung. Ahhh saya jugak yang tak reti anyam ketupat or ketupat palas. Parahhh!

    ReplyDelete
  3. pasti akan terasa lebih sedap bila kita buat sendiri.. ;)

    ReplyDelete
  4. terliur weh tgk ko tupat nie..berzame doh tok jjupo..:)

    ReplyDelete
  5. assalam,

    banyak petua orang dulu2 yang baik dalam banyak hal terutama dalam hal masak memasak ni...banyak yang menjadi dan patut diambil olih jenerasi sekarang...

    ReplyDelete
  6. mak kita pon buat ketupat sendiri..tiap2 tahun..kami mmg dikerah tenaga utk buat ketupat..kalau tak reti buat ketupat tu bukan anak mak la..hahaha..

    ReplyDelete
  7. Awal kak kamsiah buat ketupat, saya tengok pon terliur, nampak lembut.

    ReplyDelete
  8. tak pernah tahu petua ni,sebab saya tak pernah buat ketupat sendiri,biasa mak ayah,saya beli ketupat peket yang jual kat pasaraya je...bila lah nak pandai buat sendiri ni..hehehe

    ReplyDelete
  9. Petua tu saya nak simpan lah... Terima kasih sebab kongsikan :D
    **Masa saya belajar buat ketupat palas dulu, selalu jadi ketupat betina. Marah nenek saya... Katanya ketupat betina orang tak nak makan. Tapi orang sekarang ada ke yg reti bezakan jantan betinanya ketupat...Hahaha....

    ReplyDelete
  10. sy x penah lg masak ketupat. selalu mak je buat tiap kali raya..pastu tak reti pulak tu nak balut ketupat. terokk betul org kg mcm sy ni.

    ReplyDelete
  11. Itu sebab masakan org lama sedap...ketelitian. kita sekrg main leburrr jaaa...

    ReplyDelete
  12. owh.. sy kurang amik peduli pasal ketelitian yang setahap ni....
    terutama bab y petua kering air n lapik periuk tu.

    Mak selalu kukus saja, kemudian, dipagi raya di panaskan dengan menggoreng tanpa minyak. memang x basi sebab x sempat nk simpan esok hari.

    Walaupun sy org utara, saya sgt mengelat kalau buat ketupat pulut... rela menganyam ketupat jawi yang menjadi rebutan keluarga. Semua berebut nak menganyam..x dpt banyak, dpt anyam sebiji pun cukupla untuk melepas gian.

    ReplyDelete
  13. masa kecil2 dulu cukup fobia jika arwah mak wat ketupat, ylh.. kena join sekali sebagai tukang tarik daun palas supaya ketupat lebih padat & nampak cantik..

    ReplyDelete
  14. Ok lah tu kak..sy ni tak reti terus nak buat. Makan jer pandai. hehehe

    ReplyDelete
  15. ni ketupat galas kan?biasa tgk ketupat anyam macam ni yang kakak ipar saya buat..kami belah utara lain sikit..sedapnya ketupat!!(^_^)

    ReplyDelete
  16. petua akak tuh dana simpan dlm ati je, maklum tak penah bt ketupat sndiri kak... kalu ada pun ketupat segera, tak pun kalu kt kg abah tempah je... mlm raya dia hantar yg dh siap rebus heheheh

    ReplyDelete
  17. akak, tgk ketupat dan rendang ni...terasa dh dekat

    ReplyDelete
  18. Oh, saya hanya pandai buat ketupat nasi biasa. Ketupat sate.

    ReplyDelete
  19. teringat keenakan ketupat daun palas yang dibuat oleh arwah opah aiza.. memang enak rasanya..

    ReplyDelete
  20. selalunya bab ketupat ke lemang ke serah kat mak aja saya ni. selalu bagi alasan tak reti nak balut la, tak reti itu la ini la..pernah cuba balut ketupat tu tapi tak jadi jugak. semua jadi ketupat betina. mak tak suka..so dia taak bagi la balut.

    tapi.. saya yakin, satu hari, nak tak nak kena buat juga sendiri. sampai bila kan nak harapkan mak.

    ReplyDelete
  21. Sedapnya nampak ketupat tu...
    Orang tua2 dulu mmng banyak petua kan...arwah nenek dulu ambil tempahan buat ketupat..tapi saya tak pernah belajar buat..cuma tolong sikit2 jer..Skrang timbul pulak penyesalan...sampai hari ni tak reti2 nak buat ketupat...

    ReplyDelete
  22. Waa kalau kena dengan rendang atau sambal daging ni,memang meletop. Kam.. mesti sedap ketupat hasil resepi turun temurun ni.

    ReplyDelete
  23. thanks for the info. kini saya beli ketupat di kedai aje..

    ReplyDelete
  24. sudah dah teringin lah pulak ni, kena cari !

    ReplyDelete
  25. thanks for the share...rietta xreti buat ketupat tu...kt sni femes ngan ketupat palas...yang itu tahu la rietta cmne nak buat...

    pss...ketupat kertas jerr akk...bukan bleh gunakan pown...utk decorasi jerr..

    ReplyDelete
  26. ketupat ni je yg sy x lulus bla buat...ketupat lain okey je

    p/s TERIMA KASIH krn sudi join GA sy ;-)

    ReplyDelete
  27. salam ramadhan # 14
    ketupat daun palas..tiap kali raya m3h jadi tukang balut hehe..x kira lah kt umah mil or umak mak sendiri

    ReplyDelete
  28. Salam K.Kamsiah..

    cara nenek akak buat lebih kurang sama dgn mak cma buat..
    cma sukaaaaa ketupat palas.. pernah buat & paling kelakar banyak jantan dari yg betina.. hahaha

    ReplyDelete
  29. thanks for the tips kak....ni mmg antara juadah raya kesukaan saya. mak pun selalu buat...sedapnyaa.....

    ReplyDelete
  30. Amboi, sedapnya. Tak sabar rasanya nak balik makan ketupat nanti.

    ReplyDelete
  31. Sedapnya. Tak sabar rasanya nak balik makan ketupat nanti.

    ReplyDelete
  32. Salam 14 Ramadhan..wah dah ada ketupat kat sini..kita suka makan ketupat ni, tapi our family jarang buat coz mak suka makan ketupat nasi..

    ReplyDelete
  33. saya paling suka ketupat palas ni kaka tapi payah nak dapat, nak buat tak pandai..nak pi raya rumah akak lah :)

    ReplyDelete
  34. sedapnye belum raya dah terinbgin nak makan...

    save22 satu

    ReplyDelete
  35. Terus terasa mood raya..hehe.
    Saya sekeluarga xpandai buat ketupat daun palas, kami hanya buat ketupat nasi dgn daun kelapa. Tapi saya cukup suka ketupat ini dari lemang :)

    ReplyDelete
  36. Lemang memang kegemaran IM sekeluarga. Tak perlu tunggu raya. setiap kali balik dari tengok Akhmal di Sg Petani, IM akan singgah di Tikam Batu tepi jalan beli lemang dan rendang.

    Tak kira berapa pun harganya...

    ReplyDelete
  37. ish mcm raya dah dekat kan? Tq kawan, boleh buat panduan ni.Disini kami masak ketupat daun palas.rebus la nk hidup.sampai masak.he he

    ReplyDelete
  38. Sop pun suka ketupat pulut daun palas ni
    raya jer mesti mak SOp buat :)

    ReplyDelete
  39. salam kamsiah,terima kasih atas pengkongsian petua memsk ketupat palas..sedapnyaaa!

    ReplyDelete
  40. Waaa mesti sedap ni! Tetiba mood raya menebal dalam diri hehe

    ReplyDelete
  41. Salam.... Kamsiah. Terima kasih atas perkongsian petua memasak ketupat tu. Saya pun lebih suka buat ketupat sendiri juga. Walaupun balutannya kurang cantik. Tapi, puas hati sbb dapat makan hasil buatan sendiri.... kan.

    ReplyDelete
  42. terima kasih... tak pernah tau petua ni...

    ReplyDelete
  43. thanks 4 d info wat palas tu..sy baru blajar buat palas 2 thn lpas..thn ni igat nak buat lg..tp mcm dah lupa nk ikatnya..klu kamsiah dpt tnjuk demo lg best..he..he..

    ReplyDelete
  44. tahun lepas adala jgk buat..tahun ni tak tau lgi kak..=)

    ReplyDelete
  45. Rindu ketupat manis kelantan... X sabar naknblk rayer....

    ReplyDelete
  46. Kitaorg di belah selatan ni ...jarang masak ketupat palas tu...selalunya ketupat nasi je...apa pun ketupat tu OKje makan gak hehe dasar tak menolak apa pun hehe

    ReplyDelete
  47. zura tk retik langsung anyam ketupat tuh..mak je yg pandai...

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.