30 May 2013

Koleksi Merah



MERAH MEMBANGUNAKAN KERIANGAN, 

MARAH DAN PENYAYANG 

 MERAH YANG BERLEBIHAN AKAN MEMBAWA KEPADA TEKANAN 

 MERAH PEKAT PULA AKAN MELAMBANGKAN KEAGRESIFAN 

 WALAUBAGAIMANAPUN, 

MERAH AMAT BERGUNA BUAT MEREKA YANG MERASA MALAS 

ATAU KEHILANGAN TENAGA KERANA 

IA AKAN MEMBARAKAN PERASAAN YANG LEMAH

Saya sukakan warna merah..:)
lebih2 lagi bila barangan merah ni
dapat percuma hehe
tray warna merah
 mug Kit Kat merah hati yg comel dan mengoda
 jug Nescafe merah

Nescafe...sinonim dgn warna merah mug nya












28 May 2013

Bagaimana Mengubah Tarih Pada Gambar

Ada 'seseorang' bertanya
mcm mana lecturer dia boleh trace kalau
dia guna gambar lama utk assignmentnya
(kes tak sempat nak masak
atau malas masak la tu hehe)
-assignment gambar berbagai menu

pada yg dah tau....tak mengapa
pd yg belum tahu
ini adalah caranya


ambil  sekeping gambar dari folder


klik kanan pada tetikus anda
then dia akan keluar mcm ni
klik pada properties
kat bawah sekali tu


 haa...kan dah keluar segalanya tentang gambar tersebut
tarikh gambar diambil dan segalanya


oppss...tarikh boleh diubah..:)





nanti kita boleh tau 
guna kamera apa hehe,model apa...
DSLR cap ayam saya

27 May 2013

Embun

Dalam perubatan tradisi org2 melayu
embun merupakan air yg berkat lagi mujarab
kerana diturunkan dari langit secara perlahan2 dan lembut.

Embun jantan pula turun dikala lewat
malam dgn butiran agak kasar sedikit..

 "Dan Kami menurunkan air dari langit yg berkat"
(Surah Qaaf ayat ke 9)


Embun-embun ini dikala paginya,

 kita dapat saksikan masih berada di daun-daun pokok

 dan dihujung-hujung rumput 


Semasa matahari sedang memancarkan cahayanya, 

kelihatan cahayanya bersinar-sinar seperti permata berlian..



Menurut ilham yang diperolehi orang-orang tua yang soleh,

 air embun merupakan sejenis penawar dan mempunyai daya (energi). 

 orang tua dulu-dulu akan  menyapukan muka, 

lengan, siku dan betis mereka supaya segar dan kuat bertenaga. 

Didalam hukum Fiqh Islam,

 air embun adalah antara jenis-jenis air 

yang boleh dan harus digunakan untuk berwuduk.







kalau nak tgk embun
kena la bgn awal ya


23 May 2013

Terjebak

Terjebak...terperangkap..namun taklah ketagih..hehe

memula tgk anak2 ja dok main
berkatalah maknya
"game mcm tu pun layan
tak mencabar langsung.."

lepas tu ketika BW ke blog  AR Amin 
dia pun layan game ni jugak

Candy Crush Saga a.ka Buah Saga Keraih
a.k.a Menghancurkan Gula2

hehe..

-kena fokus utk memikirkan strategi
-mengaktifkan otak sebelah kiri
-cepat bertindak

sesekali...melakukan sesuatu diluar kebiasaan
boleh mendatangkan keseronokan..


kerana hidup bkn perlu serius sepanjang masa...

22 May 2013

Malam Pertama Di Alam Kubur

Aku telah dilamar malaikat maut,
 Aku bakal bernikah dengan kematian,
 Aku bercerai dengan dunia yg aku kejar 
Maharku adalah nazak dan kain kafan, 
Pelaminku diwangikan dgn gaharu cendana 
Disitu aku akan diarak dgn laungan azan 
Berakadkan talkin,berwalikan liang lahad,
 bersaksikan nisan.. 
Dan malam pertamaku akan diserikan dgn Munkar Nakir..

Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?

Pernahkah engkau membayangkan kengerian 
dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu

 dan untuk orang-orang selain darimu?




                                                 Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu 
diusung dari dunia fana ini ke kuburan?


Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti
 Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
 Wahai anak Adam,
 apa yang telah engkau persiapkan 
saat malam pertamamu nanti di alam kubur?



"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), 

dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, 

demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan

 apa yang akan terjadi padamu di sana?"









Kematian itu pasti.
 Ia tidak meleset meski hanya sedetik.
 Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba.
 Ia misteri.

 Kerananya setiap orang semestinya selalu siap. 
Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan.
 Untuk mencapai itu, 
harus melalui jalan syari'at dengan menjalankan 
segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala.






21 May 2013

Kutu Kepala

Kanak2 sekarang ramai yg tak kenal kutu kepala
Anak bongsu saya,Tasha...
guna google utk tgk mcm mana rupa kutu kepala
bila dah tgk macam mana...terus menjerit...

zaman dulu2,kepala berkutu adalah biasa..sangat2 biasa
bila tidur beramai2...sepupu sepapat
jika salah sorg mempunyai kutu di kepala
maka yg lain berisiko dijangkiti kutu

zaman 70an dulu
ramai yg tidak bertudung masa bersekolah rendah
risiko dijangkiti jugak tinggi
bila bermain bersama kawan2 yg berkutu

bila jururawat datang kesekolah
kepala setiap murid diperiksa 
dan ubat pembasmi kutu akan dilumur dikepala

namun aktiviti yg paling  best
acara 'mencari kutu diatas tangga'

biasanya dilakukan diwaktu ptg
sambil bermain dilaman rumah
kakak2 atau yg lbh dewasa
akan memanggil sesapa yg berkutu
duduk  diatas tangga

org yg paling atas sekali
mencari kutu org yg duduk ditangga kedua

yg ditangga kedua akan mencari kutu 
org yg duduk ditangga ketiga
begitulah seterusnya..


sikat kutu
susah nak jumpa skrg ni
yg ni dirakam di kuala kangsar


  1. Kutu adalah serangga parasit yang kecil, tanpa kepak yang menghisap darah.
  2. Serangan kutu rambut adalah biasa. Kanak-kanak berusia 3-10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada serangan ini. Ia mudah merebak, terutama di kalangan kanak-kanak sekolah, melalui sentuhan terus dan perkongsian barangan peribadi.
  3. Kutu rambut akan mati jika terpisah dari kepala manusia selama lebih dari 2 hari.
  4. Gejala & Tanda
    • Rasa gatal yang keterlaluan.
    • Kutu pada kulit kepala dan telur kutu pada pangkal rambut mudah dilihat pada bahagian tengkuk dan pada belakang telinga.
    • Ia dilihat sebagai bonjolan kecil berwarna merah pada kulit kepala, leher dan bahu.
    Rawatan
    • Jika kanak-kanak yang dijangkiti berusia kurang dari 2 tahun, gunakan sikat untuk mengalihkan kutu dan telur kutu tetapi jangan gunakan ubat kutu.
    • Periksa semua ahli keluarga dan rawat mereka jika didapati terdapat kutu atau telur kutu.
    • Perapi rambut mungkin menutup atau melindungi kutu rambut, jadi perapi rambut tidak harus digunakan sebelum menyapu ubat pembasmi kutu.
    • Gunakan air panas untuk membasuh cadar dan pakaian yang telah digunakan oleh mereka yang dijangkiti kutu rambut sejak 2 hari lepas.
    • Semua perkara yang tidak boleh dibasuh seperti permainan yang dibuat dari kain harus diisi dalam beg plastik selama 2 minggu. Beg tersebut hanya boleh dibuka di luar rumah. Pilihan lain yang boleh dibuat ialah dengan melakukan cucian kering.
    • Sikat dan berus perlu dinyahkuman dalam air panas atau alkohol. Rendam selama 5 minit atau lebih di dalam air yang betul-betul panas.
    • Lantai dan perabut, terutama sekali sofa dan kawasan yang kerap digunakan oleh kanak-kanak harus dibersihkan dengan pencuci hampagas. Beg hampagas harus dibuang serta-merta selepas itu.
    • Jika kutu didapati pada kanak-kanak yang bersekolah, maklumkan pada jururawat sekolah atau guru supaya kutu dapat dihalang daripada merebak. Kanak-kanak dinasihatkan supaya jangan berkongsi topi, sikat dan lain-lain barangan peribadi di sekolah.


20 May 2013

Doli Kuey Teow Goreng,Taiping

Taiping...selain terkenal dgn 
keindahan Taman Tasiknya.. dgn zoo nya
keenakan kuey teow Doli
jugak jgn dilepaskan jika berkunjung kesana

terletak di No 5,Regat Tupai,Taiping


inilah rupa kuey teow yg 
sangat femes dan sedap



mee kari yg sangat mebeles

nasi ayam










17 May 2013

Cikgu P Ramlee,Cikgu Saloma..

Dalam entri kelmarin
saya bercerita tentang cikgu2 saya yg tetap diingatan

Hari ni pulak
terpampang gambar serta cerita cikgu diakhbar BH dan Metro

ya...Cikgu P Ramlee
dulunya saya serta semua pelajar memanggil beliau
dgn nama Cikgu P je
mengajar subjet Sejarah Islam

Salah satu pesan Cikgu P

"Nii..kamu yg perempuan2 ni
(merujuk kami pelajar perempuan)
kalau masa dok tunggu result STPM nanti
kalau ada yg masuk meminang
mejar ke,doktor ke,lawyer ke...terima ja la

kalau yg ala2 ja kejenya...cakap ja saya nak belajar lagi.."

haha..baik punya nasihat dari cikgu

dan saya selalu kutuk beliau
bila bg keje rumah bertimbun2

dek kerana dahinya yg luas kerana
telah botak

"dahi cikgu tu keretapi pun boleh buat 'corner'...buat pusingan.."

Bila dikenen2 dgn Cikgu Saloma
walaupun masa tu dua2 dah kawen
dia hanya tersipu2 malu..

16 May 2013

Guru-Guru ku

Hari  ini-16 Mei...setiap tahun
diiisytiharkan sbg hari guru
pada setiap tahun
tarikh keramat ini diraikan pelajar
dgn memberi hadiah
atau paling kurang pun
kad ucapan utk guru2 mereka..

Percayalah..zaman persekolahan adalah zaman paling manis
dlm hidup kita

Sekolah Rendah

Dari Darjah 1-6
saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Keting
berhampiran dgn rumah

Ustaz yg mengajar subjek Agama
adalah kawan baik ayah saya
setiap kali dia mengajar
saya 'didera' oleh beliau

"diam semua..kita nak dgr anak tok guru quran mengaji ni.."

pantang tersilap sedikit
saya akan disond kaw2 punya

"mcm ni ke anak tok guru mengaji..tunggang langgang.."

jika balik mengadu pada ayah
lagi teruk kena sound...
(ayah yg menyebelahi anak2 jika buat salah)

Sekolah Menengah

Dari Tingkatan 1-5
saya bersekolah di Sekolah Menengah Sri Gunong




dan disebalik sijil ini
punya cerita tersendiri
Al kisahnya
nama saya diberikan sbg peserta kuiz tanpa pengetahuan saya
oleh kawan baik saya sendiri

tau2 nama dipanggil pada hari pertandingan
rasa mcm nak cekik2 ja dia

tp ianya bertukar manis
bila berjaya mengalahkan peserta kelas Sains
(yg tak pernah mesra alam dgn kelas kami)

Gangguan Seksual

saya berbasikal kesekolah
biasanya dalam 4,5 orang
jarak lbh kurang 3,4 km

melalui hutan dikawasan kuari
kami beberapa kali terserempak
dgn sorg lelaki
yg akan menunjukkan 'anunya'

dia tiba2 muncul dari dalam semak
dan tunjuk kps pelajar2 perempuan anunya tu

kami menjerit dan memecut basikal
mengalahkan pelumba F1

akhirnya kes tersebut sampai ke pengetahuan sekolah
dan kami diminta sentiasa berbasikal
dalam kumpulan..
seeloknya ada pelajar2 lelaki sama

2,3 th lps saya meninggalkan sekolah tersebut
terjadi kes pelajar dirogol dikawasan itu

namun tak pasti pelakunya adalah lelaki gila seks tersebut
atau org lain

Sekolah Menengah Atas

Tingkatan 6 rendah & atas

peristiwa yg saya tak boleh lupa adalah
ketika bulan puasa
kami tak dibenarkan membawa makanan kedalam dorm

tp kerana kekenyangan
ada kawan yg sembunyi2 bawak tupperware
utk isi makanan

maka beberapa org telah 'menumpang' bubur kacang kedalam tupperware
kawan tersebut

namun kerana tergesa2
kakinya tersadung kasut yg berselerak dipintu dorm
tertumpahlah bubur kacang kami

cepat2 kami cari penyapu
dan menyapu bubur tersebut ketepi koridor
yg mempunyai lubang sebesar batang paip
(kegunaannya supaya air tak bertakung)

ketika menyapu bubur itulah
kebetulan  guru merangkap warden asrama
lalu dibawah
(dorm kami ditingkat 3)

riuh rendah lah satu hostel
hujan bubur...kena kepala cikgu...  


Juga yg diingati guru Ekonomi yg hensem
kata Pengetua
"ramai yg fail subjek Ekonomi,
saya tak pasti adakah kerana ianya terlalu susah
atau kerana budak2 perempuan
ralit tgk Cikgu Yahya"

Cikgu Yahya yg hensem bagaikan angkasawan negara hehe

Ramai kawan saya yg menjadi pendidik
itu rezeki masing2 lah

dan terimakasih pada Facebook
 yg menemukan semula saya dgn mereka semua



                                                      


15 May 2013

WW: Blue Sky



Nautilus Bay Jelutong Promenade












14 May 2013

Masjid Terapung,Tanjung Bungah,Pulau Pinang

Masjid Terapung Tanjung Bungah telah dirasmikan oleh bekas
 Perdana Menteri, 
Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007.

  


Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan 
menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan 
sebagai tempat persinggahan di kalangan pelancong 
bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan minda.



Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut 
sejauh kira-kira 300 meter dari pantai cukup unik dan indah dipandang 

Masjid dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu
 dan dibina di atas lot 254, 265, 266, 308 dan 643 Mukim 18, 
Daerah Timur Laut 
di tepi pantai Tanjung Bunga

dilengkapi ruang sembahyang utama, 
ruang sembahyang wanita, 
tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita 
serta bilik menguruskan jenazah.



Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi
dengan menara azan setinggi tujuh tingkat
yang dihiasi dengan ukiran kayu jati
 dan seni khat kaligrafi dari Indonesia.





Peristiwa tsunami yang melanda negeri 
di utara Semenanjung pada 26 Disember 2004,
 membuktikan masjid ini kukuh 
apabila pembinaannya tidak sedikit pun terjejas 
walaupun banyak rumah di kawasan 
sekitarnya ranap sama sekali.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.