27 June 2014

Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi


Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi
 iaitu harus, sunat, makruh dan haram. 

 Harus 
 Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian 
ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. 
Selain daripada itu, wanita tidak di haruskan memakai wangi-wangian.

 Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud, 
 "Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..."
 (Riwayat an-Nasa'i dari Abu Hurairah)

 Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik 
dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya,
 termasuklah memakai minyak wangi untuk menyenangkan suami. 

 Sunat 

Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, 
ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya,
 dan juga ketika menyambut tetamu wanita. 

Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian
 tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang.

 Rasulullah telah bersabda yang bermaksud, 
 "Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. 
Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya"
 (Riwayat al-Tarmizi)

 Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. 
Aisyah r.a berkata, 
 "Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w.
 Ketika hendak berihram, 
kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. 
Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, 
minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka 
dan Rasulullah s..aw melihat hal itu,
 tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" 
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud) 

 Makruh 
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. 
Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
 Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam
 Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan
 "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa"


 Haram 
Haram bagi wanita memakai minyak wangi 
atau alat-alat solek yang berbau wangi di luar rumah berdasarkan hadis berikut,

 "Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum 
(orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina"
 (Abu Dawud, Tirmidzi) 

 Nabi s.a.w bersabda 
"Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid
 nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." 
(Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

14 comments:

  1. terima kasih kak atas perkongsian nie :-)

    ReplyDelete
  2. baru tahu cara mrk pakai minyak wangi calit kat kening ...

    ReplyDelete
  3. lo nie sejak dok sibuk nge anok2 dok umoh pun tokde nok pakai minyok2 wangi..hehehe

    ReplyDelete
  4. Assalam kak..thanks atas perkongsian,.,. :)

    ReplyDelete
  5. Akak guna deadorant jer Kamsiah utk elak bau badan..

    Selamat berpuasa kamsiah.. mohon maaf jika ada komen yg menyinggung perasaan ye :)

    ReplyDelete
  6. IM selau guna minyak wangi kasturi. ibu_suri adalah orang yang selalu peringatkan IM memakainya..

    Kalau tak nanti, dia akan kipas hidungnya selepas peluk IM sebelum pi kerja...

    ReplyDelete
  7. salam k.kamsiah..
    thanks sharing..cma sukaaaa pakai minyak wangi.. ehehhe

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas peringatan ini.
    Salam Ramadhan untuk Kam serta keluarga dan seluruh umat Islam yang bakal menyambut Ramadhan mulai esok...

    ReplyDelete
  9. Tahun ni saya mula ada perfume balik sejak rasa ank dah besar sikit. Ada kawan bagitahu utk baby tak elok perfume ni.

    ReplyDelete
  10. Alamak, kak! Saya sangat sukakan minyak wangi. Memang rasa tak tentu arah kalau tak berwangi-wangian. Bukan untuk sesiapa pun tapi untuk kepuasan diri sendiri. Dah jatuh hukum makruh dan haram tu, susah juga rasanya nih...

    ReplyDelete
  11. dulu sy memg hantu perfume...skang xlg..kalo beli perfume pun beli jnis yg botol.kecik rool on tuh...pakai bila rasa perlu...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Gema Parfum
    Minyak wangi wanita.

    ----------

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.