28 June 2014

Salam Ramadhan



Rasulullah s.a.w bersabda : 
 “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan 
 dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, 
dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
 (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

 Rasulullah s.a.w bersabda : 
 “Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,
 bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah 
daripada aroma (haruman) minyak kasturi” 

 (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894) 

 Rasulullah s.a.w bersabda :
 “Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. 
Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. 
Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .
Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? 
Lalu mereka semua berdiri. 
Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. 
Apabila mereka semua telah masuk,
 pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya

 (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896) 

 Abu Umamah r.a berkata: 
 “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah!
 Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. 
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda:
Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya” 

 (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

 Sabda Rasulullah s.a.w : 
 “(Allah s.w.t berfirman) : 
Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. 
Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. 
Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda 
sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. 
Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) 
AKU sendiri yang akan memberi balasannya

 (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603) 

 Sabda Rasulullah s.a.w :
 “ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa.
 Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya” 

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)



Selamat menjalani ibadah puasa utk semua

24 comments:

  1. Salam Ramadhan buat Kamsiah dan keluarga, moga mendapat ramadhan yang berkat, aminnnn

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut kedatangan Ramadan ;)

    ReplyDelete
  3. salam kamsiah ..
    selamat menyambut kedatangan ramadan,
    moga ramadan tahun ni dapat ditempuhi dengan penuh keimanan dan ketakwaan

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan 1435H..

    p/s alahai, kesian juga saya baca komen kamsiah tadi..
    1 ramadhan pun suami kena kursus? alahai..sabar ajalah..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Semoga Ramadhan kali ini, ibadah kita lebih baik dari tahun2 yg lalu.
    Amin.

    ReplyDelete
  6. Salam ramadhan kak,
    moga ramadhan kali ni lebih diberkati Allah :)

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan Kak Kam... & Selamat Berpuasa buat akak sekeluarga... :)

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadhan.. syukur masih diberi peluang...

    ReplyDelete
  9. Salam ramadhan dan selamat berpuasa kak kham

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum...Kak Kamsiah
    Salam Ramadan 1435H. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik dalam hidup anda, Amiin. Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap mahupun kekhilafan yang mengguris hati... Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih perkongsian Kam.

    Salam Ramadhan juga buat Kam sekeluarga..moga diberi kesihatan yang baik untuk beramal ibadat. Maaf jua jika ada salah silap ye

    ReplyDelete
  12. Selamat berpuasa kak..semoga bertambah baik amalan pada tahun ini.

    ReplyDelete
  13. Salam Ramadhan buat Kak Kam sekeluarga. Semoga Ramadhan kita kali ni lebih diberkati dan bertambah amalan yang mampu dilakukan.

    ReplyDelete
  14. salam k.kamsiah..
    harap2 tak terlambat utk cma mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan menjalani ibadah puasa :))

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.