30 June 2014

Sabun Buah2an

Boleh bezakan yg mana buah asli yg boleh dimakan
dgn sabun buah??

bau sabun limau ni
sama seperti bau limau asli
manis dan wangi

boleh diletak dimana2 saja
dalam kereta,dalam almari pakaian

saya jadikannya pewangi di ruan tamu

berminat
sila ke blog ni
yg sedang menganjurkan GA
dan hadiahnya ialah sabun buah2an mcm ni

28 June 2014

Salam Ramadhan



Rasulullah s.a.w bersabda : 
 “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan 
 dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, 
dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
 (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

 Rasulullah s.a.w bersabda : 
 “Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,
 bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah 
daripada aroma (haruman) minyak kasturi” 

 (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894) 

 Rasulullah s.a.w bersabda :
 “Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. 
Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. 
Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .
Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? 
Lalu mereka semua berdiri. 
Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. 
Apabila mereka semua telah masuk,
 pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya

 (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896) 

 Abu Umamah r.a berkata: 
 “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah!
 Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. 
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda:
Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya” 

 (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

 Sabda Rasulullah s.a.w : 
 “(Allah s.w.t berfirman) : 
Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. 
Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. 
Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda 
sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. 
Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) 
AKU sendiri yang akan memberi balasannya

 (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603) 

 Sabda Rasulullah s.a.w :
 “ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa.
 Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya” 

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)



Selamat menjalani ibadah puasa utk semua

27 June 2014

Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi


Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi
 iaitu harus, sunat, makruh dan haram. 

 Harus 
 Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian 
ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. 
Selain daripada itu, wanita tidak di haruskan memakai wangi-wangian.

 Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud, 
 "Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..."
 (Riwayat an-Nasa'i dari Abu Hurairah)

 Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik 
dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya,
 termasuklah memakai minyak wangi untuk menyenangkan suami. 

 Sunat 

Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, 
ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya,
 dan juga ketika menyambut tetamu wanita. 

Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian
 tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang.

 Rasulullah telah bersabda yang bermaksud, 
 "Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. 
Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya"
 (Riwayat al-Tarmizi)

 Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. 
Aisyah r.a berkata, 
 "Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w.
 Ketika hendak berihram, 
kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. 
Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, 
minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka 
dan Rasulullah s..aw melihat hal itu,
 tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" 
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud) 

 Makruh 
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. 
Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
 Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam
 Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan
 "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa"


 Haram 
Haram bagi wanita memakai minyak wangi 
atau alat-alat solek yang berbau wangi di luar rumah berdasarkan hadis berikut,

 "Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum 
(orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina"
 (Abu Dawud, Tirmidzi) 

 Nabi s.a.w bersabda 
"Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid
 nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." 
(Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

26 June 2014

Resepi Gulai Udang Campur Kacang Panjang

Menjadi isteri/ ibu
kadang2 buntu nak masak apa utk suami/ anak2
kadang2 selera sendiri diketepikan

Sapa yg nak cuba resepi ringkas ni silakan

 Bahan2:
-Udang -lagi besar saiznya lagi mahal lagi sedap..:)
-Bawang putih dan bawang merah-mayang halus
-Serbuk kari ikan
-Kacang panjang atau kacang buncis
-tomato (ikut suka)
-Daun kari

1)Tumis bawang besar &bawang merah hingga garing
2)Masukkan serbuk kari ikan yg dibancuh dgn air
3)Masukkan daun kari
4)Masukkan sebiji tomato yg dibelah 4..jika suka
5)Bila tomato telah hancur,masukkan air
(agak2 2 cawan)
6)Bila kuah telah pekat,masukkan sedikit santan..lbh kurang ssenduk
atau gantikannya dgn sedikit susu cair
7)masukkan udang dan kacang
8)Rasakan garamnya dan tutup api..

25 June 2014

WW : Rabu Yang Wangi

Tarik nafas dalam2
cium keharumannya
nikmati anugerah NYA

biasanya  orkid ni 3 kuntum setangkai
kali ni 2 kuntum ja..
 kenanga yg tak jemu berbunga

24 June 2014

Gulai Daging Tanpa Santan

Dah lama jugak saya
tak mengunakan santan dalam masakan
samada mengantikannya dgn susu cair atau yogurt

Ada yg kata ianya mahal
setin susu cair bkn digunakan sekaligus
petuanya..masukkan ia di akhir sekali
(beberapa minit sebelum api ditutup)

Supaya kuah menjadi pekat
blend bawang besar/ merah
bawang putih dan halia
tumis hingga naik bau

jika ianya dihiris nipis kemudian ditumis
kuah tidak menjadi pekat

juga masukkan tomato selepas bahan yg ditumis naik bau
biarkan tomato hancur
baru dimasukkan ayam/ daging/ ikan



roti ni dicicah gulai sangatlah mebeles..
ataupun dimakan dgn pulut kuning
jgn pulak guna susu cair utk buat pulut kuning
gunakan santan dlm kotak


23 June 2014

Menu Epik Di HQ Restaurant


RESTORAN dan Kafe HQ Headquarters (HQ) yang terletak di Kulim Avenue, 
Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP)
Dengan hidangan melebihi 60 sajian, 
pengunjung mempunyai pilihan untuk menikmati masakan mengikut cita rasa mereka. 
 Malah, sebaik sahaja menjejakkan kaki di restoran itu,
 aroma masakan ayam goreng rempah dan pulut ikan masin
 pasti mengecurkan air liur mereka yang meminati hidangan tradisi. 

 Pemilik restoran, Zulkifli Yaacob, 42,, 
restoran tersebut diusahakan bersama jirannya yang
 juga merupakan antara chef selebriti tanah air iaitu Chef Hussin Khan, 39.


Beberapa kali jugak kami kesini menjamu tekak

pulut mangga
cantik,kan...cara hiasannya

aiskrim goreng
 kapucino panas yg umpphh..
(minum jam 9...pukul 2 saya masih terkebil2 tak boleh tido)
nasi goreng Thai

nasi goreng banjir a.k.a ladna


pesanan seorang pengomen
hehe jangan bimbang..

22 June 2014

Siapa Saya...??

Kata saya kpd anak2
"malu la mak nak pakai baju mcm ni
nanti org dok panggil nama kita..."

"ni trend la ni mak.."
 amboii ikut trend la sgt...

(jgn sesekali basuh / keringkan baju bercetak
mcm ni dgn mesin basuh
jgn sesekali iron atas tulisan tu..)
Athilia Natasha-Tasha
Alia Laila-Laila
Eleena Yasmin-dh jadi Namin

21 June 2014

Analisa Blog

Sesekali membelek apa yg ada
disebalik tabir blog kita

ramai penguna chrome
(saya pun guna chrome)


Windows menguasai carta


Dah pasti la org mesia yg ramai baca blog picisan ni
entri yg disukai
mengenai penyakit kulit

 turun naik graf

20 June 2014

Mee Tomyam

Utk lunch hari ni
menu yg simple dan cepat dimasak

utk tomyam lebih sedap
-gunakan pes...kalau kiub kureng sikit..
-masukkan sesenduk susu cair supaya kuah nampak lemak berkrim
-cili padi diketuk,bkn potong2..
-jus limau nipis dimasukkan diakhir sekali


19 June 2014

Ringgit Malaysia - Rupiah Indonesia

1000 Indonesian Rupiah = 0.27068 Malaysian Ringgit
1 Malaysian Ringgit = 3,695.8  Indonesian Rupiah

Sebab tu la ramai org kita
suka shopping disana..:)

18 June 2014

WW :Powerbank & Monopod

Gadget2 tanpa powerbank
umpama ada rokok tp takde lighter hehe

org pakai monopod 
kita pun nak jugakkk...
(sedangkan batang penyapu,batang mop dh ada...)

(RM25)

17 June 2014

Shaklee

Saya bukan pengedar produk Shaklee
saya bkn ahli
saya cuma sorg penguna saja

Dah berbelas tahun saya mengalami sakit pinggang yg teruk
ditambah pulak dgn proses ceaser anak bongsu dulu
(ceaser mmg ada kesan ya puan2..)

segala ubat,krim,berurut..saya buat
tp takde kesannya

seorang kawan saya yg jugak seorang doktor
mengsyorkan saya mengunakan produk shaklee
kerana beliau sendiri mengunakannya

Dan saya membelinya dari pengedar Shaklee yg comel di Kulim

saya dicadangkan 3  item utk menyembuhkan masalah saya,Insya ALLAH..

Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium: 
Otot & Saraf: 
Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, 
jari-jari tangan dan kaki.
 Kejang otot 
Wheezing(pernafasan berdehit) 
Susah menelan 
Suara berubah akibat laryngospasm 

Saraf: 
- Mudah marah,
 terjejas keupayaan intelektual, 
kemurungan,
 dan perubahan personaliti 
-Letih -Sawan
 - Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal 

Jantung
Sesak nafas 
- Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat 

 Kulit 
- Rambut kasar 
- kuku rapuh
 - Psoriasis (sakit kulit) 
- Kulit kering 


 Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

 Kekejangan atau kram otot 
sukar/susah nak tidur 
Perasaan berdebar2 
Eczema-penyakit kulit 
Rapuh kuku 
Sakit Sendi 
Tekanan darah tinggi 
Gigi reput Paras 
Kolestrol timggi 
Kebas-kebas kaki dan tangan 
Rheumatiod arthritis 
Rickets

YANG PALING SAYA SUKA TENTANG OSTEMATRIX 
ADALAH SAYA MENDAPAT TIDUR YG SEMPURNYA
SEBELUM NI  DALAM SEMINGGU 3,4 KALI PASTI TERKEBIL2
MATA TAK MAU TERLELAP



Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea Shaklee

Vitamin A 
 Kesihatan mata, 
kulit, 
anti-oksida,
 melawan kanser, 
cegah rabun malam, 
bantu tumbesaran,
 kuatkan kerangka tulang, 
gusi, 
gigi, 
system respiratori, 
sistem imun dan rambut yang sihat.  

Vitamin D 
Perkasa kepadatan tulang, 
mencegah penyakit tulang lembut, 
osteoporosis dan psoriasis.

Vitamin E
 Anti-oksida, 
kepejalan kulit,
 kulit berseri, 
melancar sirkulasi darah, 
mencegah darah beku,
 sakit jantung,
 katarak, 
atritis, 
baik untuk sistem reproduktif lelaki,
 mengurangkan kesan parut. 

Vitamin C
 Anti-oksida, 
melawan kanser,
merangsang formasi kolagen, 
meningkatkan daya tahan penyakit, 
mempercepatkan luka sembuh,
 mencegah selsema,
 gusi berdarah, 
darah beku, 
hidung berdarah.

Asid Folik 
 Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit. 

Vitamin B1 
 Menukarkan makanan kepada tenaga, 
perkasa memori,
 kecerdasan mental, 
membina dan meransang peredaran darah,
 bantu tumbesaran, 
masalah keresahan,
 mabuk laut/darat,
 mengurangkan petanda herpes zoster. 

Vitamin B2 
 Tukarkan makanan kepada tenaga,
 anemia, 
keletihan mata, 
katarak, 
jangkitan lidah dan mulut, 
kekejangan.

Vitamin B3 
 Tukar makanan kepada tenaga, 
menghasilkan hormon, 
merangsang peredaran darah, 
lower blood ripid, 
merawat kepeningan, cirit-birit,
 migraine
 ulser,
 nafas berbau,
 baik untuk perut dan usus. 

Vitamin B5 
 Meredakan tekanan,
 kesan penenang,
 melawan alahan,
 sembelit, keletihan,
 atritis, 
meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, 
mencegah jangkitan, 
percepat sembuhan luka.

Vitamin B6 
 Metabolisma protein, 
baiki otot, 
senggugut,
 penenang,
 tenaga,
 elakkan muntah-muntah, 
bibir kering,
 glossitis, 
dermatitis,
 kekejangan,
 kebas,
 anemia.

Vitamin B12 
 Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, 
bantu selera makan, 
tindak balas saraf,
 baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, 
memori,
 fokus, 
keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, 
keletihan, 
keresahan, 
diabetis, 
rabun.

Biotin
 Bantu B Complex berfungsi lebih efektif, 
cegah rabun, 
rambut beruban dan gugur, 
diabetis, 
sakit otot, 
eczema dan keradangan kulit. 

Kalsium 
 Perkasakan tulang dan gigi,
 darah beku, 
kebas,
 kejang, 
rasa sakit,
 insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, 
mencegah osteoporosis/penyakit tulang lembut. 

Fosforus 
 Meningkatkan kepadatan tulang, 
diabetis, 
batu karang, 
mencegah pereputan tulang, membantu ligamen/otot dan 
meredakan kesakitan akibat atritis, 
anoreksia. 

Iodin 
 Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, 
tingkatkan kadar IQ kanak-kanak,
membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu,
 kekuatan fizikal, 
mengawal berat badan.

Zat Besi
 Membentuk hemoglobin, 
redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), 
membantu tumbesaran,
 melawan penyakit, 
mengelakkan keletihan, 
anemia.

Magnesium
 Kesihatan tulang,
 gigi,
 merehatkan otot dan sistem saraf, 
sifat penenang semulajadi, 
mencegah tekanan,
 diabetis, 
sakit jantung, 
batu karang,
 sakit buah pinggang, 
hati dan masalah penghadalamn.

Copper 
Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin,
 kesihatan rambut, 
edema,
 penyakit berkaitan tulang, 
masalah kebengkakan. 

Zink 
 Perkasa sistem imun,
 percepat sembuhan luka,
 keupayaan seksual lelaki, 
mencegah masalah prostat, 
baik untuk deria rasa dan bau,
 ketajaman minda.



Kalau tak cukup protein apa akan berlaku? 
rasa lemah, lesu, 
tak bermaya..
akhirnya menggeletar. 
kolesterol tinggi, 
tekanan darah rendah..
jadi pening.
 punca ulser perut + ulser usus.
 luka lambat sembuh akhirnya berparut. 
ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
 antibodi tak kuat. 


16 June 2014

Belalang Kunyit

Betul ke namanya belalang kunyit??
saiznya agak besar
dan suka bertenggek pada pokok bunga
kalau kt kampung
sah belalang ni jadi mangsa mainan budak2
ditangkap / dikurung
(mcm saya pernah buat masa kanak2 dulu)

 sedap kut rasa bunga kenanga dan cempaka ni

tak apa lah..itu rezeki awak belalang
mencari rezeki dilaman saya
makanlah sebanyak mana yg awak mau..:)

14 June 2014

Pasar Kemboja,Parit Buntar,Perak

Selama ni saya hanya mendengar cerita tentangnya saja
cerita tentang betapa murahnya
kain baju dan tudung kat sana

Dan saya fikirkan walaupun ia bkn premis perniagaan yg hebat
sekurang2nya ia berbumbung kekal dan selesa

so sempena cuti YDA 7 hb lepas
kebetulan ada kenduri kawen
beberapa km dari situ
suami membawa saya kesana

Nahhh..amik...
mungkin kerana cuti sekolah dan cuti agung
beberapa km sblm sampai lagi
jalan dah sesak...mega punya jem..
adakalanya kereta langsung tak bergerak

bila dah sampai...tu diaaaa aihhh...
dgn beberapa buah bas membawa rombongan
bayi yg baru lepas pantang
dan makcik2 yg bertongkat..semua ada..


 Terletak di Permatang Tok Mahat,
Seberang Prai Selatan yang bersempadan dengan Parit Buntar,
ia hanya kira-kira enam kilometer (km) dari bandar Nibong Tebal, Pulau Pinang
dan tiga km dari pekan Bandar Baharu, Kedah.

SEMUA GAMBAR DIAMBIL DARI DALAM KERETA
(dan kami tak berenti langsung atau turun dari kereta)
rupanya hanya mcm ni
berbumbungkan kanvas
sesetengahnya tiada meja

Jualan yang dijalankan sebahagian besarnya adalah secara borong,
 namun terdapat juga jualan secara runcit.


saya tak membeli apa2
so tak tau benar2 murah atau sebaliknya

so antara keselesaan membeli belah di mall atau butik
dgn harga yg 2,3 kali ganda mahalnya

atau dgn harga murah
tp menempuh kesesakan manusia
panas dan tak selesa
mana satu plihan anda..??

12 June 2014

Di Sebalik Tanglung

Dalam masyarakat Cina, 
tanglung bukan hanya perhiasan. 
Ia digunakan dalam majlis tertentu untuk mengalu-alukan tetamu, 
untuk menghebahkan kelahiran, kematian, atau amaran bahaya.



Warna serta tempat di mana tanglung digantung membawa makna tertentu.
 Contohnya, mereka yang baru menyambut kelahiran bayi 
atau perkahwinan akan menggantung tanglung berwarna merah di pintu rumah. 
Ini sebagai tanda kemeriahan dan kegembiraan 
kerana warna merah membawa maksud tenaga dan kecergasan. 
 Tanglung merah juga digunakan semasa perayaan atau keraian, 
seperti perayaan Tahun Baru Cina.

Warna merah sendiri sebenarnya mempunyai 
makna yang tersendiri bagi masyarakat Cina. 
Warna merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria 
telah menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam kehidupan.

Bentuk asal tanglung tidak banyak berubah dari dahulu.
Kebiasaannya tanglung diperbuat daripada kertas dan rangkanya daripada buluh.
Tetapi ada juga tanglung diperbuat dari sutera dan kain.


Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa
 Cina dan bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah.



Warna merah sering dikaitkan dengan masyarakat Cina
 terutama pada setiap kali sambutan Tahun Baru Cina. 
Warna tersebut akan mendominasikan persekitaran kehidupan mereka. 
Namun, warna merah juga menguasai hampir setiap ruang di dalam dan luar rumah mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.