31 December 2012

Tahun Bertambah..Usia Bertambah...

2012...2013
tahun bertambah
usia meningkat
kematian semakin dekat...!!

Perlukah berkonsert..
ber 'countdown' dimalam tahun baru..

29 December 2012

Si Manis Mana Idaman Hati...





28 December 2012

Resepi Nasi Kerabu


Permintaan seorg kawan blog

yg mahukan saya memberi resepi nasi kerabu kelantan
ok...biasanya nasi kerabu berwarna putih
biru atau kuning
utk mendapatkan nasi kaler biru
masak nasi mcm biasa
semasa mendidih tu
masukkan beberapa kuntum bunga telang





utk membuat sambal ni pulak
blend cili padi
seeloknya yg dah masak,kaler merah
blend bersama cuka,garam dan gula
jgn masukkan air..
nanti berkulat jadinya

utk mengurangkan rasa pedas yg melampau
buat sambal ni beberapa hari sebelum dimakan

sambal ni boleh disimpan berbulan2 lamanya
tanpa dimasukkan dalam peti sejuk


ulam2an...terpulang pada selera masing
kalau yg ori..daun kesum dihiris bersama
daun serai kayu

utk sambal kelapa

-goreng sebiji kelapa yg diparut
tanpa minyak sehingga kekuningan
mcm nak buat kerisik tu
lepas tu tumbuk

-beberapa ulas bawang merah
-2,3 batang serai
-sedikit halia
-sedikit gula melaka
-sedikit gula dan garam

semua bahan2 ni ditumbuk
dan digaul bersama kelapa tadi

-sekilo ikan direbus
kemudian diasingkan isi dari tulangnya

-kemudian isi ikan tu digoreng sekejap
goreng tanpa minyak
hingga kering ikan tersebut

kemudian gaul ikan tu
bersama kelapa tadi

haha banyak kerja nak kena buat,kan

sebab tu nasi kerabu ni ramai yg suka membelinya ja
(tapi jarang2 yg sedap)

kalau ramai ahli keluarga yg makan
mmg berbaloi membuatnya

utk budu pulak

ketuk sebatang serai,halia dan bawang merah
masak bersama budu
yg dicampurkan sedikit air

sedap dimakan bersama telur masin,keropok,daging bakar
atau ayam percik,atau ikan grg bersalut tepung
nak lbh terangkat
sediakan solok lada ni...

27 December 2012

Sabun Susu Beras

hahaha..sapa suka nyanyi lagu ni dibilik mandi

sabunnnn di bilik mandi ...sabunnnnn

OK..nak kongsi dgn pelawat blog DDIDHK ni
sabun beras/air beras dari Siam nuuunnn..

bkn nak promote
just nak share ja

boleh nampak tak
mcm ada sekam padi tu


sabun ni mmg wangi baunya
ala2 bau bunga rampai gitu
texture dia lembut sangat
campuran beras dan pandan
kita tau kan beras
sgt berkesan sbg bahan penyental
daki2 yg degil kat badan
-spt bawah ketiak
-pelipat siku dan lutut
-tengkuk dan celah paha

boleh digunakan utk wajah dan tubuh
dan sangat sesuai
utk mereka yg kuat berpeluh

mereka disana (Thailand)
mmg kreatif mengunakan bahan2 semulajadi,kan
seperi sabun dari kulit manggis
yg comel dan rasa mcm nak makan tu

dan kulit mereka mulus dan gebu gebas,kan...


rasa mcm nak mandi dan cuci
muka setiap 10 minit hehe
sbb ianya tak mengeringkan kulit
kerana ada campuran susu didalamnya

saya dapat stok ni
dari anak sedara hubby yg dok nun dkt sempadan Siam hehe

26 December 2012

Dihari Lahirku...

Oleh kerana beberapa org anak menantu
cucut cicit mak mertua saya
menyambut hari lahir dalam bulan 12
maka..setiap tahun pakat2 pilih tarikh
yg sesuai utk sambut harijadi serentak

tahun ni..tarikh 25 hb dipilih
memandangkan cuti xmas



hari lahir saya pd 26 hb (hari ni)

syukur pada Yang Esa
masih diberi kesempatan bernafas di bumiNYA
selama 42 tahun

mcm biasa..majlis dibuat kt kampung
rumah kakak ipar yg sulung

konsep majlis-pot luck

nasi ayam yg superb ni
'sumbangan' kakak ipar saya
a.k.a tuan rumah





nasi kerabu ni pulak
airtangan saya
*ikan yg tak sempat dicelup tepung* 

cek mek molek sumbangan saya

kek harijadi...tadaaa...bakeri tutup sbb cuti xmas hehe

21 December 2012

Bunga Telur Durian

Bunga telur
salah satu elemen penting
dalam adat istiadat perkahwinan melayu
walau ramai skrg
yg telah menukar bunga telur
kepada sesuatu yg lbh moden
bunga telur tetap ada 'nilai' tersendiri

ni bunga telur
pada majlis kawen dirumah abg pd suami saya

saya tak nak kongsi gambar pengantin
lauk pauk,pelamin
itu perkara biasa

tp bunga telur yg lain dari yg lain

bunga telur durian
riben dianyam berbentuk buah durian
bkn telur biasa didalamnya
tp telur masin yg telah direbus

tak 'cantik' jika diiisi
dgn telur ayam
kerana bekas ni agak besar
sakit jari2 ketika mengisi telur
kedalam bekas anyaman ni
kerana duri durain tu tajam hehe



hehe...agaknya berapa lama boleh simpan
kat rumah?
jika dikeluarkan telur
dah tak cantik dah...

20 December 2012

Award Sahabat Terbaik Pesona


beliau...pengomen tertinggi di blog saya
beliau...pasti mengomen disetiap entri saya
beliau...ramah tamah walau hanya di alam maya
beliau...seorang guru,suami dan bapa penyayang

Terimakasih cikgu Etuza

atas penghargaan sebuah persahabatan
menyenaraikan saya sbg
Sahabat Terbaik






Rasa hormat tidak selalunya 
membawa kepada persahabatan...

tetapi tanpa rasa hormat
persahabatan tidak akan wujud...


19 December 2012

Udang Bersalut Tepung



-1/2 kg udang sederhana besar
-1 cawan tepung gandum
-1 camca tepung jagung
-sedikit garam
-sedikit serbuk penaik
-sedikit serbuk jintan manis & jintan putih
-sebiji telur
-2 ulas bwg putih
dan sebiji bwg besar-blend

gaulkan kesemuanya menjadi adunan 
yg tidak terlalu pekat
atau terlalu cair

-toskan udang yg telah dibersihkan
(buang kepala,tinggalkan ekornya)
tos hingga benar2 kering

-pegang bahagian ekor udang
celupkan kedalam minyak yg telah panas

nyum nyum...

17 December 2012

Kuala Kangsar - Bandar Diraja

Kuala Kangsar Bandar Diraja

Sabtu-15 dec
suami mengajak jalan2,ronda Kuala Kangsar

sebetulnya kami  tak tahu pun
pada hari tersebut
PM melancarkan 1MVRP disana

huhu...mega pun jem
walaupun ketika saya sampai disana
jam 12 lbh
PM dah berangkat pulang

dan plan nak bermalam
di bandar Kuala Kangsar tak kesampaian
dek hotel,rumah rehat full
(org2 besar berkumpul disana)

 bersolat Zohor di Masjid Ubudiah
mercu tanda Kuala Kangsar



Muzium DiRaja Kuala Kangsar
(dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan,
Istana Lembah atau Istana Tepas)
 telah didirikan pada tahun 1926,
di bandar Kuala Kangsar, Perak,
 oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian
 dan dibantu oleh dua orang anaknya,
 mereka ini berasal dari Seberang Perai.

Muzium Diraja Kuala Kangsar dibina atas
 perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah ( Marhum Kaddasallah )
sebagai tempat bersemayam sementara,
 disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan
menggantikan Istana Negara.

Baginda D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah
bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933.

 Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah,
 ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja
seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain
 Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.

Dari segi bentuk senibinanya,
 Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan.

Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras,
berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ).

Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini.
Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik
yang menggunakan tepas yang dianyam dengan
corak-corak anyaman Melayu Tradisional.

Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang,
di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter.

 Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang
yang tersimpan di dalam sarungnya.

Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana.
 Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda,
 di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.

 Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960-an
 setelah diperbaiki dengan dayausaha Almarhum Tunku Abdul Rahman,
 Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
 Istana Kenangan diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982,
 apabila Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya
di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.

Pada tahun 1986, ia dijadikan Muzium DiRaja,
di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan.
Pada 16 November 1986,
Muzium DiRaja Perak ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibbudin Shah.
(sumber google)


Tasik Raban

lebih kurang 35 km dari Kuala Kangsar
sayangnya semasa singgah disini
tiada satu pun gambar diambil
tasik yg sungguh2 cantik

Gerik,Perak

Ni idea suami utk bermalam di pekan Gerik
jika dalam perjalanan blk ke Kelantan
walaupun melalui Gerik
tidak pernah pulak
'meneroka' pekan Gerik ni


banyak hotel bajet kat sini
sekadar utk melelapkan mata semalaman
cukuplah jika bilik mempunyai katil,tv,air panas,aircond
RM100 utk 2 bilik
satu bilik mempunyai 2 katil
suasana pagi yg berkabus

Diluar bilik penginapan


Baling,Kedah
Gerik ke Baling lbh kurang 60 km
so mengisi perut di Baling ajalah


Tidak seperti di Gerik
melilau mencari tempat makan
di Baling bersepah dgn kedai2 makan





nasi ayam payung besar..

Sekian percutian insan marhaen seperti saya..:)






15 December 2012

Pulut Durian

Ni kali pertama
dalam th ni
makan pulut durian

bkn apa...tak berbaloi nak masak
jika tak ramai yg memakannya


adik ipar menghantar
durian dari kebunnya

dan bersama keluarga adik ipar
mak mertua serta biras saya

kami berkenduri pulut durian kat rumah saya

-durian
-pulut
-santan
-gula

gabungan yg sangat2 'bagus'
utk kesihatan


jgn sesekali diambil berlebihan
atau setiap hari
kalau tak mau BP anda naik mencanak...

14 December 2012

Bunga Pandan

Salam pagi jumaat yg mulia

saya ada request tutorial buat bunga pandan
kat sini

hehe org request tutorial buat blog
saya request buat bunga

setelah hampir seperdu pokok
pandan saya kerjakan
maka inilah hasilnya


takde langsung rupa bunga mawar
takpe...pokok pandan masih banyak
lagi kat belakang rumah
akan jadi 'mangsa' lagi lepas ni
~~pewangi semulajadi...anugerah alam..~~

13 December 2012

Sedikit Motivasi

Mengubah diri lebih mudah
daripada cuba mengubah keadaan...

11 December 2012

Epal Hijau Serbuk Asam

Sapa2 yg pening
tak berselera makan
mulut terasa payau

jom pekena ni
epal hijau ditabur serbuk asam
masam2 manis


10 December 2012

Bertemu Blogger

Rakan blog saya...Yana Halim
dalam entrinya disini
Yana memberitahu nak jumpa
saya apabila beliau ke Kulim

so bersms lbh kurang...bila,pukul berapa
selamatlah kami bertemu pagi tadi
Yana otw nak ke Penang utk 'melancong  & melencung'

katanya dia pemalu dan tak mau wajahnya ditunjukkan
haha mana satu tuan rumah
mana satu tetamu



hanya ini yg sempat disediakan
bihun grg dan kek coklat

terimakasih Yana
kerana sudi singgah
seronok berbual kerana Yana mmg byk mulut

Terimasih kerana VCO Catalyst tu ada diskaun
dan stevia yg free tu...

semoga ada pertemuan ke 2,3,4 dan seterusnya lagi...

Red Velvet Cake

Red velvet @ baldu merah

Saya suka tgk kek
berbagai warna,beraneka rupa dan rasa



saya juga suka buat kek
seronok bila tgk kek naik tinggi mengebu



saya suka bau harum kek
yg baru dikeluarkan dari oven




Tapi...tapi...
saya kurang gemar makan kek
setiap kali buat
sesuap dua ja dirasa

dan yg paling saya tak suka
membasuh peralatan utk
membuat kek...
melekit2,berminyak2...

dan si baldu merah ni
adalah airtangan anak dara saya hehe



09 December 2012

Char Kuey Teow

 Char kuey teow
tak boleh makan banyak2
tak boleh makan lambat
'kembang' tekak jadinya...

07 December 2012

33,333

Mungkin rezeki dipagi penghulu
segala hari
ketika membalas kunjungan Zura
ke blog saya

kebetulan entrinya mahukan pengunjung capture angka 33,333
di blognya

yeaa..saya berjaya...
 Zura mahukan saya buat entri
dan bukti hehe...

Daun Salang

Sejujurnya selama ni
saya cuma pernah mendengar daun salang
tp tak pernah lihat bagaimana rupanya

Setelah ditunjukkan inilah daun salang
terus membelinya


selain tu boleh dibuat ulam
atau digoreng spt sayur2 yg lain
rasanya lemak2 manis


goreng mi/bihun mengunakan daun salang
sbg penganti sawi
sedap...
(anak2 saya tak mkn sawi,pahit katanya)

boleh juga dimasukkan kedalam kari ayam/daging
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.