Dah lama teringin mencuba sambal hitam ni
tp tak jadi2 jugak
belimbing buluh habis dimasak lemak bersama udang ja
kali ni bila ada belimbing buluh,cili padi,ikan bilis
rajinkan diri utk mencubanya
sbb ramai yg cakap
ianya super sedap
BAHAN-BAHANNYA
10 biji belimbing buluh rebus
20 biji cili padi
segenggam ikan bilis
(rendam sekejap dan toskan)
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
kicap manis secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak utk menumis
10 biji belimbing buluh rebus
20 biji cili padi
segenggam ikan bilis
(rendam sekejap dan toskan)
6 ulas bawang merah (3 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
kicap manis secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak utk menumis
CARA MEMBUATNYA
Cuci belimbing buluh
Masukkan ke dalam periuk,
, JANGAN letak air.
Masak dengan api perlahan hingga belimbing
mengeluarkan jusnya sendiri, nak cepat, masa masak tu,
tutup periuk sekejap, nanti ia akan berwap dan cepat berair.
Kemudian kacau dan kecilkan api pada tahap minimum,
masak hingga belimbing kecut dan jusnya kering.
Pastikan anda kacau setiap 1 - 2 minit sekali
hingga ia bertukar menjadi gelap.
Matikan api dan sejukkan.
UNTUK BAHAN SAMBAL :-
Tumbuk cili padi hingga lumat,
tumbuk 3 ulas bawang merah dan ikan bilis hingga lumat,
tapi jangan halus sangat.
Tumbuk juga 1/2 cawan belimbing buluh rebus tadi,
UNTUK SAMBAL HITAM PAHANG :-
Panaskan minyak dalam kuali,
tumis bawang hiris hingga harum,
masukkan semua bahan2 tumbuk sekali gus
(cili padi, bawang merah, ikan bilis dan belimbing rebus),
kacau rata dan tumis hingga bahan2 tadi nampak garing,
masak dengan api sederhana.
Tambah kicap manis, kicap pekat, garam dan gula secukup rasa,
kacau rata dan masak dengan api kecil hingga sambal menjadi kering
secukup rasa-masam,manis,masin,pedas
boleh dimakan dgn ulam2an atau apa saja
Sedap kan kak..banggo den org pahang. Tp sy masak pun xreti. Selalu suruh kawan je masakkan. Lepas ni tmpah kat akak plak ye? Nyummy..
ReplyDeleteNampak sedap ni.... kene cari belimbing nampaknya nih
ReplyDeletemcm sedap je ni. serius tak pernah cuba buat sndiri.
ReplyDeleteooo...macam tu caranya ya...tak pernah makan pun tapi bila dah tau resepi dan cara, macam nak try juga
ReplyDeletenampak sedap
ReplyDeleteNampak menyelerakan gamba akak ni... pasti sedap rasanya.. saya pernah buat, tapi tak nampak mabeles macam ni...
ReplyDeleteAkak dah ada belimbing buluh tu, tak tahu nak buat apa... ambil dari kg masa balik tu hari... boleh cuba ni Kamsiah.. Tq share resepi :)
ReplyDeletememang sedap kalau makan ngan nasi panaspun sedap kot.. pernah rasa tapi tak pernahler buat...
ReplyDeleteSebenarnya kakak dah banyak baca resepi kat blog kawan tapi tak pernah juga mencuba utk membuatnya. Makan pun tak pernah lagi walaupun rumah bapak kakak kat kampung tu bergayutan belimbing ni... banyak.
ReplyDeleteTeringin juga nak mencuba tapi entah bila..
tak pernah cuba lg ..dengar supersedap terliur jgk nie..:)
ReplyDeletemama farah selalu buat, tapi farah tak pernah try lagi...
ReplyDeleteyummy...rietta bru pernah makan sekali dekat pahang tempoh hr...alahai pedasnya...tapi sedap..hehehe...
ReplyDeletesalam k.kamsiah...
ReplyDeletetetiba kecuq lioqqq. hihi..
tak pernah lagi merasa 'sambal hitam' ni..
kelihatannye sangatla sedap..dgn masam2 tu lg.. slrrrppppp
dana dh penah cuba kak... mmg sedap, lg pedas lagi sedap... tp mule2 dana bt tak kering sgt tp bile dh perangat2 jd kring jgk...
ReplyDeletekecur saya tengok kak..
ReplyDeleteamboi,.. menguirkan nih...
ReplyDeletenak cari belimbing buluh tu yg payah ..:)
ReplyDeletesedapnya samabal hitam..heheheh
ReplyDeleteRamai yang kata sambal hitam ni sedap sangat. Skrg ada resepinya bolehlah cuba...cuma nak kena cari belimbing buluh la pulok..
ReplyDeleteresipi pahang kan ni.
ReplyDeletems stdy dulu ada kwn pernh bg try.
sedap..tp x reti msak.
Telan air liur .. memang favourite sambal ni..
ReplyDeletesedap weyhh sambal ni
ReplyDeletememang femes kat pahang
kalau time pasar ramadhan
dia jual rm2 sebekas kecik je
tapi boleh laa buat pecah selera.. :)
1st time tgk sambal itam ni kak...teringin nak rasa yg kak kam masak ni...:)
ReplyDeleteBaru dua hari lepas saya cuci peti ais dan terjumpa belimbing buluh yg dah layu (warna dah naik kuning) kerana lama tersimpan dalam peti ais. Akhirnya saya buang begitu saja belimbing buluh itu yg dah bertukar warna dan rasa. Kalau resepi ini dikeluarkan awal mungkin boleh minta puan isteri masak sambal hitam....
ReplyDeleteurmm, dah lama bunda nak resipi ni...terima kasih kamsiah..
ReplyDeletebaru kali ni dgr . kat kg mmg ada pokok belimbing buluh . nak gak try bibalik kg nanti .
ReplyDeleteBoleh tengok kehitamannya aje la...
ReplyDeleteTak dapat nak rasai kesedapan yang di uar-uarkan!
Resepi dari Pahang yg paling popular ni sejak Siti Nurhaliza mempopularkannya masa dia mula2 terkenal dulu, hehe..
ReplyDeleteMmg sedap sambal ni. Tahan lama tapi masalahnya jadi tak tahan lama sebab cepat abes....huhu. Kalo simpan tu mmg tahan lama. Gaul ngan nasik panas aje...makan takyah lauk lain dh, pergh!!!!
Kam dah lama ummi memendam rasa nak makan sambal ni sebab selalu tengok yang share kata sambal ni sedap. Terima kasih berkongsi resepi ye, mana tau angin rajjinnya datang, bolehlah ummi cuba,hehe..
ReplyDeleteThanks for the recipe kak Kamsiah.. heee.. (:
ReplyDeleteSelalu kitorang buat lain sikit.. tapi rasa sama je kot..
Semua bahan2 dah ada ble la coba kemudian nmpak menggoda tu..
ReplyDeletex pernah cuba resipi ni.tapi nk mencari belimbing buluh tu payah sikit
ReplyDeletepelik juga,hitam,tak pernah cuba.
ReplyDeletenampak sedap sagt... KA x pernah buat, cuma pernah rasa je dari kawan !
ReplyDeleteSedapnya....
ReplyDeleteGambar pun cantik.. Memang menambat selera betulla :D
1st time suami bawa balik dari pahang, saya jatuh cinta..
ReplyDeletetapi yang dia bawa tu kering sikit..
kena cuba dulu le resepi kamsiah ni nampaknya..heee
x pernah rasa masakan ni...tapi mmg nampak menyelerakan
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi.. Susah nak cari belimbing buluh.. InshaaAllah akan cuba buat bila cukup bahan-bahannya..
ReplyDeletewak tenok pon sodapp tuu makk.,ahHHks
ReplyDeleteNak trylah satu masa nanti....
ReplyDeleteHye...Kami ada menjual sambal belimbing buluh hitam nie...Anda boleh lawat FB kami https://www.facebook.com/profile.php?id=100004567245037...atau boleh hubungi Roslina - 013 9945803...
ReplyDeletekena cuba jugak ni nampaknya.
ReplyDeleteramai yang kata sedap...saya pernah beli sekali dlu.
tapi buat sendiri lagi puas hati kan...
Ibu Muda Mencari Cara Merawat Eczema Kerana Sudah Tidak Tahan Melihat Anak Derita
nampak sedapnyeee... nanti nak try.. in shaa Allah.. datang dari blog OKje ni.. terjah resipi :))
ReplyDeletesesekali melewati bandar bentong atau raub atau k.lipis, dipasar2 siabgnya mudah didapati belimbibg rebus (bewarna hitam), beli sahaja buat persiapan kerana proses merebus belimbing agar sukar.
ReplyDeleteassalam..
ReplyDeletejika berminat dan cuba.. saya ada menjualnya
serius sedap.. sekitar putrajaya bole cod seluruh malaysia boleh pos
untuk maklumat lanjut 012-2009251
pandainyerr
ReplyDelete