Pernahkah kita mengucapkan TERIMAKASIH pada
-posmen
-pemungut sampah
-pemotong rumput
-pak guard
Terima kasih,
kalimah yang pendek dan ringkas,
tetapi kesannya cukup besar.
Ia melambangkan akhlak serta kehalusan pekerti kita.
Ia juga sebagai tanda menghargai dan kegembiraan kepada mereka yang membantu kita.
Di dalam kehidupan sehari-hari kita tidak terlepas daripada mengucapkan terima kasih.
Kita mempunyai banyak sebab untuk berterima kasih.
Kita banyak menerima bantuan dan pemberian
daripada orang lain ketika menjalani kehidupan seharian.
Jika tersesat jalan,
lalu ada yang membantu menunjukkan arah,
kita berterima kasih kepadanya.
Begitu juga kepada posmen yang menghantar surat,
pemungut sampah yang memungut sampah
atau pekerja yg memotong rumput didepan rumah kita
tanpa pemotong rumput,tukang sapu sampah laman ni pasti tak berseri.. |
Cubalah ucapkan terima kasih yang tulus daripada hati yang paling dalam.
Lihatlah kegembiraan mereka dengan penghargaan ini.
Renungkanlah pula ke dalam hati kita,
bukankah dengan kegembiraan mereka kita juga turut merasa gembira?
Mengucapkan terima kasih dengan benar-benar ikhlas,
hakikatnya kita bersyukur kepada Allah SWT.
Dalam satu hadis riwayat Imam Tirmidzi ada menyatakan:
"Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia".
Justeru ringan-ringankanlah lidah untuk mengucapkan terima kasih,
mudah-mudahan kita termasuk di kalangan orang yang bersyukur kepada-Nya.
Terimakasih kerana membaca entri ini...
Alhamdulillah.. TERIMA KASIH KAK sbb share amalan yg sepatutnya mmg sentiasa dlm ucapan harian kita.. =)
ReplyDeleteALHAMDULLILAH
ReplyDeleteklu kita tgk citer org putih , mrk tak lepas drp mengucapkan terima kasih ... mudah2n kita tdk lupa utk mengucapkan ... terima kasih .
ReplyDeleteTerima Kasih.... ayat mudah... tapi payah kita nak ucap...... dan kalo ucap pun tak semestinye ikhlas....... terima kasih AKak... sebab mengingatkan...
ReplyDeleteBetul tu...saya setuju sangat. Kita patut hargai mereka. Bila saya tengok mereka ni, saya selalu doa agar Allah permudahkan hidup mereka. Saya pernah dengar org kata buang je sampah kt tepi jalan tu, nanti ada org sapu. Terukkan mentaliti macam tu? Lepas bayar parking tiket, saya cakap terima kasih, kawan saya pelik. Dia kata, bukan ke orang tu yg patut cakap terima kasih? Aduhaii...ucapkan selalu terima kasih....tak rugi pun :)
ReplyDeleteterima kasih sudi ingatkan..
ReplyDeletemmg patut mereka terima ucapan dari kita,
apalah sgt sekadar ucapan terima kasih berbanding kerja yang mereka lakukan.
Ucapan mudah tapi sukar dilakukan. Terima kasih akak kerana mengingatkan. Terima kasih juga kerana sudi menjadi sahabat di dunia maya ini. Terima kasih kerana selalu support, bertandang dan memberi komen di Relaks Minda. Terima kasih kerana selalu berkongsi ilmu dan pengetahuan...halalkan ye. Terima kasih kerana sudi membaca komen ini. Terima kasih... :)
ReplyDeleteKalau mereka buat kerja dan ketika itu saya ada/lalu, pasti ucapan terima kasih itu tak lekang dari mulut saya..
ReplyDeleteBegitu jugak kat office, setiap kali akak cleaner ni buat kerja berhampiran tempat saya, ucapan terima kasih pasti akak tu dapat.. ;)
terima kasih kak atas peringatan nie..:)
ReplyDeletesaya kurang senang dgn org yg berat ucap terima kasih. Bagi saya ia melambangkan adab kita bagaimana.
ReplyDeletebetul.
ReplyDeletemudah je.
tak boleh berat mulut nak ucap terima kasih walau benda2 mudahkan.
terima kasih :)
Pernah... tapi tidak selalunya... mungkin kerana masa mereka bekerja tu kita tiada disitu... :)
ReplyDeletetq kak mengingatkan...
ReplyDeleteterima kasih maksudnye begitu mendalam dan beri kesan besar kepada si penerimanyakan...dan ianya cara yang paling mudah untuk hargai seseorang kan kak...
Antara perkataan yang susah orang ucapkan ialah terima kasih..Terima kasih kerana berkongsi tentang terima kasih..
ReplyDeletesalam kamsiah ..
ReplyDeleteaby amalkan, bila Hari Raya
aby bagi paket angpow kt org yg datang kutip sampah kt umah ..
siapa giliran kutip sampah hari tu kira adalah sedikit rezeki ...
apapun ..
terima kaseh atas ilmu yg dipaparkan kt blog kamsiah ..
Kebanyakan antara kita kadang-kadang berat mulut nak menuturkan ucapan tu Kamsiah. Yelah.. perkara yang elok ni patut jadi amalan kan!
ReplyDeleteKetika saya di UK kalau berjalan dan tertembung dengan wanita yang bertudung (bukan rakyat m'sia) mereka akan spontan beri salam pada kita... ini pun satu amalan yang baik juga kan.
jangan berat untuk mengucapkan terima kasih kan kak?
ReplyDeleteperkataan yang mudah disebut kak tapi jarang diamalkan..
ReplyDeleteharitu pergi kursus motivasi Datuk Lawrence.. .katanya ucapkanlah terima kasih selalu dan kita akan rasa perubahan dalam diri kita.. akak dah amalkan dan rasa seronok orang yang kita ucapkantu tersenyum tanda gembira sebab dihargai...
ReplyDeleteTerima Kasih kak berkongsi..heee..sebelum ni kt posmen n kat pak gad sll la ucap terima kasih..dekat pemungut sampah xpernah lg..hehee
ReplyDeletebetul kak kam..simple je nka sebut TAPI ramai yg berat MULUT :-)
ReplyDeleteucapan yang ringkas.. namun tak semua orang mengucapkannya.. terima kasih kerana mengingatkan aiza..
ReplyDeleteBetul Kam, orang kita kadang berat sangat mulut nak ucap terima kasih. Suka sangat apa yang Kam tulis ni,terima kasih :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi dtg ke blog dan komen... :)
ReplyDeletekiter kene didik anak dgn semua ni..
ReplyDeleteterima kasih..in shaa Allah,akan Nur amalkan :-)
ReplyDeleteBetul tu kamsiah... dua perkataan yg mudah... tak terucap ke oleh kita ..
ReplyDeleteTq sharing kamsiah..
Org yg paling mudah ucap terima kasih yg saya kenal, ialah wife saya..mula2 dulu masa baru kawin, saya sikit hairan juga, sebab dia mmg akan ucap terima kasih kat cashier, kat waiter, kat posmen, kat org TNB hantar bil...hihihih..hatta tukang kutip sampah pun, wife saya sedekah kan air/kuih/apa yg ada...mmg byk saya belajar dari wife saya
ReplyDeleteAlhamdulillah tenang je rasa bc entry ni.cantik pemandangan dlm pic tu
ReplyDeleteya walaupun pkataan terima kasih is are simple words tapi ramai yg x tahu nak menggunakan.. terima kasih..satu pkataan yg sangat power.. kita mnghargai org itu.. sllau ucap terima kasih kpada posmen :P
ReplyDeleteklik inti :P
Walaupun kita selalu kata budaya Barat tak sesuai dengan kita, tapi sesuatu yg bagus tentang mereka ialah mulut sentiasa tak lokek ucap terima kasih....
ReplyDeleteBelum pernah ucap kat pemungut sampah..sbb tak pernah terjumpa..
ReplyDeleteBudi Bahasa Amalan Kita..
ReplyDeleteTerima kasih
Alhamdulillah kamsiah..terima kasih memang sentiasa acik ucapkan.orang2 yang kamsiah tliskan diatas tu semua dah pernah acik ucapkan terima kasih jika kebetulan acik ada dirumah
ReplyDeleteSebolehnya kita ucapkanlah :-)
ReplyDeleteselalu ckp kat pak cik pos laju.. dan org yg bg laluan kat kita time bwk keta wpun diorg tak dengar.. hehe..
ReplyDeletebiasa cakap kat cleaner yg pungut sampah atau vacuum ofis. Tiap2 hari cakap mekasih.
ReplyDeletebetul tu,kdg2 payah sngat nak ucap terima kasih !
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan kak kam.... tak susah nak ucapkan terima kasih...bila kita menyebut terima kasih...hati rasa tenang jer..
ReplyDeleteKalau budaya kat sini, mmg budaya ringan mulut utk bertemu sapa... dgn posmen, dgn tukang kutip sapa, dgn siapa saje lah... kita pun jadi terbiasa menyapa satu sama lain :)
ReplyDeleteSalam K.Kamsiah..
ReplyDeleteHIHI..terima kasih juga.. :)
sentiasa berterima kasih dgn org sekeliling.. ^^