05 February 2013

Harum Cempaka

Cempaka putih ni ditanam didalam pasu
dulu2 saya agak rajin mencantasnya..
renek dan rimbun
tp dah lama saya tak 'mempedulikannya'
dibiarkan tinggi lampai..langsing..

seminggu dua ni
bila keluar rumah/masuk rumah
atau mereka yg lalu lalang depan rumah
tercium bau harum bunga ni
rajin pulak berbunga

bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan 
sebagai perubatan herba. 
 Tidak kira samaada, bunga cempaka kuning ataupun putih,

cempaka putih  ini berguna untuk merawat pitam,
bisul dan radang tengkuk.


untuk merawat pitam
ambil beberapa kuntum bunga untuk direbus. 
 Untuk merawat radang tengkuk,
 cara adalah sama dengan merawat pitam. 
Cuma ia ditambahkan dengan madu sebelum diminum.
 Untuk penyakit bisul pula, cara menggunakannya adalah mudah , 
iaitu dengan mengambil beberapa helai daunnya
yang segar dan ditumbuk hingga lumat, 
setelah itu ditempek kan ke tempat yang terkena bisul itu.


boleh jugak dimasukkan kedalam bedak sejuk
atau letak dalam sanggul


(layan lagu Cempaka)
Cempaka Di Rembulan – Spring
Doa sepiku ini
Dihiasi bunga cempaka
Mengiringi kembaramu

Cinta yang asli
Oh kekasih ku…
Kerinduan bersama masih bermain di jiwa
Engkau tetap kucintai
Namun rembulan tak mungkin berkembar siang

Di tepiku kenangan silam
Mengusik-usik naluri ini
Di depanku hidup yang tanpamu
Kau kekasihnya pencinta yang abadi…
Oh… Pencinta abadi

Hanya jemarimu telah digantikan
Dingin salju dan air mata
Yang kian lenyap dan terbenam

Kerana syurga yang kita idamkan
Kita terpisah di dalam igauan
Engkau hampiri aku yang tertinggal menantikan
Saat-saat bersamamu…




36 comments:

  1. Seronok kalau ada halaman rumah dan ada pokok2 yang subur menghijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakcik..boleh dijadikan terapi...mencium bunga2 yg harum..

      Delete
  2. Ishhh...den mmg tak kenal lah pokok cempaka...serius ke....itu pokok cempaka ke..?? ahakz

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish ish budak ni..pokok cempaka la tu..ada beberapa jenis cempaka,anatranya cempaka putih,cempaka kuning dan cempaka telur

      Delete
  3. salam kenal, singgah sini, jenguk2 dan follow balik... ^_^

    ReplyDelete
  4. best kan kalau ada kat halaman umah

    ReplyDelete
  5. salam kak...mak saya ada tanam pokok ni.. rajin sy memetiknya. apa khabar kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sihat2 ja lopah hehe...bunga ni biasanya org2 tua yg suka.

      Delete
  6. Betl tuh kak..orang dlu2 suka letak cempaka dlm sanggul spy berbau wangi kan...heee

    ReplyDelete
  7. kat umah mak sy ada pokok cempaka tapi taknak berbunga...apa silap pun tak tahu...

    ReplyDelete
  8. Hmmm..boleh consider tanam pokok ni kat rumah juga la kak...harum original perkarangan rumah nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya doc...haruman yg asli...leh petik,letak dalam rumah

      Delete
  9. suka bunga ni...wangi sgt...lama x jumpa pokok bunga ni... kat kampung2 byk la...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kat kg,ditanam atas tanah...besar pokoknya

      Delete
  10. orang kata, bunga cempaka ni harum baunya lebih2 lagi malam Jumaat, benar atau mitos tu, kak kam??

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak perasan pulak baunya lbh wangi pd mlm jumaat hehe

      Delete
  11. tetibe plak ade lagu kat hujung entry. kretip2. ^^

    ReplyDelete
  12. skrg dah jrg2 jumpa pohon2 bunga tradisional mcm ni...ramai yg tanam ros atau orkid..dulu2 emak letak bunga cempaka n melur ke dlm sejadah agar wangi bila nak solat..

    ReplyDelete
  13. Kam..dulu2 kat kampung ada pokok cempaka besar, suka sangat kutip bunganya sebab baunya yang harum tu, sekarang pokok ni sukar nak jumpa, makin pupus.

    ReplyDelete
  14. kat area tempat saya mengajar masih banyak bunga cempaka..
    kata geng bas sekolah, dulu dia pun ikut jual..

    ReplyDelete
  15. ibu_suri suka tanam bunga kerak nasi. bila malam, baunya harum semerbak...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, datang singgah dan follow, mohon di follow balik :)
    http://siikabsumedang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. malam2 kalau terbau bunga ni, seram jugak. hahaha....

    ReplyDelete
  18. Kalu kat kampung dulu, cempaka ni banyak ditanam kat kubur kubur jer. So bila berbau harum mula la bebudak merepak kata ada hantu. Haahaha!

    ReplyDelete
  19. saya suka bunga cempaka ni kak sebab dia wangi sangat..

    ReplyDelete
  20. cempaka di rembulan.. 1 of lagu faveret mak leez tuh. +, mak minat lagu2 ameng spring. he3..

    ReplyDelete
  21. amboi siap taruk lirik lagu lagi...hehe.

    Nak kena cari ler..sy ingat nk tanam kat pusara mak sy nanti. Sy suka kaler dia..kalo berbunga, biar wangi jer kat kawasan pusara mak sy tu, kan...

    ReplyDelete
  22. Salam kenal =)..follower yg ke #1429..btw lagu Spring best! Hehe

    ReplyDelete
  23. kak lama dah sy tak jumpa bunga ni kak.kalau di kampung dulu2 time kecik,ni la bunga buat sanggul mak enon sya..hahaha.

    ReplyDelete
  24. tq share petua, dan spring lagu dia memang hebat..

    ReplyDelete
  25. lame tak tengok pokok bunge cempaka ni. nenek saye suke sgt bunge ni. :)

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.