12 February 2013

Pepatung


Sewaktu zaman kanak
saya sering mendengar petua ni
jika anak2 terkencing atas tilam
waktu tido malam
gunakan pepatung sbg petua

nak tau bagaimana...??

tangkap pepatung dan letak kat pusat kanak2 tu
biarkan pepatung tu gigit pusat
haha lawak dan tak masuk akal
tp ia mmg dibuat oleh kawan2 sepermainan saya

satu lagi perangai nakal zaman kanak2

tangkap pepatung dan ikat ekornya dgn benang /tali
dek kerana berat
pepatung tu akan terbang rendah dan perlahan
dan kami bersorak gembira
melihat 'siksanya' pepatung tu nak terbang

(skrg baru tau kejamnya perbuatan tu hehe)

semua gambar pepatung ni diambil dikampung
halaman saya di kelantan

51 comments:

VenturealizeR said...

Hi,

That's bring back the memories.
By the nice blog and pictures.

Best Regards,
Itching And Burning Sensation

ummuaidan said...

Heheheh...mmg selalu orng cakap camtuh kan ubat kencing malam...
nie samakan ngan tuyup...

~Cik Viva~ said...

Petua tu mmg menjadik kot...sebab ramai org ckp camtu....tapi kami panggil ia pok tuyuk..lawak kan....btw dah lana tak tgk tuyuk ni...takde kt sini kot....

Arina Shamsul said...

hahahaha adey kak,mesti pusat juga ke?kalau ketiak? boleh? hahahaha.nyilu kot pusat dr ketiak..hahah.

kak akk tangkap gambar mmg pro la..nak tekan button like 10 kali.tapi katner? hahah.

❤Kamsiah❤ said...

yes right .. remembered childhood memories..

❤Kamsiah❤ said...

ya..pepatung a.k.a tuyup...

❤Kamsiah❤ said...

biasanya kat padang/berhampiran sawah padi...pepatung ni ada..tp skrg makin kurang..makin pupus..

❤Kamsiah❤ said...

haha mama...jgn nak memandai bg gigit tang lain pulak..

insan marhaen said...

Masa IM kecil dulu kami panggil cikcibo... Kekadang kami panggil helikopter.

Sekarang ni susah nak jumpa sebab kakt kampung dah tak ada hutan dan kurang pokok bunga...

Semua dah jadi rumah batu..

insan marhaen said...

Masa kecil dulu kat kampung, kami panggil cikcibo. Kekadang kami gelar juga helikopter.

Sekarang ini IM dah tak jumpa lagi. Agaknya sebab habitatnya dah takada. Dah naik rumah batu...

Daddy Ziyyad said...

ooohh..1st time saya dengar petua ni...hihihi..menjadi tak?

Amin A. R said...

mujur la saya dulu x diubati dengan cara begini...seriau! :)

MystoryPic said...

saya pernah dengar petua tu... dan saya pernah ikat ekor pepatung dengan benang

saya panggil pepatung tu dengan nama putingbeliung

Jay Ar said...

Bab ikat ekor pepatung dan biar ia terbang, memang JR juga pernah lakukan dgn kawan2 masa kecik. Tapi JR berhenti melakukannya bila satu hari pepatung yg diikat ekornya itu terlepas..Malangnya dia tak boleh terbang, bila cuba terbang jatuh semula, kerana tiada keseimbangan badan sebab ekornya dah putus..Kesian sungguh. Sejak itu JR tak mau lagi main permainan kejam itu....

nea lopah said...

Kelakar lah kak petua tu..heheeh

Hanif Idrus said...

Sekarang ni nak jumpa pepatung pun susah...kikiki

nik ros said...

tetiba teringat zaman kanak2 dulu. byk binatang yg terseksa..huhuhu

BUNDA a.k.a KN said...

kesian pepatung tu...

suka suka said...

Cantik2 pepatung ni...

atuk said...

Assalamualaikum Kamsiah

dengan yakin mukin petua tu menjadi....he he

Etuza Ezawarna said...

pernah main tarik tali pepatung ni, lagi menyeksa dia...nampak pelbagai spesis..tq doa di komen Pesona

❤Kamsiah❤ said...

tak tau la atuk..dulu2 mungkin takde perubatan moden...guna apa yg ada disekeliling ja hehe

❤Kamsiah❤ said...

cantik,jinak tp sukar ditangkap..

❤Kamsiah❤ said...

zaman kanak2..4,5 th..tak tau apa dosa menganiaya binatang hehe..yg tau seronok ja

❤Kamsiah❤ said...

dah pupus dek pembangunan..

❤Kamsiah❤ said...

dulu2 takde permainan gadget2 canggih mcm skrg,..main apa ja yg ada sekeliling rumah

❤Kamsiah❤ said...

kenangan zaman kanak2..yg membuatkan kita tersenyum sendiri..adakalanya menginsafkan..

❤Kamsiah❤ said...

dikelantan,pepatung dipanggil puting beliung atau tuyup..

❤Kamsiah❤ said...

tak pasti la berkesan atau tak hehe

❤Kamsiah❤ said...

ha ha ha...:)

❤Kamsiah❤ said...

tak tau la doc...sekadar petua org tua2..:)

❤Kamsiah❤ said...

anak2 skrg kalau nak tgk semua tu..kena pergi zoo atau taman2 haiwan..

sura said...

bila baca entry akak tringat pulak dulu2 masa zaman kanak2 di Kelantan saya pun slalu tangkap 'puting beliung'..meme sronok masa tu..anak2 skarang x merasa semua ni..

khairul onggon said...

Petua yg pertama tu sy x pernah dgr tapi yg kedua tu saya punpernah buat hehe... :)

[PCL] said...

sy tangkap pepatung guna getah pisang....akak penah buat ke mcm tu?..haaa , kalau nakal kita berjeneh lg..tak kacau orang !

ummiross said...

pepatung, puting beliung, sibor dan macam2 nama ikut negeri dan daerah kan..
Selalu kalau pepatung ni banyak daripada biasa, orang tua-tua kata petanda nak banjir besar.

❤Kamsiah❤ said...

dok kat bandar...umah taman..susah nak nampak pepatung dalam kuantiti yg byk..mcm kat kg2..

❤Kamsiah❤ said...

hehe...kanak2 yg nakal jugak rupanya..

❤Kamsiah❤ said...

anak2 skrg kalau nak kenal sesuatu..dia org search ja kat internet...tak mcm zaman kita dulu2..

❤Kamsiah❤ said...

tu zaman kecik2 kita,kan cikgu..zaman nakal2...tau nak seronok ja

HeNRieTTa JoSe said...

ada juga dgr petua tu....cuma yang ikat benang tu xde la plak kitorg buat...nak tangkap dia...kitorg letak getah ciku kat lidi penyapu..tpi biasa yang kecil sj yang senang dapat...haah....helikoptar askar....dah lamer xtgk pepatung jenis tu....ridunya zaman dulu....

❤Kamsiah❤ said...

haha..getah ciku...kesiannya..pastu sure takleh terbang terus epatung tu

❤Kamsiah❤ said...

tak pernah buat hehe..mcm2 cara yga nak pekenakan pepatung tu

Kesuma Angsana said...

dulu2 KA cukup takut dgn pepatung ni hehehe

izzah said...

1st time dgr petua tu...xpernah plk dgr sblm ni...mcm lawak je nk suruh pepatung tu gigit..hehehe...by da way,sakit tak klau pepatung tu btl2 gigit yek...tiba2 leh terpikir gitu...:-P

❤Kamsiah❤ said...

takut kena gigit ke hehe

❤Kamsiah❤ said...

mcm kena gigit semut ja hehe

Amanda Suria said...

Rindu zaman kanak2 dulu..sebab SA mmg selalu tangkap pepatung ni buat main...

Cho Zila said...

kat kampung akak panggil cakcibur... kecik2 dulu inilah benda yang dikejar... seronok...

thomas said...

Wah!tak tahu pula yg dragon fly ini boleh berubat!

ALoNa CintamaniszLite said...

sy penah tgk anak pepatung.....tp takde kaler lagi, transperen, hehe..