28 February 2013

Labu Masak Lemak

Bahan:


-1/2 biji labu
-sebiji bawang besar
-200g udang kering
-2 btg serai
-2 helai daun kunyit
-secawan santan pekat
dan secawan santan cair




Cara:
-labu dibuang kulit dan dipotong 4 segi
(jgn terlalu kecil,nnt hancur bila dh empuk)

-masak santan cair bersama bawang besar
yg dipotong,udang kering yg ditumbuk kasar
dan serai yg dititik

-bila mendidih,masukkan santan pekat,labu dan daun kunyit
jika ingin kuah berwarna kuning

masukkan sedikit serbuk kunyit

-bila dah empuk masukkan garam dan padamkan api


saya suka memakannya begitu saja..

27 February 2013

Buku Resepi

Masih adakah org yg suka
membeli serta mengumpul buku resepi
seperti saya?
dikala semuanya dihujung jari
nak resepi apa...cari kat Google ja
mungkin buku resepi
dianggap dah tak relevan lagi...
1 rak dipenuhi buku resepi






ada yg menjadi ketika dicuba
kerap jugak yg tak menjadi

namun memasak bkn pandai 
hanya dgn sekali cuba

cuba..cuba..cuba..

buku resepi Chef Wan
dari zaman beliau berambut hitam lagi

yg ni masih belum dibuka plastik pembalutnya haha



Add caption
nak makan resepi negara mana?
Siam?Jepun? Indonesia..?

Ada 7,8 biji clear folder yg mengandungi
resepi yg dipotong dari
akhbar dan majalah..

26 February 2013

Kek..Roti...Donut..

Minggu ni..minggu buat kek,pastri ,roti,donut 

Ni roti kismis 
abaikan rupanya yg tak secantik airtangan masterchef 
yg ni dibuat petang Ahad



ni pulak beger bakar donat bakar
donut pun boleh dibakar
pastinya tak berminyak
dibuat ptg semalam

jangan pandang pada rupanya
kerana saya tak mempunyai acuan donut
jadi yg digunakan
adalah acuan telur mata kerbau ni
dan utk membuat lubang kat tgh tu
dgunakan benda utk menebuk epal ni hehe





mcm2 bentuk dan rupa
hasil kerja anak2 saya













25 February 2013

Ikan Pindang

Menu org malas
masak yg simple je


Iakn Pindang

bahan2:
600ml air
2 ketul isi ikan merah
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih*
kunyit hidup*
sedikit hali*

bahan bertanda bintang-ditumbuk

beberapa biji cili padi
2 btg serai
(cili padi dan serai dititik)

2 biji tomato
2 helai daun kunyit (terpulang)
jus limau nipis



Cara:
1-tumis bahan tumbuk hingga naik bau
2-masukkan cili padi dan serai
3-masukkan air,jus limau nipis,kunyit hidup yg ditumbuk dan ikan
biarkan mendidih
4-masukkan tomato dan daun kunyit
-jgn lupa letak garam

24 February 2013

I Love....

Suka kumpul t shirt bertulis I LOVE...ni
lagi suka kalau ianya diberi
oleh rakan2 yg berkunjung ke oversea
6 helai t shirt from Korea
ni pemberian kawan anak yg bercuti kesana
thanks a lots...

dibeli di Teluk Batik

from Penang with love...





22 February 2013

Koleksi FM

Banyak yg diberi org
dari dibeli sendiri


antara yg pernah memberi
pemberian anak buah yg kerja kat Sarawak
pemberian kawan2 anak2 saya pun ada
from Korea
bila malam,off lampu dan guna tourch light
suluh fm ni
hasilnya perkataan Korea tu bergerak2




yg jenis plastik ni
takkan pecah/sumbing jika terjatuh
cantik ja melekat
dan tak mencalarkan petiais jika ditarik2 oleh kanak2..

21 February 2013

Legacy-Penuh Dgn Awek2 Seksi


Saya jarang melekat depan TV
kalau tgk berita pun
tgk berita kat TV9
sbb takde berita politik,ampu mengampu
yg membosankan...

dah dekat PRU13 ni
pengisian berita tv/akhbar amat membosankan

maka lps solat isyak
saya sudah masuk beradu

Tapi...
telenovela (FILIPINA) di TV3 NI
membuat saya terpaku dan tak berganjak dari depan tv
kali terakhir layan telenovela adalah
Winter Sonata dulu
haha dah lama ,kan..

Legacy mula bersiaran 5 dec 2012 lalu
dan saya tak miss walau satu episod pun


Dibarisi pelakon cantik,top dan seksi
Heart Evangelista, Lovi Poe dan Alessandra De Rosi

dek cinta,manusia sanggup buat apa saja
dek kuasa,pangkat dan harta
manusia hilang kemanusiaannya..

saya tak mahu diganggu
jam 3-4 ptg
isnin-khamis..:)

20 February 2013

Pening lagi memeningkan..

2 minggu lepas
baru perasan dah tak boleh upload pic
guna cara lama
saya suka cara tu sbb boleh check
berapa storage lagi yg kita ada


Memeningkan kepala saya

lepas tukar hard disc kat pc ni

anak2 dok merungut
dia org follow blog kawan2nya
dah tukar link..dah tukar profile pic
last2 yg keluar kat blog kawan2nya
adalah pic dan url saya

ada jugak yg saya tgk
kat blog kawan2nya
profile pic adalah anak saya
tp namanya adalah saya

pening jugak kerana saya
boleh 'follow' blog yg dah saya 'follow' sblm ni
tlg jangan anggap saya 'unfollow' pulak...

Senyum

Senyumlah jika ingin
org lain senyum padamu..
"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, 
beramal makruf dan nahi mungkar yang kalian
 lakukan untuk saudaranya juga sedekah, 
dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."

19 February 2013

Hadiah

Pertama2nya nak ucapkan beribu2 lemon
pada pemilik blog bernama Yana Halim

saya mencuba nasib kat contest Yana
kat SINI

hari ni hadiahnya dah sampai


banyaknya brg yg dikirimkan Yana
cekak rambut,sepit rambut,ikat rambut
brooch, FM  cincin (boleh jugak pakai kat tudung)
Tasha yg bkn main seronok
byk barang yg dia boleh pakai
cincin yg cute...



Thanks Yana

semoga terus murah rezeki,dipanjangkan usia
dan tercapai apa yg dihajati
sempena besdaynya hari ni..

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Sesi bermasker anak beranak..:)

18 February 2013

Lumut

Lumut yg terkenal dgn hasil laut


sapa yg berani melalui titi begini..?

mmg nyaman berada disini
kerana angin laut bertiup kencang

sesi possing bermula








ikan apa ni ya







ikan bilis bermata biru
samada ikan tu pakai kanta lekap kaler biru
atau ikan tu keturunan mat saleh hehe

nampak tak mata ikan tu..biru ..kan..

300g utk rm10
kata penjualnya..ranggup dan tak masin


berbagai gred ikan bilis
haha yg ni pulak ikan pari
rupanya mcm kipas,kan...

sotong..udang..pendek kata mcm2 la
keropok obor2 pun ada..

ambil gambar ja..
tak beli pun...tgk rupa mcm tak lalu nak makan..





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.