Puji-pujian semuanya kembali kepada ALLAH yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya.
Ya ALLAH ! Berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkanlah daripadaku keburukan hari ini.
Ya ALLAH ! Terangilah hatiku dengan cahaya hidayat-MU sebagaimana telah Engkau terangi bumi ini dengan matahari-MU terus menerus dengan rahmatMU wahai Tuhan Yang Maha Pengasih..

1 Januari 2013

Perubahan (Mengubah dan Diubah)


Seiring dgn bertambahnya usia
makan tak boleh lagi ikut rasa
seperti muda-muda

Banyak perubahan yg telah saya buat

-utk diri sendiri
dah lama saya tinggalkan minuman manis
(sekali sekala minum
jika bertandang kerumah org)
begitu juga minuman berais
nasi jarang2 diambil
kuih muih manis cuma dimakan sesuap dua
(cuma akan buat dlm kuantiti yg banyak
jika blk kg / jenguk mak mertua,sbg buah tangan)



minyak zaitun mengantikan minyak sawit
walaupun mahal tp hanya satu atau dua camca ja sekali guna
sesuai masak tomato grilled
mengunakan minyak ni

sup sayur ni sgt sedap
jika dibuat ala2 Thai
lunch saya hari ni


En suami juga jarang2 makan nasi
dah nampak 'penyusutan' inci pada perutnya hehe

18 ulasan:

  1. bagus akak amalkan gaya hidup sihat mcm ni.... sy pun minum yg berais boleh kira... lg 1 benda yg berkafein pun dah tak ambil... tp nasi, mmg xboleh, kena juga setiap hari...

    BalasPadam
  2. Selamat tahun baru Kam dan family..Moga tahun baru penuh dengan rahmat Allah.
    Pemakanan sihat tu Kam, Alhamdulillah kalau dapat amalkan.

    BalasPadam
  3. Saya tak minum jugak ais...tapi nasi tak boleh tinggal skarang ni...tu laa pasal badan makin kembang...hihihi
    Berhajat jugak untuk kurangkan berat badan....

    BalasPadam
  4. Salam Kamsiah,

    Akak pun insya-Allah pd tahun ini nak buat perubahan juga, cuma setakat ni nasi belum boleh tinggal, boleh kurangkan aja. Perlu dikentalkan lagi semangat!

    BalasPadam
  5. JR dah lama berpantang bukan 44 hari tapi dah bertahun2 pantang minuman manis dan makanan berlemak/berkalori tinggi. Tapi istri selalu buat muka merajuk krn JR spt tak begitu sudi menjamah resepi enak2 yg dibuatnya, sedangkan katanya bila pergi rumah org JR balun betul2 (di rumah org balun betul2 sbb nak ambik hati tuan rumah..)...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kamsiah

    moga 2013 lebih menceriakan lagi dalam keberkatan

    BalasPadam
  7. Yg penting sihat. Selamat tahun baru :)

    BalasPadam
  8. selamat thn baru kak....sme2 jage kesihatan

    BalasPadam
  9. betul kak, kalo kurang makan nasi, boleh turun berat badan. aritu saya kurangkan nasi, turun 3kg, tapi sekrg makin laju aje mkn nasi..hehehehe

    BalasPadam
  10. Assalam

    Dulu beli nasi bungkus mintak separuh.. now mkn nasi suku ajer.. banyakkan sayur. and no minuman manis sebab dah cukup manis ekekekek

    BalasPadam
  11. Selamat Tahun Baru,
    Ini baru dipanggil healthy diet.

    BalasPadam
  12. 4 tahun duduk kedah, dah terikut2 gaya depa breakfast dengan nasi..bagus kamsiah dapat elak ambil nasi. Saya tak jumpa nasi, mau menggigil badan.

    BalasPadam
  13. selamat tahun baru kak kamsiah:)
    saya pun ada beli minyak zaitun..
    harga dia mmg la mahai 28 tapi still affordable
    untuk mak yg tak berapa sihat lepas operate..
    kitorang pun tumpang sekaki..
    saya pun kena jaga makan la pasni..thanks kak entry ni :)

    BalasPadam
  14. Memang bagus olive oil tu...M ni kalau kurang nasi pun susah gak nk turun..hu hu

    BalasPadam
  15. Selamat tahun baru...
    Menu sihat...suka

    BalasPadam
  16. Selamat tahun baru
    Menu sihat....minyak zaitun Mahal Tapi sihat

    BalasPadam

Terimakasih...komen anda amat dihargai..komen oleh Anonymous tidak dilayan..

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengomen Tegar