27 March 2013

Homemade Pizza


BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :
 300 g tepung gandum (tpng roti pun boleh) 
6 g instat yeast 
20 g mentega
 10 g gula halus 
1 camca teh bread improver (optional)
 1/4 camca teh garam
 1 1/2 camca besar madu
 170 ml air 
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :
1 cwn daging cincang - boleh  gantikan dgn tuna
5 btng crab stick (ptng serong)
 capsicum merah-dihiris
  capsicum kuning- dihiris
 capsicum hijau-dihiris
1/2 biji bawang besar, hiris bulat
 3 keping nenas dalam tin dipotong kiub
5 biji cendawan butang - dihiris
 1 cawan sos pizza/ sos prego/ sos spaghetti
175 g keju mozzarella
 dried oregano and dried pasley-optional
UNTUK DOH PIZZA :

Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas,
kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
 Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal,
jika melekit, tambah sedikit tepung.
Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.


 UNTUK PIZZA GEBU :-

 Panaskan oven pada suhu 190C,
 sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega.
 Ketepikan.

 Keluarkan doh,
bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar.
 Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat.
 Alihkan ke dalam dulang pizza,
tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang
tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.

 Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun
 bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian)
dan diakhiri dengan keju mozzarella. .

 Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan.
 Keluarkan dari oven



32 comments:

  1. Assalamualaikum Kamsiah...

    mewah 'intisari' pizza tu. Mesti sedap. :)

    ReplyDelete
  2. salam,
    wahhh heaven nya homemade pizza :)

    ReplyDelete
  3. ada nanas tu...tak tahan...cam pizza hut plak dah ^_^

    ReplyDelete
  4. Salam.. sedapnye ..nak sikit..(sambil hulur tangan dengan mata bersinar2..)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Bestnye buat projek homemade pizza. :)

    Boleh letak topping banyak2.

    ReplyDelete
  6. waduuuhhhhhh pepagi lg da tayang pizza ;-)

    ReplyDelete
  7. yummy.... x penah rtry lagi buat sndiri

    ReplyDelete
  8. sedap nye kak...best buat sendiri :)

    ReplyDelete
  9. buat sndiri mesti best sebab buleh letak topping banyak2..hehe

    ReplyDelete
  10. Pizza buat sendiri memang best! Sungguh menyelerakan...Isinya padat!
    Membuatkan perut ku terasa lapar....

    ReplyDelete
  11. lama betul x buat pizza homemade.. M besar sgt.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Sedap nya Kak..
    macam yang terjual di kedai...:)

    ReplyDelete
  13. tetiba saya dok cari mana pizza hut terdekat..hihihi

    ReplyDelete
  14. Salam Kam..

    kalah pizza hut ni. Nampak best sangat, mewah dengan topping.

    ReplyDelete
  15. sedap nyer..bak lah sini sepotong...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum kamsiah...nampak sedap jer tu...:)

    ReplyDelete
  17. wah mmg nampak menyelerakan tu....terliur jugak menengoknya ni...

    ReplyDelete
  18. sangat menarik...nampak sangat sedap..tahniah teruskan resipi warisan kita..

    ReplyDelete
  19. Bila wat sendiri....suka hati kita lah nk letak topping apa kan..hehe.

    ReplyDelete
  20. Amboi,kalau macam ni punya banyak topping,mesti sedap,
    silap hari bulan kedai pizza pun boleh tutup.

    ReplyDelete
  21. ala akak...sharelah resipi skit...baru teruja PC nak salin resipi tadi...dah lame plan nak buat pizza ni. Nampak best je piza akak tu:)

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.