05 October 2010

Balik Kelantan (Part 2)

Pagi pertama di kampung
pagi yg dingin,berkabus,sunyi..
semuanya tak sanggup mandi pagi
walaupun mandi air paip
tp air tu daripada perigi
sejuknya,apatah lagi kalau hujan disebelah malamnya





6.50 pagi..kalau kat tempat saya dah bising
dgn segala bunyi kenderaan
disini saya menghirup udara segar sepuasnya..


matahari mula memancar..
a





kampungku yg masih belum tercemar oleh pembangunan..


emm...selain bertujuan menjenguk ayah
memetik buah dokong jugak menjadi agenda utama hehe
banyak jugak pokok dokong
mmg tak habis dimakan..
lbh dari 10 pokok

buah yg gugur mmg tak diambil
berjalan diatas buah

kalau ambil /panjat sendiri
ayah saya menjualnya dgn harga 30 sen sekilo
kalau tuan rumah yg ambil
50 sen sekilo
haha kat tempat saya sekilo rm 5/6..


anak2 saya mmg tak lekat kat atas rumah
halaman yg luas
ayam,itik,ayam belanda
menjadi 'mangsa' usikan anak2 saya yg 'jakun' hehe
dikejarnya anak2 ayam yg baru menetas
akhirnya dia yg dikejar ibu ayam

kelapa muda yg akhirnya menjadi mangsa..


suami memetik pucuk ubi kayu..



sebelah petangnya suami membawa anak2 ke pantai irama
saya..?
tinggal di rumah
mengambil kesempatan berbual sepuasnya dgn ayah
dan mengunjungi jiran/kawan arwah mak..

post signature

02 October 2010

Balik Kelantan (Part 1)

Khamis...30/9
saya,suami dan 3 anak bertolak ke Kelantan jam 2.30 ptg
(lepas anak balik dari sekolah)]
yg lelaki tak ikut sama sbb tak cuti

kami meninggalkan rumah dalam hujan renyai2
dan cuaca redup sepanjang perjalanan...
sejuk dan nyaman..
gambar ni dirakam semasa perjalanan
Baling-Grik

ni pulak jambatan menghubungkan pulau Banding
berhenti rehat sekejap..
dulu tempat penginapan/rehat disini
dikenali sbg Banding Island Resort
tp setelah diambil alih oleh Emkay
dan berubah wajah pulak


ni laluan ke toilet-kiri dan restoren-kanan
dibina dari bahan2 terbuang
nampak tak botol2 yg bergayutan kat atas tu
bila dipanah matahari
ia membiaskan cahaya yg cukup cantik
ni keadaan dlm bilik air
begitu sejuk dan bersih
dinding diperbuat drpd buluh
ni bilik air,cantik dan unik kan..





ok...Tasik Banding ditinggalkan..


ni pulak di Hentian Titiwangsa
dikatakan puncak tertinggi di lebuhraya Timur-Barat ni
suhu disini sentiasa dingin
(saya mengigil kesejukan kerana
hujan renyai2 dan angin bertiup kencang)


cantiknya alam ciptaan ALLAH
disini kita boleh tgk awan berada dibawah
dari tempat kita berdiri

jam 6 lbh...
memasuki Kelantan
disambut dgn hujan yg kadang kala lebat
kadang kala renyai
dan kabus tebal
selamat sampai kerumah saya(ayah saya)
jam 8 malam...

post signature

29 September 2010

Telah 19 tahun kita berkongsi hidup...

(Semua gambar2 di snap dari album sbb scanner rosak)

Ketika saya berada di ting 3
Abg saya telah memohon menjadi angota polis
kebetulan ayah saya mempunyai sorg kenalan
yg bertugas sbg polis
so ayah minta jasa baik kawannya
minta borang dsb nya
dan dicelah2 borang tersebut
terselit sepucuk surat suami utk abgnya(kwn ayah saya)
yg ketika itu baru memasuki IKM JB
surat yg mempunyai alamat penuh tu
menarik perhatian saya

Dari surat pertama,berbalas2 surat selama 7 tahun
dulu2 mana ada sms,atau emel,fb dll
begitulah..
pertama kali berjumpa
dia datang kerumah saya bersama ibunya,adik2nya..

Dan telah tertulis di Arasy
dialah jodoh saya..

Hari ni...19 Sept 2010
genap 19 tahun usia perkahwinan saya
ketika tu,saya berusia 20 th dan dia 25 tahun

Kali pertama keluar...
not curi2 tp dgn izin mak ayah tau
dia begitu gentlemen..
sanggup datang dari kedah ke kelantan
utk jumpa saya

gambar kawen....
malu pulak nak letak
sbb very simple...
tiada sanding menyanding
just amik gambar utk tatapan sendiri ja


dan kenangan manis berbulan madu
oppss...not oversea,not Bali
just Langkawi je hihihi..



setiap detik begitu indah...



Semasa berbulan madu ni
saya telah hamil beberapa minggu
org tua kata 'bunting pelamin'..

Tasik Dayang Bunting


seraut wajah yg mengamit rasa rindu bila berjauhan..:)




Anak sulung-Badri lahir pada 18/6/92
Anak kedua menyusul ,Alia,menyusul pada 24/8/93
Ketiga,Eleena pula pada 5/8/99
dan si bongsu ,Tasha pulak pada 24/11/06
4 org,...cukuplah..rasanya 'no coming soon' dah...


doakan jodoh kami hingga ke hujung usia..

post signature

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.