03 November 2013

Perak Bike Week 2013

Perak Bike Week
dari 1-3 Nov
Taman Tasik Taiping

Meriahnyaaa....bandar Taiping bergema dgn ngauman
pelbagai jenis dan saiz motor2 besar

Tapi...dek kerana saya tak minat motor2 ni
jahil teramat pasal motor
dan boleh dibilang dgn jari
berapa kali saya naik motor dalam hidup saya ni

saya dan anak2 perempuan cuma lepak kat tepi tasik ja
hanya suami dan anak lelaki yg masuk kedalam tapak pameran
dan segala bagai  kat situ...


 keadaan yg biasanya aman,sunyi...bertukar rupa dahhh...





Saya lepak ditepi tasik
dan sepanjang masa...
berbagai group motor akan tiba..menderum2...

ni suasana kat dalam tu..semua gambar2 ni dari hp en suami
(saya tak selesa dan tak minat 
tempat2 yg dipenuhi kaum lelaki mcm ni)


suami bertemu dgn idolanya-Puan Anita Yusoff (FB)
Anita Yusoff (blog)
ada yg tak kenal ke??
ala yg ride solo pusing dunia tu


ni Puan Anita punya motor..

02 November 2013

Mee Udang Mak Jah,Kuala Sepetang

OTW tgk Perak Bike Week kat Taiping
singgah Kuala Sepetang dulu
pekena mee banjir udang yg tersohor tu

oleh kerana jam baru 11 lbh
tak ramai pengunjung  lagi
malah menu yg ada cuma mee kuah
,kue teow kuah,bihun kuah
yg goreng2 belum ada lagi

 
 ni bihun kuah udang special-RM12

saya punya order
kue teow kuah udang special-rm12
udangnya besar2-6 ekor

ni dia udang punya kulit



31 October 2013

Cicit Ke 8 Ibu Mertuaku

Ibu mertua saya mempunyai 9 anak
(semuanya telah berkawen)
setiap anak 'menyumbangkan' antara 4,5 atau 6 org cucu kepadanya
setakat ni dah ada 41 cucu
Inshaa ALLAH bulan 12 ni akan lahir yg ke 42
ada yg masih dalam pantang
bayangkan betapa meriah dan gamatnya keadaan
bila semua berkumpul
ketika hariraya atau majlis kenduri kendara

ini cicit yg ke 8
baru 2 hari menjenguk dunia
belum ada nama lagi

beberapa jam lepas dilahirkan



Kenapa bayi menangis ketika dilahirkan..???

Sememangnya menjadi kepastian setiap bayi yang lahir menangis,
 melainkan bayi itu lahir tanpa roh,
 tiada nyawa atau telah meninggal dari dalam kandungan lagi.

 Namun tahukah anda Kenapa Bayi Menangis Ketika Lahir 
dan Mengapa Bayi Muslim diazankan di telinga kanannya
 dan iqamah di telinga kirinya sejurus kelahiran. 

Setiap perintah dan kejadian itu ada sebabnya dan terjadinya 
begitu adalah ihsan dari Allah untuk makhluk ciptaannya. 

 Berdasarkan hadis Rasulullah saw yang disampaikan oleh Ibnu Abbas, beliau berkata;
 "Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis..”
 HR. Ad-Darami

 Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, 
beliau berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda;

 "Tidak ada seorang anak Adam yang lahir kecuali 
dipegang oleh syaitan ketika ia dilahirkan,
 sehingga ia berteriak menangis karana pegangan syaitan,
 kecuali Maryam dan anaknya."

 Hal ini juga disampaikan oleh Ibnu Abbas 
yang diriwayatkan oleh Ad Darami,
 beliau berkata; 

"Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis, 
syaitan memegang perutnya hingga ia menangis kecuali Isa putra Maryam" 

 Menurut Jamal Abdurrahman dalam bukunya 
"Cara Nabi Menyiapkan Generasi" mengatakan bahawa;

 "Azan berfungsi sebagai tikaman balik 
kepada syaitan yang selalu berusaha menyesatkan manusia" 

 Jelaslah syaitan itu telah mengikut setiap ibu yang hampir melahirkan 
dan menunggu saat kelahiran itu untuk mula menghasut anak adam 
itu disaat pertama kali mereka melihat cahaya dunia. 

 Maka saat diazankan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya,
 selain manfaat azan agar bunyian pertama yang didengar bayi adalah 
lafaz-lafaz Ilahi nanti, 
syaitan juga pasti menjauhi bayi tersebut. 
 Semoga mereka menjadi manusia yang soleh dan selalu ingat akan Allah. 
Insyaallah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.