Petikan dari Berita Harian hari ni
Orang ramai dinasihat menghentikan segera pengambilan
produk pelangsing badan ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dan ‘Figure Up’
kerana didapati mengandungi bahan racun berjadual sibutramine.
Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti
tetapi pendaftaran ubat mengandungi bahan terbabit
ditarik balik di Malaysia pada 23 Disember 2012
kerana peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular.
‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dipromosi dan
dipasarkan melalui internet untuk kecantikan serta penurunan berat badan.
Saya masih teringat kawan/jiran
yg meninggal beberapa tahun lepas
dek mengambil ubat pelangsing selama bertahun2 lamanya..









Pintu Kayu Durian