29 November 2020

Ayam Kicap Bermadu



Hari ni takde selera nak makan nasi
Atau apa2 makanan
Tp kena juga bersilat didapur sbb ada 2 org budak tu
Yg asyik mengeledah peti ais ja

So masaklah jugak utk dia orang
Ayam masak kicap bermadu

Sebelah ekor ayam
Dipotong,bersihkan dan dilumur kunyit dan garam
Kemudian goreng sekejap
Goreng jgn smp masak ya

Blend bawang putih, bawang besar,halia
Tumiskan kemudian dah naik bau masukkan rempah 4 sekawan
Kemudian masukkan kicap masin dan sedikit kicap manis
Masukkan ayam dan tambah air
Dah empuk masukkan  madu
Tak perlu masukkan garam ya sbb kicap dh masin
kalau nak pedas letak ja cili padi

cukup hanya 2 jenis lauk utk anak2




27 November 2020

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anakku

Hari ni,tanggal 27/11
14 tahun yg lepas
lahirlah seorang puteri yg comel
kelahirannya melalui 'tingkap'

Dalam keadaan mamai
saya terdengar azan dilaungkan oleh 2 orang doktor
doktor bedah dan pakar bius
sebaik baby dikeluarkan dari perut
azan adalah kalimah pertama yg didengarinya

selepas itu baru baby dibersihkan
dan baru terdengar tangisan baby

hari ni genap usiamu 14 tahun anakku, si puteri bongsu
dihari ni mak ayah ,kakak2 dan abang titipkan doa agar dirimu
sentiasa dalam rahmat ALLAH


Bunga dan coklat ni suprise dari si suami

kek tema Among US suprise dari kakak Alia


saya cuma menyediakan pulut kuning

 
dan rendang ayam





26 November 2020

Hadiah Mushroom Seasoning


Alhamdulillah...
rezeki dari cik puan Linda
empunya blog Semuanyaaaa Manisss
(linda bila nak update blog)

Beliau memberikan saya sebotol mushroom seasoning
sebagai hadiah kerana mengomen di fb nya

saya kenal Linda ni dah lama dah
sejak beliau menetap di Terenganu sblm berpindah ke KL
dari anak2nya kecik2 sehingga dah besar panjang sekarang

















terimakasih Linda
semoga ukhuwah yg kita jalinkan berpanjangan
 


 


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.