01 July 2010

Sup Ekor Chef Wan



Sup ekor ni saya dapat dari buku resepi
masakan Chef Wan (Sedapnyaaa)
hidangan ni 'wajib' dibuat pada hari raya

dan ni 'diulang tayang' atas permintaan
sorg anak sedara yg sedang mengidam
maklum la,suaminya tokey lembu
haha ekor lembu tentu berlambak,kan...

bab mengidam ni
tak pasti la anak atau maknya
yg lebih2...





Bahan-bahan

125 ml / 1/2 cawan minyak sayuran
500 gram ekor, dibersihkan dan di potong-potong
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan putih/halus serbuk
1 sudu besar jintan manis/kasar serbuk
1 1/2 sudu besar tomato puri
1.5 liter/ 6 cawan air
1 batang lobak merah, dikupas dan didadu
1 biji ubi kentang, dikupas dan didadu
2 batang saderi, didadu
Garam
lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar, dihiris-hiris
Bawang goreng

Rempah Tumis

4 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar halus-halus

10 ulas bawang merah, dikupas
4 ulas bawang putih, dikupas
2 batang serai, dihiris halus-halus
1 cm halia, dikupas

Cara

1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat dan toskan
2.Didalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goreng sehingga naik
baunya.
3. Tambah ketumbar,jintan manis/halus,dan jintan manis/kasar serbuk dan kacau di atas api kecil selama
3-4 minit sehingga wangi. Campurkan tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tamabh air dan renihkan.
5. Tambah lobak merah, ubi kentang dan saderi, renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu
empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
6. Hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng sejurus sebelum menghidang.

Catatan: untuk menjimatkan masa, anda boleh masak sup ini dalam masa 25 minit denagan menggunakan periuk tekanan. Teatapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1 liter / 4 cawan sahaja


p/s:kalau hang buat tak menjadi

jgn salahkan resepi ya..
post signature

1 comment:

  1. t kasih byk2. sy dh c&p utk org umah. smoga btambah pahala :)

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.