15 June 2011

Masam2 Si Belimbing Buluh


Belimbing buluh bersaiz kecil,
kekuningan serta sebagai melengkapi hidangan,
biasanya di masukkan ke dalam gulai atau masak lemak
.Buat basuh ikan untuk hilangkan hanyir ikan pun boleh


BELIMBING BULUH.... DARAH TINGGI




Fakta ringkas tentang buah belimbing

•Di katakan berasal dari India dan Sri Lanka.

•Juga terdapat di semua negara di Asia Tenggara.

•Terdapat juga belimbing di Australia dan Amerika Syarikat,
kepulauan Caribean dan Afrika.




sedap dimasak lemak bersama udang


Khasiat Belimbing.

Buah belimbing mengandungi sumber mineral dan khasiat yang menakjubkan.
Di samping protein,kabohidrat,
ia turut mengandungi kalium,serat,vitamin A,B dan C ,
Niacin,zat besi dan air.
Dikatakan dapat menurunkan kandungan
kolestrol,mencegah hepatitis,
mencegah sel kanser,meningkatkan daya
tahan tubuh badan.

Bahan seperti pektin dalam
belimbing mampu untuk mengikat kolestro
l dan mengeluarakannya melalui sistem perkumuhan.
Tambahan kandungan serat yang tinggi
membolehkan pencernaan berjalan lancar.

Jadi sesuai juga bagi sesiapa yang ingin diet atau
mengubah tabiat pemakanan untuk
lebih stabil berat badan.
Nak makan begitu sahaja pun boleh,
tetapi ramai juga yang suka buat jus malahan ada yang buat ulam.

Belimbing yang sudah matang,
bukannya terlalu masak ye..
sesuai untuk meredakan pelbagai penyakit ,
antaranya diabetes,kolestrol,batuk
,radang kerongkong,demam dan kanser.

Buah belimbing boleh juga mengubati malaria,
malahan daunnya bergunakan untuk mengatasi
tekanan dara tinggi serta bisul.
Akarnya pula boleh mengubati buasir

Bagi yang mempunyai darah tinggi
eloklah makan buah belimbing buluh,
cari yang hijau kekuningan,kisarkan,
tambahla gula sikit dan boleh diminum mengikut kesesuaian waktu.

Bagi yang demam panas pula,
ambil beberapa daun yang segar,
ramas dengan air letakkan di atas kain,
kain tu boleh la letakkan di atas badan atau dahi,
sehingga panasnya berkurangan.




12 comments:

  1. Belimbing buluh ni pun sedap kalau ditambah dalam sambal belacan! Kalau masak gulai lemak cili api telur itik, tambah dgn ni .... sodap!

    ReplyDelete
  2. Kembang anak tekak saya tengok buah belimbing tu.. hehehe.. Teringat2 sedapnya makan masak gulai ikan belimbing.. perghhh!

    ReplyDelete
  3. pokok sendiri ka tu, Kak Kam, segar bugar buahnya tu..

    ReplyDelete
  4. byk jgk khasiat dia ea. maera sokmo guna belimbing nie buh dlm asam pedas.hehe~

    ReplyDelete
  5. Salam, makan begitu saja??? eee masamnya!!!

    ReplyDelete
  6. terliuar teringatkan buah belimbing ni.. masak dengan daging salai sedapnya...

    tiba-tiba teringat kat mak.. 'maakkkk... buatkan untuk along boleh..' sedapnya air tangan mak..

    ReplyDelete
  7. thanks kak kamsiah, kasi petua...

    suka makan mentah2..boleh ganti asam.. he he

    ReplyDelete
  8. assalam kamsiah..akak paling suka masak dengan telur itik.

    ReplyDelete
  9. masa kecil dulu buah ini jadi mainan baling2 saja,
    tapi tak pernah tenguk org makan.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Kam,

    Geramnya tengok belimbing buluh dalam gambar tu.

    Terkenang sedapnya kalau masukkan dalam gulai nasi dagang. Di Shah Alam ni susah sikit nak dapat belimbing buluh ni, kadang2 di Pasar Tani adalah juga.

    ReplyDelete
  11. Masa kecik2..selalu petik makan mentah2..eii, bila diingat2 balik betapa ler masamnya kalo nk makan mentah2 waktu umur dh tua2 ni, ngee

    Mmg guna utk masak lemak terutama kalo masak lemak ikan termenung, hihi..tp tu ler..dh masak cenggitu pun..sy tak makan pulak belimbing tu. Cuma masukkan utk dptkan masam dlm kuah lemak tu aje, hehe..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.