Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan,
dibukakan pintu langit dan ditutup pintu
neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Sabdanya Baginda lagi :
"Berjihadlah kamu dengan lapar
dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala
mujahid di jalan Allah (fi sabilillah)
dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih
diperkenankan oleh Allah
selain menahan lapar dan dahaga"
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah
sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya.
Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya
yang berpuasa hinggakan tidur
di waktu siang juga diberikan pahala.
Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita.
Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita.
Semoga tahun ini amalan kita akan semakin
bertambah dan sempurna perlaksanaannya.
Insya Allah.
Janganlah kita termasuk
dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan
dengan penuh keimanan nescaya
diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Selamat berpuasa kepada semua muslimim & muslimat
selamat berpuasa, banyakkan amalan mengharap rahmat ramadhan
ReplyDeleteAssalamualaikum Kamsiah
ReplyDeletemoga ibadah anda sekeluarga diterima oleh Allah
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
salam Ramadhan dr saya
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa buat akak dan keluarga.. ;)
ReplyDeletemuga ramadhan kita diiringi keberkatan Tuhan!
ReplyDeletesalam kamsiah ..
ReplyDeletesemoga kamsiah sekeluarga diberi kesihatan dan kelapangan dalam menjalankan ibadat puasa ..
selamat menjalani ibadah puasa kak :)
ReplyDeleteSalam Ramadhan Al-Mubarrak.. Selamat menjalani ibadah puasa.. Semoga beroleh rahmat, maghfirah dan barokah.. Aminnn.. :)
ReplyDelete