21 November 2014

Pengawas Sekolah

Semalam hari terakhir persekolahan utk penggal 2014
(Kedah,Kelantan,Terenganu,Johor)
Tasha pulang kerumah dgn gembiranya
katanya dia ada 2 berita gembira utk mak
1-dia kekal di kelas pertama 
2-dia terpilih sbg pengawas sekolah
Alhamdulillah...dia memang bercita2utk menjadi pengawas sekolah

  dua2 kakaknya pun turut menjadi pengawas sekolah

dan emaknya pun pernah menjadi pengawas sekolah hehe
trofi masih tersimpan elok lagi

Tugas Seorang Pengawas

-Mengawal disiplin pelajar.

-Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik
 kepada pelajar dan pengawas junior

-Menjaga imej dan nama baik sekolah. ·

-Membantu guru, 
 ·
- Memastikan keceriaan sekolah dijaga

- Mematuhi peraturan sekolah.

- Memimpin rakan-rakan pelajar

- Mencegah kes jenayah di sekolah.

 -Menghormati guru. ·

- Tidak memberat sebelah dalam tugas harian. ·

 -Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas
,
- Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi

- Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.

- Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, 
kokurikulum, sahsiah dan disiplin.

 -Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat
kepada Lembaga Pengawas

- Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan
 teguran kepada mereka yang bersalah.
 ·
- Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.

- Patuh kepada ketepatan masa.

- Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

38 comments:

  1. Masa sekolah menengah dulu, kakcik pernahlah jadi pengawas - dan dua orang anak kakcik pun menjadi pengawas sekolah... :)

    ReplyDelete
  2. tahniah athilia.... moga jd pengawas yg berdisiplin n menunjukkan teladan yg baik pd yg lain... jgn jd mawas udah heheheh

    ReplyDelete
  3. wah bestnyer tasha dpt jd pengawas..mesti pengawaas yg tegas & disegani tuh...hehehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah Athilia...
    Ikut jejak langkah akak, dan juga akak akaknya..:)

    Saya tak pernah jadi pengawas..hahaha

    ReplyDelete
  5. Athilia Natasha.Sweet namanya.
    Tahniah Athilia,pengawas pengawas juga,tapi jangan sampai lupa pada pelajaran.Belajar dari emak macamana nak stabilkan tugas dengan pelajaran.

    Nampak senang,tapi tanggung jawab tu besar.Kalau silap gaya,pelajaran boleh terabai.Good luck Athilia Natasha.Semoga sukses.

    ReplyDelete
  6. nyanyi ckit kamsiah...kita serupaaa!!!
    ank2 saya pun dlunya pengawas skolah.tahniah tasha!

    ReplyDelete
  7. tahniah tasha..semoga menjadi pengawas yang bertanggungjawab dan berdedikasi

    ReplyDelete
  8. Anak bongsu saya jadi pengawas di sekolah rendah dari darjah 4-6. Tapi masuk sekolah menengah dia dah tak nak jadi pengawas..tanggung jawab terlalu besar kerana hari-hari perlu berada di sekolah sejak pukul 6.45 pagi, petang pula selalu ada aktiviti/mesyuarat pengawas. Tapi atas dasar paksa rela guru, dia jadi juga pengawas selama 2 tahun. Tapi tahun ini kerana ada periksa PT3 pihak sekolah luluskan permohonannya untuk berhenti jadi pengawas, alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. Bagusnya ...
    Masih sekolah dah tanam tekad untuk dapatkan sesuatu..
    tahniah untuk Atilia..
    Insya Allah, bila muda muda dah ada wawasan, kejayaan tu tetap Allah swt akan sediakan untuk dia.

    ReplyDelete
  10. Tahniah Tasya..anak acik 2 orang dari 3 pernah jadi pengawas..

    ReplyDelete
  11. Tahniah Tasya..anak acik 2 orang dari 3 pernah jadi pengawas..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. tahniah..best la dah start cuti sekolah nie..=D

    ReplyDelete
  13. Kadang-kadang rasa macam keturunan pulak. Kakak dgn hubby pun dulu pengawas juga bila masa anak-anak semuanya pun jadi pengawas juga...

    Samalah macam Kam juga kan..

    ReplyDelete
  14. Tahniah Tasya, paling penting dapat mengekalkan kedudukan kelas pertama ni kan kak kamsiah :)

    ReplyDelete
  15. tahniah Tasha ..moga jadi pegawas yang disukai kawan2 dan guru2.
    anak2 akak dh tahap 2 baru jadi pengawas...tahap 1 ni dia lagi perlu diawasi kena buli kawan2...

    ReplyDelete
  16. Tahniah Athilia..
    Teruskan kecemerlangan anda.. ;)

    ReplyDelete
  17. Asalam..tahnia tasha ya, dan untuk madam kamsiah tahnia menyahut anugerah tropi di blog Pesona & mustika. Tak apa yang penting akan dapat jg sijil penghargaan..tunggu saja ya..inshaAllah.

    ReplyDelete
  18. Tahnia thaza dilantik pengawas..banyak pengalaman tu.
    nanti akan Etuza buat review blog yang sertai pencarian anugerah..tropi ya

    ReplyDelete
  19. Dah besar Thasa..dulu 2009 tu masik kanak2 kan..bersih ja muka dia..

    ReplyDelete
  20. sy dr sekolah rendah hingga menengah jadi pengawas.last masa form berpeluang jafi ketua pengawasa sekolah :(

    ReplyDelete
  21. Tahniah! Cikgu dah nampak ketokohannya.. saya juga pengawas dulu. Tapi jenis yang selalu kene spot dengan cikgu. Tapi spotted sebagai the smiling prefect laa. Heheh.

    ReplyDelete
  22. Tahniah. Saya tak pernah jadi pengawas sebaliknya selalu diawasi. Kerana kenakalan lah agaknya. Tapi, saya dilantik jadi 'librarian'....

    ReplyDelete
  23. Feliz fin de semana, cariños desde Costa Rica

    ReplyDelete
  24. Tahniah buat Tasha....
    Saya tak pernah merasa jadi pengawas....

    ReplyDelete
  25. Tahniah.. smg mnjdi pengawas contoh.. :)

    ReplyDelete
  26. Tahniah, Tasya! Singgah balas dan follow sini juga...

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah
    tahniah yea
    jawatan turun temurun ni ^_^

    ReplyDelete
  28. IM pernah jadi pengawas perpustakaan. tapi tidak pada anak-anak IM.

    ReplyDelete
  29. tahniah utk ank akak ek...mewarisi ibu nye ;p

    ReplyDelete
  30. Tahniah Tasya.. juga tahniah pada Puan Kamsiah..
    Memang seronok jadi pengawas sekolah sebab warna baju tak sama dengan pelajar yang lain.. :-)


    Jom singgah sini http://www.cintavitamin.com

    ReplyDelete
  31. Tahniah Tasya..

    emak borek anak rintik, bolehkah gitu??

    ReplyDelete
  32. saya pun pengawas sekolah.. tapi sy masa sekolah dulu saya cita2 nak jadi pengawas perpustakaan sebab saya suka buku.. tapi cikgu ambik sy adi pengawas sekolah so terima jerlah yg bestnya leh jadi MC masa perhimpunan sek.... hehehe

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.