28 November 2014

Tanda -Tanda Keikhlasan..

Dari. Yusuf al-Qaradhawi
 Ikhlas itu mempunyai bukti penguat dan tanda-tanda yang banyak sekali,
 contohnya dalam kehidupan orang yang mukhlis;
 dalam tindak-tanduknya, dalam pandangan terhadap dirinya dan juga orang lain.
 Di antaranya adalah:

Pertama: Takut Kemasyhuran

 Takut kemasyhuran dan menyebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yang mempunyai pangkat tertentu.
Dia perlu yakin bahawa penerimaan amal di sisi Allah hanya dgn cara sembunyi-sembunyi,
 tidak secara terang-terangan dan didedahkan.
 Sebab andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa,
 lalu ada niat tidak baik yang masuk ke dalam dirinya,
 maka sedikit pun manusia tidak memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah.

 Kedua: Menuduh Diri Sendiri

Orang yang mukhlis sentiasa menuduh diri sendiri sbagi orang yang berlebih-lebihan di sisi Allah dan kurang dalam melaksanakan pelbagai kewajipan,
 tidak mampu menguasai hatinya kerana terpedaya oleh suatu amal dan takjub pada dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya tidak diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tidak diterima.

 Ketiga: Beramal Secara Diam-Diam,

 Jauh Dari Liputan
 Amal yang dilakukan secara diam-diam harus lebih disukai dari
 amal yang disertai liputan dan didedahkan.
Dia lebih suka memilih menjadi perajurit bayangan yang rela berkorban,
 namun tidak diketahui dan tidak dikenali.
 Dia lebih suka memilih menjadi bahagian dari suatu jamaah,
 ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran kehidupannya,
 tetapi tidak terlihat oleh mata, tersembunyi di dalam tanah; atau seperti asas bangunan.
Tanpa asas, dinding tidak akan berdiri, atap tidak akan dpt dijadikan
berteduh dan bangunan tidak dpt ditegakkan.




 Kelima: Tidak Kedekut Pujian Terhadap Orang Yang Mmg Layak Dipuji 

 Tidak kedekut memberikan pujian kepada orang lain yang mmg layak dipuji
 dan menyanjung orang yang mmg layak disanjung. 
Di sana ada dua bencana yang bakal muncul:
 Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kepada orang yang tidak berhak.
Kedua, kedekut memberikan pujian kepada orang yang layak

 Keenam: Berbuat Selayaknya Dalam Memimpin

 Orang yang mukhlis kerana Allah akan berbuat selayaknya ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan ttp patriotik ketika berada paling blkg,
 selagi dalam dua keadaan ini dia mencari keredhaan Allah. 
Hatinya tidak dikuasai kesenangan untuk tampil, 
menguasai barisan dan menduduki jabatan strategi dalam kepimpinan. 
Tetapi dia lebih mementingkan kemashlahatan bersama kerana takut ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan yang dia lewatkan. 

 Ketujuh: Mencari Keredhaan Allah, Bukan Keredhaan Manusia 

 Tidak memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Sebab setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dalam sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yang ditempuh.
 Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yang tidak bertepi, 
tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul. 

 Kelapan: Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Kerana Allah,
 Bukan Kerana Kepentingan Peribadi 

 Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan, 
keredhaan dan kemurkaan harus dilakukan kerana Allah dan agamaNya,
 bukan kerana pertimbangan peribadi dan kepentingannya,
 tidak seperti orang-orang munafik opportunis yang dicela Allah dalam KitabNya:

 Kesembilan: Sabar Sepanjang Jalan

 Perjalanan yang panjang, 
lambatnya hasil yang diperoleh,
 kejayaan yang tertunda, 
kesulitan dalam bergaul dgn pelbagai lapisan manusia dgn perbezaan perasaan
 dan kecenderungan mereka
 tidak boleh membuatnya menjadi malas,
 bersikap leka, mengundurkan diri,

 Kesepuluh: Berasa Senang Jika Ada Yang Bergabung 

 Berasa senang jika ada seseorang yang mempunyai kemampuan,
 bergabung dalam barisan mereka yang mahu beramal, 
untuk menegakkan bendera atau ikut taat dalam amal. 
Hal ini harus disertai dgn usaha memberikan kesempatan kepadanya,
 sehingga dia dpt mengambil tempat yang sesuai dgn kedudukannya.
 Dia tidak harus rasa terganggu, terganjal,
 dengki atau pun gelisah kerana kehadirannya.
 Malahan jika orang yang mukhlis melihat ada orang lain yang lebih baik darip dirinya yang mahu memikul tanggungjawabnya,
 maka dgn senang hati dia akn mundur, memberikan 
tanggungjawabnya kepada orang itu dan dia berasa senang menyerahkan jawatan kepadanya.

 Kesebelas: Rakus Terhadap Amal Yang Bermanfaat

 Di antara bukti ikhlas adalah rakus terhadap amal yang paling diredhai Allah,
 dan bukan yang paling diredhai oleh dirinya sendiri.
 Sehingga orang yang mukhlis lebih mementingkan amal yang lebih banyak manfaatnya 
dan lebih mendalam pengaruhnya,
 tanpa disusupi hawa nafsu dan kesenangan diri sendiri.

21 comments:

  1. salam jumaat dan satu perkongsian yang baik serta bermanfaat kak... terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Tertanya-tanya diri sendiri..apakah ada tanda-tanda ini dalam diriku...InsyaAllah, mencuba sedaya upaya menjadi insan yang baik dan diredhai.

    ReplyDelete
  3. jauh lagi saya nak sampai tahap ni..benda baik memang susah kan, tapi ganjarannya besar.thanks for sharing kak

    ReplyDelete
  4. Kadangkala yang mengalahkan kita hanyalah kerana nafsu...

    ReplyDelete
  5. Kak, saya suka dengan semua peringatan ini...Semoga akak sekeluarga sihat dan baik-baik aje

    ReplyDelete
  6. Asalam Madam kamsiah. Sungguh hebat tazkirah berkaitan hal ikhlas ini..dah baca terkesan dan akan sentiasa muhasabah diri dan jauhkan sifat ego dan sikap lain yang tercdela..InshaAllah kita blogger akan mendapat fadilat tersirat..amin

    ReplyDelete
  7. cuba untuk perbaiki diri dalam keikhlasan..good sharing kak..tema kasih..:)

    ReplyDelete
  8. terima kasih diatas perkongsian.. saling ingat mengingatkan.

    ReplyDelete
  9. Kam..
    menarik sungguh perkongsian ni, terima kasih

    ReplyDelete
  10. terima kasih kamsiah..semoga kita termasuk dalam golongan orang yang betul2 ikhlas

    ReplyDelete
  11. Beramal secara diam diam tu yang agak susah sikit nak buat kak ..

    ReplyDelete
  12. Subhanallah... mohon untuk saya simpan catatan ini di blog saya...

    ReplyDelete
  13. subhanallah..boleh di jadikan panduan nih. Nice sharing

    ReplyDelete
  14. Terima kasih akak atas perkongsian hebat ini ..

    ReplyDelete
  15. perkongsian yang sangat baik mudah mudahan memberi manfaat untuk kita semua

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.