04 November 2014

Resepi Mee Hailam

Menu org tak berapa rajin masak nasi


Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
 100 gm isi ayam -hiris nipis
100 gm udang
250 gm sawi hijau -potong kecil
100 gm bunga kubis -hiris
100 gm kobis -hiris
1 biji cili merah -mayang
 1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
 1 cawan air
 4 ulas bawang putih -ketuk




 Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
 3. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
 5. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan

25 comments:

  1. menyelerakan betul mee hailam Kak Kam ni.. lepas ni boleh try resepi akak..

    ReplyDelete
  2. Fuhh..nampak sedap. Hehe. Nak try nanti. Yeayy. Thanks sharing. ^_^

    ReplyDelete
  3. Dah lama saya tak makan mee hailam. Dulu masa kerja di Jawi, Seberang Perai Selatan, ada satu kedai mee hailam Islam dekat Parit Buntar, Perak yang makanan hailamnya tersangat sedap, maklumlah tokehnya itu memang orang Cina Hailam...

    ReplyDelete
  4. sedap sangat ni..dah lama tak makan mi hailam

    ReplyDelete
  5. Saya suka kalau kuahnya pekat sikit Kamsiah

    ReplyDelete
  6. Kakak suka kalau mee yg berkuah macam ini. Lagi sedap sebab dah lengkap lauk & sayurannya..

    ReplyDelete
  7. saya selalu buat mi hailam tak brp nak menjadi macam di kedai..huhuhu

    ReplyDelete
  8. Kebetulan!
    Malam tadi pun wife saya buat kan mee hailam...Hahaha

    ReplyDelete
  9. petang makan panas2 ngan teh o berpeluh dahi....sedap!!!

    ReplyDelete
  10. barrruuuuu borak dgn kawan pagi tadi tanya dia kt mana nk cari mee hailam sedap..tetiba akk dh upload menu hahhaa...

    ReplyDelete
  11. sedapnya mee hailam akak..dah berzman dah tk merasa..nak cuba buat sendiri cam malas..:)

    ReplyDelete
  12. ringkas je nak buat...bole le angah mencuba

    ReplyDelete
  13. asalam terliur nampak..memang hebat buat resipi ni..memasak pun hebat

    ReplyDelete
  14. Bila-bila masa pun saya suka mee/bihun hailam ni...

    ReplyDelete
  15. Melihat gambar amat menyelerakan. Agak lama juga tidak makan mee hailam. Selalu makan mee rebus atau mee bandung....

    ReplyDelete
  16. saya ni mee kuning kureng sikit,,hihi

    ReplyDelete
  17. saya ni mee kuning kureng sikit,,hihi

    ReplyDelete
  18. resepi mcm ni sesuai utk orang tak berapa rajin mcm saya ni... Thanks kak....

    ReplyDelete
  19. salam kamsiah ..
    mee hailam antara masakan mee yg sy suka .. blh cuba ngikut resepi yg dibagi tu

    ReplyDelete
  20. sorilah... IM tak berapa gemar makan mi hailam berbanding mi lakna...

    ReplyDelete
  21. yang ini mmg KA selalu buat, anak2 suka sungguh ni. KA buh cili padi bagi kaw2 sikit hehehe

    ReplyDelete
  22. yang ni saya biasa buat
    tengok ni cam nak buat lagilah malam nanti =)

    ReplyDelete
  23. CT sukaaa jadi kalau tak masak nasi pun tak apa. nomnomnom..

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.