13 November 2014

Rahsia Perangai Anak2..



RAHSIA PERANGAI ANAK 

 Anak Sulung 
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru.
anggup berkorban demi demi adik-adik.

 Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah : 

-anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego. 
-sering berjaya dalam hidup. 
-lebih pandai mengambil hati orang tua. 
- mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi. 

 Anak Tengah 

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. 
Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. 
Seringkali mereka juga teras terpinggir.
 Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka 
dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. 
Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan.
 Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan 
yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain. 

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

 - lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain. 
- lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
- suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri. 
-sering merasakan diri mereka terpinggir.
-terlalu mengalah 

 Anak Bongsu 

Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai 
untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu.
 Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja 
dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. 
Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah : 

-happy go-lucky dan yakin diri.
- manja. 
- berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
- sukar membuat keputusan sendiri. 

 Anak Tunggal 

Dalam banyak kategori,
 ramai ingin menjadi anak tunggal. 
ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal
 memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. 
Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. 
Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, 
tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. 
Mereka saling memerlukan antara satu sama lain,
saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

- sering merasakan diri mereka kesunyian. 
- lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai. 
- lebih bijak bergaul. 
-lebih cepat matang. 
- terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
- sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

29 comments:

  1. saya anak tengah rasanya..hahaha..no.4 dr 7.. T__T macam2 perangai aa..

    ReplyDelete
  2. leez anak bongsu. hmm.. macam kene 3/4 dari ciri2 tu. he3..

    ReplyDelete
  3. Semua ciri-ciri itu memang kena dengan semua 6 anak saya, terutama yg sulung dan bongsu. Juga ciri-ciri anak sulung tu rasa memang betul dengan saya sebagai anak sulung. Sampai sekarang walaupun adik-adik semuanya dah berkeluarga tapi saya sebagai anak sulung masih rasa sebagai pelindung mereka hingga bila urusan pembahagian harta pesaka tak lama dulu saya menolak bahagian untuk saya kerana lebih rasakan adik-adik lebih perlukannya...

    ReplyDelete
  4. memang kena je ngan perangai ank2 saya..ni mmg fakta bukan auta.hehe

    ReplyDelete
  5. ciri anak sulung dan tengah tu memang tepat. Ada pada anak saya yang sulung dan kedua.

    ReplyDelete
  6. huda anak no 3 dari 4 adik beradik..tp beza adik dgn huda 11 tahun..sbb tu ciri2 byk more to anak bongsu huda nie..hehe

    ReplyDelete
  7. huda anak no 3 dari 4 adik beradik..tp beza adik dgn huda 11 tahun..sbb tu ciri2 byk more to anak bongsu huda nie..hehe

    ReplyDelete
  8. Saya kira anak tengahlah...dan rasanya macam kena jer dgn penerangan tu... :)

    ReplyDelete
  9. Kak, ana cuma ada seorang sulung, seorang bongsu, karektor yg kak berikan memang ada yang bertepatan..:)

    ReplyDelete
  10. Perangi masing-masing, kelebihan masing-masing kadang-kadang buat suka duka ibu bapa...

    ReplyDelete
  11. Anak tengah kakak tapi lebih manja dari anak bongsu kakak. Ciri anak sulung tu menepati pada anak kakak..

    ReplyDelete
  12. kak,
    comel2 anak2 akak....dah besar2:)

    ciri-ciri yg akak letak utk anak sulung & tengah tu memang tepat :)

    ReplyDelete
  13. Sweetnya anak2 Kam..
    Best kan, kepelbagaian perangai menjadikan hidup sekeluarga lebih meriah.

    ReplyDelete
  14. whaahaha sangat betul!!!! saya anak tengah.. teapi tengok keadaan anak sulung, sangat tepat ngan abang saya..anak kesayangan mak tu hahaha,

    ReplyDelete
  15. Saya anak sulung...
    Tengah baca Rahsia tu sambil fikir fikir...hihihih

    ReplyDelete
  16. cam sama je ciri2 anak tengah tu.. heheh..

    ReplyDelete
  17. saya anak tengah... mmg betul, suka buat hal sendiri... hahaha

    ReplyDelete
  18. jd anak tunggal dh belajar berdikari.. xla terlalu manja. bergantung kpd ibu bapa

    ReplyDelete
  19. asalam nampak macam banyak kebenaran..no 2 tu anak kedua. sebijik macam anak lelaki etuza tu..kuat berdikari sendiri..

    ReplyDelete
  20. 20 tahun sebagai anak tunggal & dah 8 tahun jadi anak sulung...

    for me..anak tunggal dlm suasana keluarga sederhana tak de la mcm org dok cakap nak apa dapat....abah mak didik cara hidup berpada2, hanya dpt bila perlu, yg mana kehendak jarang sekali dpt..sunyi? mmg pun..sbb tu mudah bergaul dan mesra dgn org lain....belajar berdikari ada gak sbb bukan dr keluarga kaya kan..cepat matang?? ye kot....rapat dgn ibu bapa wlpn dah besar..sgt tepat hahahaha sampai laaaa tau rapat..adk2 pun jeles ekekekeke....sukar tolak ansur..btw takde kot sbb di ajar dr kecil tidak dmanjakan sgt sampai menyusahkan..

    anak sulung ego? ikut keadaan...kekdg perlu guna ego utk kebaikan...

    ReplyDelete
  21. salam k.kamsiah...
    cma anak sulung.. hihi..sedikit sebanyak mmg ada yg tepat perilakunya.. :p

    ReplyDelete



• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Terimakasih...komen anda amat dihargai..
●▬▬▬▬▬▬▬▬❤Kamsiah❤▬▬▬▬▬▬▬▬●

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2017 Kamsiah Yusoff. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.